Tuesday, October 11, 2011
Papan iklan yang sukar dijumpai...
Kalau nak jumpa papan -papan iklan yang mengajak orang ramai membuat kebaikan sangat sukar dijumpai.Kalau biasa dijumpai pun mungkin papan iklan" tak nak rokok" khas untuk perokok tegar,papan iklan 'sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan",yang biasa diletakkan di kawasan-kawasan masjid.
Kali ni papan iklan yang saya jumpa di Kelantan sangat menarik perhatian saya.Betapa prihatinnya mereka untuk mengajak orang ramai agar menutup aurat di tempat-tempat awam.Bagi saya ia memang menarik kerana perkara yang biasa dianggap remeh oleh sesetengah pihak,kini dijadikan sesuatu yang amat penting untuk di'higlight'kan.
Seiringan dengan zaman yang semakin canggih,maka cara ini adalah salah satu yang amat wajar dilakukan oleh semua orang yang merasa ia adalah tanggungjawab bersama.Tidak salah sedikitpun,malah sejuk hati saya apabila membacanya.
Ini juga sebagai salah satu motivasi diri.Walaupun menutup aurat kita masih boleh melakukan kegiatan yang berfaedah seperti bersukan contohnya.
Pesanan:Kalau jumpa lagi papan iklan yang menarik lagi,nanti saya akan kongsikan.
Friday, October 07, 2011
Ikan Pekasam oh Ikan Pekasam!
Ikan pekasam sebelum dan sesudah di goreng
Saya tidak pasti makanan ikan pekasam ini memang berasal dari Pahang atau negeri lain.Sebabnya apabila saya membawa pulang ke rumah mak,rupanya mak juga memang suka makan ikan pekasam ini,cuma mungkin saya tidak menyedarinya.
Ikan pekasam biasa yang saya dapat ikan diperap dengan asam keping dan garam.Menurut kata keluarga angkat saya Abang Mat,kalau pandai membuatnya sedaplah ikan tu.Dan oleh kerana dia pandai membuatnya,saya memang merasai sedapnya ikan pekasam itu,walaupun sekadar memakannya dengan nasi putih sahaja.
Menurut kata Abang Mat nama ikan tu ikan tengas,saya tak pernah dengar jugak,dan katanya lagi kalau orang Kedah atau Perak mereka taburkan juga dengan beras yang sudah di goreng dan dikisar halus ke atas ikan ini untuk diperap bersama.Mungkin lain negeri lain caranya.
Saya dan suami memang gemarkan ikan pekasam ni,tetapi menjadi masalah untuk mendapatkannya.atau mungkin saya tidak tahu ada orang berdekatan menjualnya,kerana tidak diwar-warkan penjualannya di sini.Mahal juga harganya kalau dijual.
Ikan pekasam tu biasanya saya goreng begitu sahaja dan hanya menggorengnya bersama bawang dan cili merah.Mungkin ada cara lain yang anda boleh kongsikan selain menggorengnya begitu sahaja.
Pesanan:Sedap bangat ikan pekasam ni!
Wednesday, October 05, 2011
Udang Goreng Tepung
Rangup panas-panas
Dulu saya ingat susah sangat nak buat udang goreng tepung ni.Tapi bila dah mencubanya sendiri...sonang jo..
Saya google je kemudian saya ubah sendiri.
Resepinya mudah.
1.Semangkuk kecil tepung beras(ada juga yang campur sedikit tepung biasa)
2.1 biji telur
3. 1/2 sd kecil serbuk penaik
4. pewarna merah
5.1/2 sd kecil serbuk lada sulah,garam.
Saya campurkan semua,kemudian bancuh dengan air sikit-sikit,biar dia pekat.Kemudian celuplah udang tadi.Goreng seketika,balik-balikkan dan angkat.
Dulu sewaktu balik ke Kelantan,saya suka ajak suami ke Pantai Cinta Berahi(PCB).Sekarang namanya Pantai Cahaya Bulan,jangan silap sebut tau.Di sana gerai-gerai tepi pantai menjual makanan laut goreng yang dicelup tepung.Boleh tahan juga harganya.Biasa kalau saya ke sana bawa rakan-rakan suami yang datang melancong ke Kelantan.Saja belanja diorang makan di situ.(sebenarnya saya yang makan banyak).
Dari situlah saya cuba google,tapi membuatnya baru tahun ni.he he he...selain udang,sotong pun boleh,ikan pun sodap jugak.Cubalah.
Pesanan:Sudah lama tak ke PCB,balik kampung pun masa terhad,tak boleh nak berjalan-jalan.
Monday, October 03, 2011
Jom Makan dan Minum ABC Cendol
Kalau ke Kota Bharu,Kelantan, jangan lupa singgah di gerai ini.Gerainya kecil sahaja,tetapi mensajikan macam-macam makanan dan minuman.Antaranya Abc(air batu campur),cendol,mee rojak ,nasi ayam,sup ekor dan lain-lain lagi.
D'Family Selera CPT special terletak di Jalan pekeliling berdekatan dengan balai bomba.Di hadapannya sekolah agama Islah.Dah lama juga kami sekeluarga tidak ke sana,jadi apabila pulang ke kampung suami baru-baru ni,saya dan anak-anak singgah sebentar sebelum pulang ke Lipis.
Harga cendol special yang saya order hanyalah RM 3.(cendol pulut dan tapai).Manakala harga air batu campur RM2.Sedap memang sedap.
Pesanan:Alhamdulillah,kesihatan ayah mertua bertambah baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)




