Thursday, July 26, 2012

Sup Ayam Berempah

Percayalah waktu berbuka semalam saya buat lauk sup ayam berempah dengan telur dadar goreng je.Sangat mudah,sedap dan paling penting jimat perbelanjaan.

Resepi pun banyak dah kat internet...google je jumpalah versi sama je.



Bahan-bahannya:
 Ayam

Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Jintan Manis
Jintan Putih
Ketumbar
Lada Hitam

Bahan tambahan:carot,ubi kentang dan fishball.

Semua bahan ni kisarkan.Anggaranlah dalam sudu kecik jintan2 tu.Saya main campak2 je ni.

Cara memasaknya:

1.Panas periuk.Letak minyak untuk menumis bahan kisar.Dah agak2 masak sikit,masuklah ayam carot dan kentang.Buh air.Biarkan mendidih hingga semua bahan empuk.Akhirnya masukkan fishball.

2.Garam dan aji

3.Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Nak sedap lagi buat kicap pedas:

kicap manis
cili api
limau nipis

Dah siap.Makan sup nanti,buhlah kicap pedas sikit,baru terangkatttt!!!!

Pesanan:Makan sup panas-panas sedap.

31 comments:

  1. hehehe...teringat my housemate semalam mkn sup ayam berempah juga..tapi,sup kosong + ayam goreng berempah..jadi la sup ayam berempah..sengal betul dia ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha...lawak lah...tapi betullah tu lauk sup dan ayam berempah...janji sebutan sama...

      Delete
  2. mlm td pon sy wat sup cendawan..tgk sup ayam ni..hurm..nat wat jugak le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sup cendawan je belum cuba buat lagi...nanti nak cuba juga

      Delete
  3. wahhh sedapnya.. mia balik kerja tak sempatlah nak masak. asyik beli kat bazar ramadhan... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluarga besar kena masak sendiri lah mia...boleh juga beli tapi tak cukup budget sebab mesti kena beli banyak...he he he

      Delete
  4. Replies
    1. sampai juga cheqna...meh le kita buat petang ni...he he he

      Delete
  5. anak2 KA pown penggemar sup x kisahlah apa sup pown !

    ReplyDelete
  6. Kalau kakak sup macam nie lawankan dgn roti mesti semangkuk tak cukup:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ngan roti pun sedap ye kalau cicah...tak pernah cuba lagi..

      Delete
  7. Apa beza sup ayam berempah dgn yang biasa ida? Sup ayam bukan ke mmg macam ni resepi dia? Ada versi lain ke? Hehe. Selamba tak tau. Ari ni saya pun plan nak buat sup ni. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bezanya rempah-ratus cam jintan,ketumbar tu rasanya..kalau buat sup biasa buh bunjut ngan kayu manis 3 serangkai tu je.....ha ha tanya saya yang tak reti ni jawab gitu je lah...gitulah kot Lyd...

      Delete
  8. saya pun buat sup ayam makan bersama mee hoon + begedil lagi.....

    ReplyDelete
  9. Since preggy ssh nk mkn sup yg byk rempah..nti rsa nk kua blk..xthu knp..tp sup tu mmg menggiurkan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sup pun berminyak juga kan...kalau saya waktu mengandung pun tak lalu juga...time sekarang ni sedaplah..he he he

      Delete
  10. saya pulak suka sup mkn ngan sambal belacan...perghhhh...tangkap leleh...

    ReplyDelete
  11. hmmm..sedapnya...sambal belacan lagi sedap...

    ReplyDelete
  12. lama ke tak jalan2..hmm kalau jalan masa pose ni tak dapatlah nak jamu makan..he he he

    kalau tergoda buatlah tuk berbuka esok..senang je..main campak2 je...cuba ye..he he he

    ReplyDelete
  13. Biasanya lauk yang simple2 tu lagi sedap dan buka selera... heheh

    Salam Ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...sup tu pula panaskan balik dah dekat nak berbuka

      Delete
  14. wahh..simple pun takpe,asalkn sedapppp..

    ReplyDelete
  15. puasa2 ni nak makan sup je kan? akak makan soto nasi pagi tadi, sama dgn berbuka semalam.
    selamat berpuasa ummi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sedap kak soto ayam tu..ada pergedil kan..
      selamat berpuasa kak zana

      Delete
  16. Sedap sup ayam ni.. Lagi2 ayam kampung yang muda belia tu.. Letak lada hitam sikit.. Pastu letak kentang.. Perrgghhh.... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam kampung jarang dapat makan...susah nak dapat kat bandar kan...ha ha ha saya ni bukan kenal pun ayam kampung ke ayam bandar ke..semua ayam saya makan asalkan halal...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.