Tuesday, July 24, 2012

Hari-hari digoda makanan

Kena banyak bersabar nak melatih anak usia 5 tahun berpuasa.Bangun sahur kena pujuk rayu dulu.Cakap kena lembut sikit.Lauk kena selera dia,baru boleh makan.

Waktu ke sekolah dari pagi hingga tengah hari boleh tahan lagi.Mungkin sebab semangat kuat sebab kawan-kawan lain pun puasa juga.

Masuk je tengah hari nak ke petang mulalah buat perangai.Pujuk dulu suruh main game kat komputer,hmmm... bolehlah tahan sikit.Waktu saya mula buat kuih,dah merengek pulak.Saya janji simpan sikit kuih untuknya.Tapi kalau lama-lama tengok macam-macam kuih saya buat untuk jualan,dah mula tergoda.Waktu ni babanya dah balik.Nak menangis kuat-kuat depan saya dia takut.Pergi mengadu kat baba pulak.Baba pulak cair hatinya,minta kuih nak beri pada anak.hmmmm...jam 3.45petang dah berbuka,tak sabar nak tunggu beberapa jam lagi.

Tengoklah kuih ni,mana tak tergodanya.Saya yang tukang buat pun tiba-tiba rasa nak makan,biarpun bila waktu berbuka saya simpan sikit,tak juga habis makannya.Apa lagilah anak-anak kecil ni.

Tengok muka merajuknya.Padahal nak makan sikit je kuihnya.tu nak start meraunglah tu.ish...mudah sangat tergodanya.Semalam puasa sampai 3 petang,hari ni 3.45 petang,esok-esok tak tahu lagi.Harap kat sekolah je lah tak makan sebab cikgu dia tak masak.

Lauk kat rumah pun dah habis.Jadi saya ke kedai beli tin sardin.Sayur pula kebetulan semalam jiran (ustaz Azan)yang berkebun tu bagi.Periksa lagi peti ais ada lah ikan bilis mentah,itupun jiran bawah rumah(Cikgu Niena) bagi.Jadi saya pun masaklah untuk juadah berbuka.Alhamdulillah rezeki Allah beri pada bulan puasa ni.Dapatlah 3 lauk sambal sardin,sayur kailan goreng dan ikan bilis goreng bawang dan cili.

Selamat Berbuka!

Pesanan:Memang rezeki saya lah ni,jiran-jiran baik hati.

16 comments:

  1. saya buat masa ni masih berbuka di rumah..belum ada jemputan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal2 lagi ni belum ada jemputan...nanti ada lah tu nak ke 2 minggu berpuasa...

      Delete
  2. Replies
    1. bulan2 pose semua nampak sedap belaka izza..he he he

      Delete
  3. masakan tu semua menyelerakan,hari2 makan ayam pun boring jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu hari2 kena tukar lauklah..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. salam ramadhan...
    byknyer kuih muih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadan..

      kuih untuk jualan tu..dapat singgit dua jadilah..

      Delete
  5. waduhhh tergoda mak dara melihatnyaaa hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar mak dara...he he he...tengok mak dara pun leh tergoda apatah lagi budak 5 tahun tu..he he he

      Delete
  6. alahaiii siannya tgk muka org merajk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. merajuk kejap je tu..tapi bab meraung yang tak tahannya...

      Delete
  7. menu macam ni lagi sedap. issh bselera je tgk.

    :: anak buah sy umurnya 5 thn , thn ni 1st time puasa penuh. alhamdulillah tak pernah tinggal lagi. tgk kakak train dia bguna jugak. klu hari weekend dia mayb cepat letih dan lapar tp bila hari skoah lagi bsemangat nak puasa. kebetulan bsekolah di tadika islam so kawan2 ramai yg bpuasa. sy doakan anak akak kuat semangat untuk puasa penuh. budak2 tak boleh paksa, pelan2 nnt ok kan ::

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian itu..sebenarnya anak2 saya yang 4 orang dulu pun mudah je puasa penuh...tapi bila anak2 yang dah last2 ni manja2 sikit....tu yang baba pun kesian sangat tu he he he

      Delete
  8. akak jual kuih bln ramadhan ye..moga bertambah rezeki...da ok le boleh mujuk anak.agak2 anak sy tahun depan bole ke x diajak berpuase nih,

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.