Showing posts with label daging kambing. Show all posts
Showing posts with label daging kambing. Show all posts

Saturday, November 01, 2014

Kambing Golek yang sedap!

Khamis lepas ada lah seorang jiran kami ni buat makan di surau.Seekor kambing golek dijamunya kami di kuarters.Bahan perap semua isteri dia buatkan.Jadi ahli kuarters yang lelaki ni cuma tukang bakar kan je kambing tu.


Ha..tu dia...kambing golek.Sedap.Dicicah pula dengan sos lada hitam....fuhhh...sedap lazat!



Kambing golek tu di sebabkan golek manual je...maka terpaksa dibedah sikit,supaya masak rata.Mereka mula membakar kambing ni selepas Asar dan boleh makan selepas Maghrib.

Isi daging kambing ni lembut dan mudah hadam.Jangan takutlah makan kambing sebab takut darah tinggi.Makan je.Kambing kan makanan kesukaan Rasulullah s.a.w.

Cara masakan kita tu yang menyebabkan macam-macam penyakit.

Alhamdulillah.Rezeki penduduk kuarters hari tu.Selain kambing golek,nasi putih,lauk gulai labu,ayam goreng pun ada.Nak makan daging semata je memang bukan tekak saya.Mesti pekena dengan nasi sikit.Baru lancar sikit.hehehe

Pesanan:Meh makan kambing...kita buat kempen makan kambing pulak!

Monday, April 22, 2013

Kambing bakar yang sedap....

Hari sabtu lepas,saya sekeluarga mendapat jemputan ke satu majlis.Majlis ni merangkumi 3 hal.Majlis tahlil,majlis menyambut menantu dan majlis cukur jambul.

 Sesampai je ke rumah sahabat saya ni,saya terlihat di luar rumah tergantung daging kambing.Wow!Teruja sangat saya.Dah lama saya tak merasa daging kambing.

Inilah dia kambing bakar tu....



Dihiris nipis.Kemudian letak dalam pinggan tuangkan pula kuah lada hitam yang sangat sedap.



Sebagai tambahan,sayur-sayuran segar seperti lada benggala,nanas,dibakar.



Beratur masing-masing nak kan daging kambing lazat ni.


Alhamdulillah.Rezeki kami sekeluarga.Siap bungkus lauk lagi,tuan rumah beri.Jadi balik masak nasi je.Jimat perbelanjaan untuk sehari...hehehee...

Pesanan: Orang kata,makan banyak daging kambing pening kepala mungkin ciri-ciri ada darah tinggi,betul ke?Sebab saya pening juga kepala,tapi tak lah teruk.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...