Thursday, June 09, 2011

Langkah demi langkah membuat gubahan bunga ros daripada tembikai


Mari saya kongsi sedikit cara-cara untuk membuat tembikai ros untuk dijadikan antara menu makanan di atas meja pengantin.Terima kasih kepada anak murid kakak ipar saya yang namanya tidak diketahui atau dengan kata lain dia tidak mahu dikenali.Jom tengok secara ringkasnya seperti dibawah:

1.Mula-mula potong kulitnya dan biarkan separuh di bawah untuk dijadikan tapak,dan bahagian tengah untuk dijadikan pemegang.(lihat gambar di atas)


2.Corakkan bunganya dengan pisau khas(kecil melengkung),hingga menjadi bunga ros yang besar.(perlu sedikit kemahiran)



3.Setelah selesai,tunjukkan pada kamera untuk disnap hasilnya.(seperti gambar di atas)


4.Lorekkan bahagian isi disebelah bunga tersebut iaitu di bahagian belakangnya.(lihat lagi gambar di atas).Jangan dimakan pula,sebab nanti nak masuk balik dalam tu.

5.Akhirnya,bentukkan daun dari serpihan kulit tembikai.Harus diingat sewaktu membuang kulit tembikai tadi,potong besar-besar sedikit.Jadi mudah nak bentuk daunnya(ini pun kena ada kemahiran sikit ni).Suka hati nak berapa banyak daunnya.

6.Kemudian cucukkan sahaja dimana anda suka.Asalkan jadi seperti di atas.

7.Isikan didalam tembikai yang sudah dilorekkan keluar isinya tu dengan buah-buahan campuran.Isi tembikai tadi yang dipotong dadu juga boleh dimasukkan.Oh ye,jangan masukkan air buah-buahan tu,nanti banjir pula kat bawah tapak tembikai yang tidak berapa kukuh tu.Juga tempat pemegangnya tu buat zig zag,cantiklah sikit.


8.Tadaaa....sudah siap untuk dihidangkan setelah dicantikkan lagi hiasannya di atas pinggan cantik!

Pesanan:Jangan bimbang,tuan yang buat ni sudah beri keizinan untuk saya paparkan didalam blog saya,cuma tidak mahu dikenali.Yang pasti dia tinggal di Kelantan.Terima kasih dik!Saya entah boleh buat ke tidak.

Wednesday, June 08, 2011

Daging Masak Merah Dan Sosej


Saya masak ni untuk makan malam tadi.Cuti sekolah,anak-anak abang ada duduk dengan saya.Maklumlah anak-anak saya yang ramai boleh buat group untuk main apa sahaja permainan.Jadi saya masak makanan yang mereka suka makan.

Bahan-bahannya:
Semangkuk daging (dihiris nipis dan direbus bersama air yang telah dititik pewarna merah)
4 batang sosej (dipotong kecil)
1 labu bawang besar (separuh di tumbuk,separuh di potong bulat)
3ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang serai (dititik)
1 sdb cili kering (yang dah dikisar)
3 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
1 sdk sos tiram
daun limau purut(jika ada)

Cara-cara memasaknya:
1.Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang tumbuk dan bawang hiris.Serai sekali.
2.Masukkan cili kering.Masakkan sekejap.
3.Masukkan sosej.Goreng lagi.
4.Masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram bersama limau purut.
5.Masukkan daging bersama airnya(bergantung pada banyaknya kuah yang dikehendaki).
6.Gaul sebati dan boleh tutup api.



Masakan yang senang dan sedap.Anak-anak pasti menggemarinya.

Pesanan:Cuti sekolah masak sampai 3-4 kali sehari.Letih juga.Ni yang berat badan makin naik ni.

Tuesday, June 07, 2011

Kenapa?Kalau cuti jem,kalau jem cuti...

Gambar diambil tak jelas,sebab waktu malam....ataupun kameraman dah malas.

Ahad lepas nak balik ke Kuala Lipis dari Kota Bharu mengambil masa yang amat lama.Sepatutnya hanya dalam 5 jam.Tapi kerana ramai rupanya nak balik ke KL hari tu juga dan pada masa yang tu juga,maka sesaklah jalanraya.Yang tensionnya abang driverlah.Saya ok je.Bosan-bosan saya bantai tidur.Kalau anak tidur saya tidur,kalau saya tidur anak tidur,sama je kan.Terbuka je mata sebab brek mengejut,lepas tu boleh sambung lagi.Wah!Gitu kau.

Mana tak tensionnya,bertolak dah pukul 4 petang,2 jam kemudian sampai Machang singgah kenduri kahwin dalam sejam.Pukul 7pm betolak dari Machang dah start jem, sampai Gua Musang clear sikit jalan.Tapi kereta berderet-deret.Bertali arus.Tak putus-putus.Kalau putus pun sebab diorang tak dapat potong lori kat depan tu yang nampak macam jalan tak jalan je.

Selepas Gua Musang,ha dari situ lah mulalah kereta berjalan macam siput.Kena pula waktu naik bukit,lagi best satu lorong je,nak best cite lagi lori pulak kat depan,lorong sebelah, kereta tak putus.Amacam?Ada berani nak memotong?Sudahnya sampai ke Kuala Lipis pukul 1 pagi.Bayangkan orang lain yang ada lagi 2 jam nak sampai Kuala Lumpur.Sah sampai 3-4 pagi. 9 jam perjalanan yang amat meletihkan,sampaikan kami tak singgah makan pun sebab nak cepat sampai rumah.

Kereta tak putus-putus sama ada nak ke KL atau ke Kelantan...Mana diorang nak pegi ye?
Situasi macam ni biasalah kalau cuti sekolah atau cuti perayaan......

Pesanan:Memang dah rancang perjalanan,tapi kalau dah sangkut juga nak buat macam mana?Terima je lah...

Monday, June 06, 2011

Kepada pembaca yang saya hormati...

Ini adalah sticky post..

boleh teka tak ?mana patung,mana manusia?

Ramai yang antara mereka-mereka yang follow saya tidak tinggalkan link mereka.Saya amat berharap anda tinggalkan link anda untuk memudahkan saya merujuk semula blog anda,seterusnya men'follow' anda.Dengan cara ini saya tidak tertinggal untuk berjalan ke blog anda.Jadi kepada sesiapa yang sudi memberi keizinan kepada saya untuk berkunjung ke blog anda sama ada anda follow saya atau tidak,mungkin juga saya tidak sedar kehadiran anda maka link yang ditinggalkan amat dialu-alukan. Saya amat menghargai kesemua yang sudi membaca blog saya ini.Sekian.Terima Kasih.

Pesanan:Entry sebenar saya di bawah entry ini...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...