Saya yang dibesarkan di Kuala Lumpur dan bersekolah di situ hingga memasuki ITM(Shah Alam),masih lagi menghayati kehidupan sebagai seorang muslimah yang tidak keterlaluan gaya hidupnya.
Ke bandar Kuala Lumpur sendirian menaiki bas mini(warna biru,pink),bas Sri Jaya atau bas Toong Fatt di Kg Pandan(dulu duduk rumah setinggan disitu sebelum berpindah ke Pandan Indah)ke Cheras,ke Balakong,ke Sri kembangan atau kadang-kadang menziarahi kawan-kawan di Kg Malaysia Tambahan.Bersendirian atau bersama kawan-kawan.
Kadang-kadang menaiki teksi atau bas ke Pertama Complex,Central Market bersendirian juga.Pulang dari kerja dari Bukit Bintang berjalan ke perhentian bas bersendirian juga,shift malam pula tu.Dulu tiada LRT.
Pernah juga dulu-dulu, kerana ingin menjimatkan duit tambang saya berjalan kaki dari Pandan Indah (rumah mak sekarang) ke Pandan Jaya sewaktu bekerja di Klinik Kita Pandan Jaya dan Klinik Pandan Indah.Kerja pun ikut shift juga ni.
Tidak pernah terfikir tentang bahaya berjalan sendirian seperti masa kini,mungkin waktu itu saya di zon selamat atau mungkin keadaan yang tidak bahaya sangat ketika itu.
Walaupun ketika itu kedua ibubapa saya bekerja,seringkali saya dan adik beradik lain ditinggalkan,tetapi masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa.Tidak terbiar malah kami cukup takut untuk membuat sedikit kesalahan kerana emak sungguh garang.
Tetapi sekarang ni,saya sebagai ibubapa sangat gerun untuk membiarkan anak dara saya berjalan sendirian walaupun hanya ke kedai yang tidak sampai 3 minit jika berjalan kaki.Apa yang saya lakukan ialah jika ada apa-apa yang ingin mereka beli saya sanggup ke kedai sendiri atau membawa mereka sekali untuk membeli barangan yang dikehendaki.
Benarlah,semakin canggih zaman itu,semakin meningkat bahaya dan cabaran yang perlu dihadapi.Saya sangat berhati-hati dan ingin memantau pergerakan anak-anak.Anda bagaimana?
Pesanan:Bukan anak dara saya je,anak teruna saya pun kena buat begitu juga...
SEKARANG NIE KLU NGAN PARENTS PUN BLEH DICULIK....MEMANG DOLU2 KITA GIE KEDAI SENDIRI PUN TAK KISAH...SELAMAT
ReplyDelete@zaidah-tu lah sekurang-kurangnya kalau ngan parents tahap keselamatan tinggi sikitlah...
ReplyDeletemasa belajar kat YPM ..munna sewa rumah area Pandan Jaya...
ReplyDeletemunna-tahun bila agaknya tu?..sekarang da makin maju kawasan Pandan Jaya tu..
ReplyDeletePastu kalo masa kecik2 dulu, kita bebas je nak bermain sampai maghrib. Mak bapak kita pun tak la risau sangat. Kesian kan anak-anak skrg? Mereka kalo nak bermain pun mak ayah temankan. Kalo kita dulu mak ayah temankan bermain, very not cool betul tak?
ReplyDelete@LydSunshine-hmmm..betul tu..ingat lagi waktu kecik main kat kawasan lapang,takde sape nak ganggupun...
ReplyDelete