Biasalah kalau duduk asrama mesti macam-macam hal yang anak saya laporkan.Setiap kali pergi jumpa dia sebelah petang hantar barang atau makanan,mesti ada je cerita kurang enak yang disampaikan.
Anak saya baru berusia 11 tahun,sepatutnya dari tahun lepas dia dah duduk asrama,tapi asyik menangis je,tak jadi duduk asrama tahun lepas.Maklumlah anak perempuan.Tahun ni wajib.
Sekolah dia ni sekolah khas tajaan kerajaan negeri,jadi budak-budak dipilih dari seluruh sekolah rendah kat daerah sini,kemudian diadakan ujian pemilihan.Kalau dapat,bolehlah duduk asrama dari darjah 4 hingga darjah 6,dan segala kemudahan,perbelanjaan ditanggung.Tapi yuran sekolah kena bayarlah.Begitulah lebih kurang.
Apa yang saya nak sebut di sini,walaupun dikalangan budak sekolah rendah,buli membuli ni tetap ada.Cuma tak serius sangatlah.Buli yang anak saya kena ni seperti,sabun mandian di pakai orang lah,sabun basuh baju habislah(padahal tak pernah basuh baju pun kat asrama).
Terbaru ada rakannya ambil katilnya apabila ada suatu hari tu anak saya tak hadir ke sekolah selama 3 hari akibat demam.Balik je asrama dah ada orang 'cilok' katil dia.Saya pun apa lagi terus 'report' kat warden asrama,barulah dia pindah semula ke katilnya.
Kemudian ada satu lagi ni,budak mintak duit RM1 kat anak saya,anak saya yang lemah lagi tak berdaya ni pun bagi je lah kat budak tu.Lagi saya angin.Saya pun pergi bersemuka dengan budak tu.Malas nak bagitau warden dulu.
"Awak ada minta duit dengan dia?" tanya saya."Takde lah mak cik,saya pinjam je",jawab budak tu tanpa rasa takut pun.Saya tanya anak saya ada ke dia kata nak pinjam,geleng kepala anak saya.
"Ha,dia kata takde pun awak kata nak pinjam".balas saya lagi.
"Bila awak nak ganti?", tanya saya lagi.
"Nanti esok,ayah saya datang,saya pulangkanlah balik".jawab dia lagi.
"Bukan makcik tak kasi duit Rm1 tu kalau betul awak nak pinjam,tapi bila awak main mintak-mintak je,mana-mana ibubapa pun marah kalau kena kat anak diorang",ceramah saya lagi.
"Awak orang susah ke?"tanya saya.Budak tu geleng kepala.(Ye lah anak cikgu-anak saya yang cakap).
"Saya minta maaf makcik" jawab budak tu lagi.Terus berlalu pergi.
Saya bukan lapar sangat dengan duit RM1 tu,tapi sekadar nak beri peringatan kat budak tu,lain kali tak boleh lah buat macam ni lagi.Kalau kena dengan budak lemah macam anak saya tu,memang masaklah kena bagi je bila dia minta duit.
Anak saya tu pun satu,lemah sangat,tak nak melawan.Lagi satu berat mulut sangat nak bagitau warden dia.Nak saya juga turun padang selesaikan masalah dia tu.
Dengar cerita anak saya,lepas saya tegur budak tu,rupanya dia balik asrama menangis.Bila kawannya tanya,dia kata "salah aku juga".Maknanya dia menyesal.Duit tu pun dia dah bayar balik kat anak saya.Hmm..sedih pula saya dengar,tapi terpaksa juga saya ambil tindakan sendiri.Saya tak lapor hal ni baik ke warden atau ibubapanya,taknak dia merasa malu.
Anak...anak...
Pesanan:Ingatan buat ibubapa termasuk saya,didiklah anak-anak dengan baik,ajaran agama Islam dah cukup baik jika benar-benar diterapkan dalam jiwa anak-anak sejak kecil.
Monday, May 14, 2012
Malaysia Juara Hoki Remaja Asia Tumpaskan Pakistan
Sorakan di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,Bukit Serindit memang tak boleh lawanlah sorakan di rumah saya.Tapi jelas terpancar kegembiraan para penyokong apabila masa hanya tinggal beberapa saat untuk permainan tamat dan meraikan kejayaan Malaysia.
Saya rasa memang sangat berbaloi menanti depan kaca tv tepat jam 8 malam semalam.Saya sanggup hantar anak ke asrama lebih awal semata-mata tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlawanan sengit ini.Awal pukul 2 petang tau!Sebab nak tengok juga perlawanan India lawan Korea petang tu.2-1.
Semua tahu Pakistan memang mahir dalam permainan hoki ni,namun demikian Malaysia berjaya juga menewaskan Pakistan dengan gol 2-1.
Rupanya Malaysia pernah tewas dengan Pakistan 20 tahun yang lalu pada tahun 1992.Memang patutlah Malaysia meraikan kemenangan ini.Gol kemenangan telah dihasilkan oleh Faizal Saari dan Mohd Syamim Mohd Yusof.Seperti terbalas dendam Malaysia semalam,kelihatan ada pemain yang mengalirkan air mata kegembiraan.Saya yang menonton pun seolah-olah berkongsi rasa bersama pemain-pemain Malaysia.
Tahniah pemain Hoki Remaja Malaysia!
Pesanan:Teruskan menuju kecermelangan dalam bidang sukan oh Malaysia!

Gambar: Ehsan Berita Harian

Sunday, May 13, 2012
Saya bangga menjadi seorang ibu!
Setiap kali melihat gambar-gambar anak-anak di album lama,selalu mengingatkan saya zaman membesarkan mereka.
Banyak kenangan manis dan pahit yang ditempuh oleh kami sebagai ibubapa dalam memberikan didikan yang sempurna dan kehidupan yang sempurna untuk membahagiakan anak-anak.
Saya ingin mengabadikan gambar anak-anak sewaktu mereka kecil di dalam blog saya supaya mudah untuk saya tatap ketika saya perlu.Memang mereka penyeri hidup kami sekeluarga,walaupun ramai,bermacam ragam,mereka tetap anak-anak yang kami sayangi.Segala kasih sayang yang dicurahkan memang tiada akhirannya.Tetap kekal abadi hingga mati.

Gambar terkini...rasa lambat lagi nak tunggu si kecil dua orang tu besar,padahal,yang lain-lain pun bermula dari kecil...sekejap je dah besar.Rasa aman dan tenang bila melihat mereka baik-baik belaka setakat ini.
Ini gambar umi kepda 6 orang anak di atas.Cute kan....Terima kasih mak!
Selamat Hari Ibu!
Pesanan:Setiap kali melahirkan mereka,setiap kali itulah rezeki sentiasa bertambah.
Terbaru:Malaysia Juara Piala Hoki Remaja Asia ke 7 setelah menundukkan Pakistan 2-1.Terbaikk!!!

Ini anak pertama saya si sulung lelaki Ajwad (14 tahun-2012)
Yang kedua Aisyah kini usianya 13 tahun(2012)
Yang ke 3 Athirah 11 tahun dan ke 4 Ainaa' 10 tahun (2012)
Yang ke 5 Anis 5 tahun dan yang ke 6 Arissa 2 tahun(2012)
Gambar terkini...rasa lambat lagi nak tunggu si kecil dua orang tu besar,padahal,yang lain-lain pun bermula dari kecil...sekejap je dah besar.Rasa aman dan tenang bila melihat mereka baik-baik belaka setakat ini.
Ini gambar umi kepda 6 orang anak di atas.Cute kan....Terima kasih mak!
Selamat Hari Ibu!
Pesanan:Setiap kali melahirkan mereka,setiap kali itulah rezeki sentiasa bertambah.
Terbaru:Malaysia Juara Piala Hoki Remaja Asia ke 7 setelah menundukkan Pakistan 2-1.Terbaikk!!!
Saturday, May 12, 2012
Selamat Hari Jururawat 2012
Kalau nak harap doktor seorang je bekerja,pasti tak dapat selesaikan segalanya.Jururawat mesti ada untuk membantu.
Banyak dah kita dengar cerita-cerita tentang jururawat ni,ada cerita yang baik,ada juga yang tak sedap didengar.Kita tahu jururawat pun manusia biasa,pasti ada yang silap.
Saya pun banyak cerita tentang hal-hal jururawat ni,cuma hanya satu yang saya harapkan,jururawat sekarang ni semakin terlatih dan berilmu,semoga menjadi jururawat yang lebih bertanggungjawab.Lupakan kisah jururawat dulu-dulu yang lebih banyak yang tidak sedap didengar,dari yang sedap ceritanya.Biasalah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Sebagai jururawat yang dihormati kariernya,janganlah mendabik dada dengan ilmu yang ada tu.'Sharing is caring'.
Apabila bekerja,jururawat yang beragama Islam,bekerjalah kerana Allah,pasti hati menjadi tenang,walaupun banyak tekanan yang diterima.
Saya kagum dengan jururawat yang merawat pesakit dengan penuh sabar,kerana karenah pesakit tidak dapat diduga.Saya juga berterima kasih atas layanan jururawat yang memang tidak pernah mengira masa,walaupun masa kerja sudah hampir habis,tetapi kerana tugas yang belum selesai,tetap diteruskan hingga selesai.
Selamat Menjalankan Tugas Buat Semua Jururawat di Malaysia!
Pesanan: Pernah sekali jururawat kat tempat saya datang ke rumah,semata-mata utuk bertanya adakah anak saya sudah lengkap suntikan imunisasi...terkejut saya seketika.
Subscribe to:
Posts (Atom)