Chicken Chop sedap juga ni
Kalau sekali sekala kita makan di luar bersama keluarga tak pe kan.Walaupun rasa membazir je,tapi kalau ada duit lebih sedikit apa salahnya kan.
Jarang benar saya makan luar sepanjang tahun ni kecuali jika saya pulang ke kampung suami atau pulang ke kampung saya.Lagipun dengan bilangan anak-anak yang ramai dan ada yang masih kecil,makan di luar bukanlah pilihan utama.
Bayangkanlah karenah dan ragam anak-anak yang perlu dilayan.Yang besar macam tu,yang si kecil macam ni pula.Sudahnya tertinggi juga suara saya di kedai makan.Orang keliling pun berpaling seketika di meja makan kami.Malulah.
Saya biasanya kalau teringin nak makan sesuatu,saya ajak suami dan anak kecil je keluar makan.Yang lain tinggal kat rumah makan apa yang saya dah masak.Itu cara saya.Lagipun dengan keluar berdua-duaan sebegitu sekali sekala membolehkan kami bercerita dengan lebih banyak lagi hal-hal suami isteri.Hubungan pun makin rapat.
Maklumlah kerja seharian memaksa kami hanya berjumpa waktu malam sahaja.Sebelah petang masing-masing letih dengan tugasan seharian,maka ketika itulah peluang untuk melelapkan mata sebentar.Berehat seketika.
Bukan mudah untuk mengekalkan hubungan mesra suami isteri jika tidak disemai sentiasa.Barulah subur hubungan kita kan.
Pesanan:Chicken Chop tu satu RM15...kalau darab dengan 8 orang (ahli keluarga saya)...berapa RM dah terbang tu....
heheheee...dkna baca cerita akak terus dkna teringat kat kakak dkna...
ReplyDeletememang kecian kalau nak keluar makan, sorang dukung sorang merengek kat kaki, sorang berlari ke sana sini..pening dibuatnya :)
menu memang menarik! ;p
Betul tu. Tapi masa makan checken cop, tentu teringatkan anak-anak kat rumah kan...
ReplyDelete@Dkna-nak kena tunggu besar...tapi lagi mahallah kos makan...
ReplyDelete@Che mid-teringat...g mana-mana pun mesti teringat kalau tak bawa anak-anak...lagipun rugi makan chicken chop...diorang tak makan sayur..he he he
wah..sedapnya sis..nyum2..
ReplyDelete@ nuyui-sedap tapi mahallah...
ReplyDelete