Showing posts with label Bulan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Bulan Ramadhan. Show all posts

Monday, July 14, 2014

Masak sendiri puas hati

Daging Masak Kicap


Ikan Siakap Masam Manis


Inilah antara juadah istimewa saya masak untuk berbuka bersama keluarga.

Kalau beli memang mahal,masak sendiri puas hati.Bila dah ramai ahli keluarga masak banyak sikit sebegini memang cukup.Waktu berbuka kalau dah minum bergelas-gelas air manis buh air batu,pun dah kenyang.

Alhamdulillah....rezeki kami sekeluarga.Setakat ni saya baru beli 2 kali lauk di pasar Ramadan.Itupun sebab  bila balik dari kampung,memang tak sempat memasak.Dengan letihnya lagi.Macam-macam ye kita dengar tentang mutu dan kualiti makanan pasar Ramadan.Mujur 2 kali beli tu berbaloi sedap lauknya.

Dah mula shopping baju raya dan dah mula buat kuih ke?Hmm...nampaknya kesibukan saya tak sempat buat kuih raya sendiri tahun ni.Kita pakai kuih tunjuk je lah ye hehehe!

SELAMAT BERSAHUR DAN SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA!

Monday, July 15, 2013

Mesin Untuk Perah Soya

Saya ternampak mesin perah soya ni di rumah kakak ipar.saya pun amik gambar.Bulan puasa ni memang dia menjual air soya.Dulu-dulu dia perah secara manual je.Sekarang dah pakai mesin,saya pulak jakun bila tengok.hehehe


Masukkan soya kedalan bekas yang disediakan.Pastikan sebelah kira ditadah dengan plastik untuk tadah hampas soya tu.


Air soya yang telah diperah terus keluar ditempatnya,pastikan ada baldi untuk ditadah air soya tu.

Kemudian air yang telah diperah mesin tadi perlu ditapis sekali lagi,sebelum dimasak.


Beginilah rupanya mesin perah soya ni.saya pun lupa nak tanya harganya.Berapa agaknya ye.

Pesanan: Soya baik untuk kesihatan,boleh diminum panas atau sejuk.

Tuesday, July 09, 2013

Ramadhan datang lagi...

Ramadhan datang lagi
Apa yang kamu rindukan?
Apa yang kamu mahu gandakan?
Ganjaran apakah yang kamu mahu?

Aku rindukan Solat Terawih
Aku rindukan taddarus Al-Quran
Aku rindukan malam Lailatul-Qadar

Aku juga mahu ganjaran pahalaku digandakan
Aku ingin banyak bersedekah
Aku mahu mataku dijaga,mulutku dijaga,
Aku juga mahu nafsuku dijaga,tindak tandukku dijaga

Rinduku pada syurga Allah,
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan;
Pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Aku rindu segala-galanya di bulan Ramadhan ini.....

"Selamat Berpuasa"

Pesanan:Tazkirah Ramadhan: Bulan puasa adalah bulan untuk melipat gandakan amalan baik,bukannya bulan untuk tidur.


Wednesday, August 01, 2012

Juadah Berbuka Untuk 5 Keluarga

 Hidangan yang simple dan makan cara orang kampung je...

Tak habis lagi cerita berbuka rumah mak ayah baru-baru ni.Saya ada 5 orang beradik.2 lelaki dan 3 perempuan.Jadi bila kami pakat-pakat masak dan bawa lauk masing-masing dari rumah,maka setiap seorang tidak perlu masak banyak-banyak.Bila semua lauk dah bergabung,jadilah banyakkan.

Kalau 5 orang darab dengan pasangan masing-masing campur pula dengan mak ayah menjadikan dewasa berjumlah 12 orang.Cucu-cucu mak semuanya berjumlah 15 orang termasuk baby baru lahir.Kita kira yang budak besar yang makan banyak,ala ada lah dalam 8 orang.Yang lain-lain tu kecik,itupun ada yang tak puasa.

Jadi juadah yang kami sediakan sangat mencukupi.Tiada pembelian atau masakan yang membazirkan.Kalau beli pun kuih muih dan air buah atas permintaan anak masing-masing.Saya rasa kalau begini caranya kita dapat elakkan pembaziran makanan dan makan melebihi kemampuan.Seronok kan kalau kita masak,habis dimakan.

Jangan tak tahu,ada juga lebihan pula untuk makan sahur lagi.Jadi tak perlu memasak lain lagi untuk juadah sahur.Yang tinggal pun keluarga saya je lah kat rumah mak,sebab hanya saya saja yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur.Adik beradik lain selepas bertarawih pulang semula ke rumah masing-masing di sekitar Kuala Lumpur ni.

Seronok melihat semua solat Maghrib berjemaah.Dapat lihat disitu satu kekuatan ikatan kekeluargaan yang memang susah untuk berkumpul serentak kalau bukan ada majlis-majlis tertentu.Sejuk hati memandang anak-anak turut serta berjemaah tak kira kecil dan besar.

Pesanan: Raya nanti lah kalau nak berkumpul semula.

Wednesday, July 25, 2012

Bulan Puasa Buat Dosa

Geram betul bila mendengar berita dari sepupu kereta ayahnya dicuri sewaktu di parking di tempat letak kereta Hospital Serdang.Sempat lagi diorang buat kerja bodoh ni bulan puasa ni.Memanglah syaitan dirantai bulan puasa ni,tapi kalau dah ikut perangai syaitan susahlah.

Ceritanya,mak saudara saya dimasukkan ke Hospital Serdang akibat penyakit dalam perut.Jadi suaminya perlu menunggu di wad berhari-hari.Tiba-tiba hari ni nak guna kereta,bila tengok kat tempat parking,dah tak ada.Tak ke haru tu.Sedih rasanya.Dahlah banyak barang penting dalam kereta tu.

Memanglah kita kena terima ujian yang Allah nak beri,tapi manusia ni bila jadi syaitan bertopengkan manusia ni,bukan kira nak buat kerja jahat ni.Bulan puasa ke,bulan Raya ke,ada dia kisah.Asalkan hajat tercapai.Bukan nak insaf atau pun nak perbaiki diri di bulan Ramadan ni,lain pulak yang ligat kat kepala otak dia .Orang yang dalam kesusahan,dia pula ambil kesempatan.



Sekarang tidak perlu mencari kesalahan sesiapa,tetapi bantu mana yang boleh.
Jika ada sesiapa ternampak kereta PROTON WAJA warna HITAM KEHIJAUAN plat no WNN 4147,tolong beritahu balai polis berhampiran.

Nota: Sepupu saya yang perempuan tu,yang lelaki tu membantu share maklumat.

Pesanan:Mohonlah sesiapa ada ternampak sila report di balai polis berhampiran.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...