1. Ketibaan Ramadan,umat Islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu.
Kesatuan hati dan
niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
2. Dengan diwajibkan berpuasa,semua golongan Islam,kaya dan miskin,berada dan tidak berada,terpaksa menempuh
ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan
keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih -mengasihi sesama umat Islam.
3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu
taat kepada Allah,justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
4. Dari segi
kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh manusia dapat diatasi.
5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai
separuh daripada kesabaran.
6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah,
selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
7. Kedatangan Ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan
ibadah solat Tarawih, di samping itu diwajibkan juga
zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain,khususnya mereka yang daif.
8. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW:
Maksudnya: "Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu."
9. Ketibaan Ramadan menandakan
terbukanya pintu-pintu syurga,ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.
10. Malam
Nuzul al-Quran (17 ramadan) merupakan saat penting
al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
11. Terdapatnya
Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.
Pesanan: Semoga kita dapat menghayati Ramadan dengan penuh keinsafan. Di petik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato'Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab. hamid
SELAMAT BERPUASA!
p/s:mungkin slow sikit update blog bulan ni...tapi kawan2 jangan lupa terjah menerjah ye..saya pasti singgah..