Monday, September 23, 2013

Menopaus bukan penyakit sebaliknya membabitkan perubahan hidup wanita

Apabila umur dah meningkat ni,lagi-lagi nak masuk usia 40an sebagai seorang wanita pasti saya tertanya-tanya bilakah menopaus terjadi.Pada usia berapakah biasanya ianya terjadi.

Terlebih dahulu kita perlu tahu apa itu menapous?

Menapous ialah seseorang wanita yang telah putus haid di mana keadaan seseorang wanita yang ketiadaan pendarahan haid secara kekal.Ianya adalah proses biasa yang terjadi kepada seseorang wanita apabila mencapai tempoh tertentu.Setiap wanita yang mempunyai sistem peranakan akan mengalami fenomena ini setelah sistem ovari didalam badan berkurangan.

Biasa kita dengar umur 45-50 tahun dah ada yang menopaus.Sebagai wanita tak gerun ke bila dengar.Ye lah apabila perkara ini terjadi,akan mengurangkan aktiviti seks bersama pasangan kerana tisu faraj semakin menipis,kering dan sakit menyebabkan terganggu sedikit hubungan bersama suami isteri.

Masa ni mulalah si suami nak mencari yang lain...hahaha..awas ye kaum wanita.Saya tak kata semua lelaki ye.Sebenarnya memang betul,banyak cara lain lagi nak mengekalkan kerukunan rumah tangga kita,namun demikian sebelum kita mulai risau dan runsing,eloklah kita suami isteri fahami makna menopaus terhadap wanita ni.

Berdasarkan kajian umur wanita yang menopaus ialah lazimnya 50 tahun.Namun demikian ada juga yang menopaus awal seawal umur 35 tahun dipanggil pramatang.Ada sebabnya tu berkaitan dengan kesihatn.

Antara ciri-ciri kita nak menopaus ialah:


  • Sakit sendi
  • susah nak fokus atas sesuatu perkara
  • sakit kepala
  • tidak boleh tidur
  • moody/perubahan mood
  • peluh waktu malam
  • kekeringan bahagian vagina
  • peluh yang teruk
  • kencing malam
Ini hanya secara umum je,sebab ada juga sebab-sebab yang lain.Semua itu termasuk dalam emosi kehidupan kita.Maknanya ada juga kaitan dengan kehidupan kita.

Peratusan umur putus haid:

UMUR PUTUS HAID  %WANITA
35 - 40 tahun
  11.87
40 - 45   25.97
45 - 50   41.03
50 - 55   14.58
sebelum 35 atau selepas 55 6.54

Jadi janganlah kita bimbang dengan menopause,elok bersedia dari awal dengan menambahkan pembacaan kita berkaitan dengan wanita dan kesihatan.Ini bukan penyakit ye,jadi kita kena fahaminya.

Sumber: rujukan pelbagai pembacaan

Pesanan:Hidup ini sekejap cuma,umur berputar dengan laju,apakah persediaan kita?

10 comments:

  1. alamak umo 35 pun ada yg monopaus dah..gerun2..haha

    ReplyDelete
  2. Simptom kencing malam kesian juga tu kan.. tapi kakak gelihati pulak hihi...

    ReplyDelete
  3. semua itu kita wanita akan laluinya...
    moody yang takut...

    ReplyDelete
  4. sakit semulajadi ni , terima jer la . sekali sebln jer pun . klu pulun panadol pun , lama - lama nanti akan beri kesan pd badan . kan panadol tu dadah n bhn kimia !

    ReplyDelete
  5. takut plak nak menopos. Sy tgk org yg dah menopos ni kulit dah kecut, pastu emosi dia boleh tahan jugak. Huhu.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...