Wednesday, July 25, 2012

Bulan Puasa Buat Dosa

Geram betul bila mendengar berita dari sepupu kereta ayahnya dicuri sewaktu di parking di tempat letak kereta Hospital Serdang.Sempat lagi diorang buat kerja bodoh ni bulan puasa ni.Memanglah syaitan dirantai bulan puasa ni,tapi kalau dah ikut perangai syaitan susahlah.

Ceritanya,mak saudara saya dimasukkan ke Hospital Serdang akibat penyakit dalam perut.Jadi suaminya perlu menunggu di wad berhari-hari.Tiba-tiba hari ni nak guna kereta,bila tengok kat tempat parking,dah tak ada.Tak ke haru tu.Sedih rasanya.Dahlah banyak barang penting dalam kereta tu.

Memanglah kita kena terima ujian yang Allah nak beri,tapi manusia ni bila jadi syaitan bertopengkan manusia ni,bukan kira nak buat kerja jahat ni.Bulan puasa ke,bulan Raya ke,ada dia kisah.Asalkan hajat tercapai.Bukan nak insaf atau pun nak perbaiki diri di bulan Ramadan ni,lain pulak yang ligat kat kepala otak dia .Orang yang dalam kesusahan,dia pula ambil kesempatan.



Sekarang tidak perlu mencari kesalahan sesiapa,tetapi bantu mana yang boleh.
Jika ada sesiapa ternampak kereta PROTON WAJA warna HITAM KEHIJAUAN plat no WNN 4147,tolong beritahu balai polis berhampiran.

Nota: Sepupu saya yang perempuan tu,yang lelaki tu membantu share maklumat.

Pesanan:Mohonlah sesiapa ada ternampak sila report di balai polis berhampiran.

12 comments:

  1. kalau dah suka buat dosa tu gitu la..semoga Allah buka pintu hati si pencuri hanta balik kereta tuh..

    ReplyDelete
  2. Orang ni kalau hati dorang dah hitam tu, memang susah la nak berubah.. Mudah-mudahan dapat balik kereta tu dalam keadaan asal.. Jangan jadi macam sepupu saya, kereta dia kena curi jugak, tup2 jumpa dah tinggal rangka..

    Azhar Othman tu mcm Awie je.. Ye ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah..jarang orang curi kereta nak bawa jalan2 kan..biasa tinggal rangka je kan...tapi mudah2an dapat semulalah...dapat tangkap orang tu laaaagi baikk..

      p/s:azhar othman tu bukan awie ye..

      Delete
  3. Ya Allah..sabar jer ar..
    harap kereta tu dijumpai segera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa ni bulan kesabaran...hmmm kena banyak bersabar kan..

      Delete
  4. ya Allah...
    semoga cepat ketemu sama keretanya.. amin..

    ReplyDelete
  5. Kenapa la mesti nak mencuri hak org. Geram betul
    Mmg msia ngra x selamat. Nak ke mana2 sntiasa kene brhati2. Pntg leka cepat je tgn org mencapai. Huhu.. Beza mcm langit dgn bumi sikap org msia dgn org sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah bezanya kan negara kita ni dengan Jepun...jakun pun ia jugak...pantang lepa.habis diorang sapu...jarang benar boleh jumpa ballik barang hilang ...susahkan macam ni..

      Delete
  6. ish..sempat lagi nak curi kereta bulan puasa macm ni..kat kawasan hospital pula tu..bahaya betul..

    moga semuanya dipermudahkan ye..harap2 boleh dapat balik kereta tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat nak rembat je diorang ni..kerja2 macam tu sempat je...

      berita terkini,tiada perkembangan kereta tu..ntah2 dah relai..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.