Friday, October 01, 2010

Menyepi selepas raya

Lama saya tidak update blog saya. Kesibukan saya yang bermula dari 3 hari sebelum raya dan juga selepas raya. Saya pulang awal ke kampung suami kerana akan balik awal ke rumah semula.

Hari raya pertama pada sebelah petang saya sudah sibuk menyiapkan 500 biji kek cokelat kukus untuk dibungkus sebagai buah tangan buat para tetamu yang bakal hadir pada hari perkahwinan anak saudara suami saya. Saya bermula pada jam 5 petang dan berakhir pada jam 12 tengah malam,kerana menggunakan kukusan kecil dan acuan yang sedikit. Tetapi dengan bantuan dari saudara-saudara yang lain dapatlah saya menyelesaikan tugasan saya itu. Maka pada hari keesokannya saya cuma membantu serba sedikit sahaja. Hari perkahwinan pada hari raya ketiga. Raya keempat saya perlu bergegas pulang ke Kuala Lipis kerana anak saya yang bakal menghadapi UPSR perlu menghadiri kelas tambahannya,maka percutian kami disingkatkan dan hari raya disambut ala kadar sahaja.

Jadi sepanjang peperiksaan anak saya, saya perlu menjenguknya setiap hari untuk bertanya khabar dan memberi semangat kepadanya. Sehinggalah selesai peperiksaan tersebut. Saya dan keluarga pula bergegas ke Kuala Lumpur sekadar 1 hari setengah untuk melawat mak dan ayah sempena hari raya. Pulang dari Kuala Lumpur 3 orang anak saya dan saya juga mendapat sakit mata. Maka saya perlu berehat dengan baik agar pulih segalanya.

Dan kerana sudah sihat hari ini,maka saya berkesempatan update blog saya dengan jayanya.Tapi untuk sementara juga. Kerana banyak lagi kerja tertangguh yang perlu saya selesaikan. Memang mencabar kehidupan ini.

Sekian buat masa ini,jumpa lagi.

Pesanan: Saya buat yang penting dulu...

Monday, September 06, 2010

Balik Kampung..oooo...Balik Kampung..

Hari ni bermulalah perjalanan untuk pulang ke kampung,setelah selesai menyempurnakan kerja-kerja di rumah seperti membasuh baju sekolah anak,suami dan berkemas serba sedikit.

Perjalanan dari Kuala Lipis ke Kelantan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tahun ni beraya di kampung suami di Kota Bharu. Jadi perjalanan tersebut harap-harap berjalan dengan lancar. Anak-anak nampak gembira bila dengar kami kata nak bertolak hari ni. Maka tahulah mereka puasa nak habis,tunggu nak beraya je. Baju-baju raya masing-masing sayang nak dilipat, katanya nak digantung je kat kereta. Muat ke? Kita tengok je lah.

Kuih-kuih raya yang letih kami berhempas buat, sudah awal-awal lagi di letak di depan pintu dalam plastik. Takut tertinggal. Apa lagi nak bawa ye. Nak pastikan tak ada lagi pinggan kotor di dapur, kalau tak basuh lagi, nampak gayanya balik nanti sah-sah berkulat pinggan tu.

Yang penting sampah dalam tong sampah di dapur dan bilik air,perlu buang,takut berulat lak. Ada seminggu juga nak balik semula ke sini. Duduk kuarters ni, kena pula tingkat 3, letih lah nak turun naik tangga bawa barang-barang nak bawa ke kereta. Mujur mempunyai anak yang ramai,boleh membantu.

Oklah. Saya nak bertolak kejap lagi. Doakan perjalanan yang selamat pergi dan balik.

Pesanan: Selamat Hari Raya semua! Maaf Zahir dan Batin. Bye!

Tuesday, August 31, 2010

Impiannya sudah tercapai


*Cantik tak anis?*
Saya pernah bercerita tentang keinginan anis untuk memakai subang di telinganya. akhirnya impiannya tercapai jua akhirnya.




Saya kagum kerana dia berani untuk bertindik. Pada permulaannya tindikan pertama di telinganya dia sedikit pun tidak menangis. Cuma pada kali yang keduanya, dia menangis hanya kerana saya ter 'spray' kuat sangat penyembur (untuk kebaskan) di telinganya membuatkan dia terkejut dan menangis. Jadi yang kali kedua ni lah kami terpaksa pegang kuat badannya agar memudahkan dia ditindik. Tapi selepas selesai, terus dia berlari-lari bermain dengan kawannya.




Sekarang dia tidak lagi bertanya tentang subang tersebut,kerana impiannya sudah tercapai. Maka legalah saya kerana sudah menunaikan janji saya padanya.




Pesanan: Apa lagi selepas ini???

Monday, August 30, 2010

Kuih Cara Berlauk


Bulan puasa ni macam-macam jenis kuih saya buat. Rajin sangat pula. Bukan apa masa puasa ni lah macam-macam rasa nak makan. Jadi antara kuih yang mesti saya buat walaupun sekali je dalam bulan puasa ni ialah kuih cara berlauk. Meh tengok resepinya.

Bahan-bahannya:(Inti)

Daging cincang (mangkuk kecil)
1/2 biji bawang besar merah (potong dadu kecil)
1 biji bawang putih (cincang halus)
3 sdb Serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
1/2 sudu cili kering (kalau nak rasa pedas sikit)
garam
gula
Hiasan:
daun bawang (hiris kecil)
cilim merah(potong kecil-kecil)

Cara-cara membuatnya:
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Cili kering. Serbuk kari. Goreng sekejap. Masukkan daging cincang. Garam dan gula secukup rasa. angkat.

Sementara itu, bancuh tepung gandum 2 cawan. Air secukupnya. Telur sebiji. Garam sedikit. Serbuk kunyit sedikit.Blender aje.Agak-agak dia tak pekat sangat dan tak cair sangat. Ekjas-ekjas lah.

Kemudian panaskan acuan cara. Sapu minyak sikit kat acuan tu agar tak melekat. Tuang adunan tepung, jangan penuh sangat. ambil 1/2 sudu kecil inti,nak banyak pun ok je. Letak kat tengah adunan dan hias sikit dengan daun bawang dan cili merah. Tutup. Dah masak angkat. Tak lama. Mungkin dalam 1-1/2 minit. Api kecillah.

Pesanan: Cubalah. Kuih saya buat tu taklah sesempurna macam kedai jual,jadi ada juga yang terlebih dari acuan,tapi sekurang-kurangnya saya mencuba...sodap....

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...