Monday, June 06, 2011

Majlis Kahwin Sepanjang cuti sekolah....

Okay...bermula dari 28 hb Mei dah mula cuti sekolah kan.Masa ni lah undangan majlis perkahwinan berkad-kad dapat....perginya tak tentu lagi...ye lah kalau ada hal lain atau bertindih tarikh terpaksa pilih salah satu.Setakat ni hanya sempat menghadiri 3 majlis perkahwinan.Satu di Kuala Lumpur, dua di Kelantan.

Yang ni di Kuala Lumpur...Sepupu berkahwin dengan orang Negeri Sembilan...

Kalau kat bandar tempahan katering sangat popular...
Kek bertingkat-tingkat menjadi pilihan.....harganya mesti bertingkat-tingkat jugakan...
Makanan katering bermacam pilihan...harga?..hmmm sendiri pikirlah kalau duk KL ni...
Biasa bunga manggar,sekarang jadi gula-gula manggar...satu kelainan...
Pengantin sekarang ada pengapit kecil gitu....


Yang kedua di Kelantan...anak saudara suami berkahwin dengan orang Melaka...


Yang ni sangat popular di Kelantan...pulut di bentuk untuk dijadikan hantaran....
Makan beradab mesti ada....walaupun secara kampung....
Di kampung-kampung kerja gotong royong masih berjalan....macam mesin kelapa...
Sibuk di dapur....
Memasak di luar rumah....seronok tau....

Kenduri kahwin yang ke 3 di Machang.Kawan suami,waktu nak balik Lipis kami singgah.Itupun dah lewat pukul 6 petang baru sampai.Pengantin pun dah salin baju.Tiada adegan bergambar dapat dirakamkan.

Pesanan:Kebanyakan sekarang di kampung-kampung dibuat kenduri kesyukuran je...bukan kenduri kutip duit.Kan lebih elok meraikan pengantin sambil mencari pahala.

Friday, June 03, 2011

Sambal Kentang dan Bilis


Dah saya bagitau,kalau kat rumah kehabisan stok bahan mentah,jangan risau sangat.Masih boleh memasak lagi untuk hidangan tengah hari.

Ada kentang?Ikan bilis?ok jom memasak...

Bahan-bahannya:

2 biji ubi kentang (potong bulat dan goreng)
semangkuk kecil ikan bilis (goreng garing)
1 batang terung (potong dan goreng sekejap)takde pun tak pe
3 sdb cili kering (yang dah dikisar)
1 labu bawang besar (tumbuk)separuh lagi potong bulat
3 ulas bawang putih(tumbuk)
sekeping asam keping
garam dan perasa

Cara-cara memasaknya:
1.Tumis bawang tumbuk,cili kering.Masak cili hingga benar-benar masak.
2.Masukkan asam keping, bawang potong bulat ,kacau seketika.
3.Masuk garam dan perasa.
4.Masukkan semua bahan yang digoreng tadi.
5.Kacau sebati sekejap dan boleh di angkat.

Mudah je kan.Tak perlu pening-pening nak masak.Yang penting nasi putih dah masak,kalau tak tak boleh makan lahhhh....

Pesanan:Sentiasa ada cili kering yang sudah dikisar dalam peti sejuk.Mudah untuk memasak apa saja.

Thursday, June 02, 2011

Langkah demi langkah membuat kek harijadi Anis...


Hari ini 2 Jun 2011 genap Anis anak yang ke -5 berumur 4 tahun. Anis buat permintaan buat kek harijadinya.Maka,jenuhlah umi nya ni ke dapur membuat kek harijadinya.Walaupun barang untuk membuat kek hampir kehabisan,saya usahakan juga.Dan akhirnya siaplah kek hari lahirnya.Walaupun gambar kartun tu baru je dapat idea setelah melihat baju yang Anis pakai tadi.


Mula-mula sapukan aising...


Ratakan keseluuhannya...

Kemudian gunakan alat khas yang bergerigi macam sikat tu seret sekeliling kek dan atas kek...

Lukis gambar kartun...ni gambar twetty....

Hias bahagian atas...
Dan juga bahagian tepi....


Selesai menghias....
Tulislah 'happy birthday'.....

Dah siap kek harijadi Anis.....


Pesanan:Anis sudah bijak bercakap walaupun ada sedikit pelatnya.Walau bagaimanapun dia sudah semangat untuk ke sekolah tahun hadapan.Itu sebahagian impiannya,setelah melihat rakan-rakan sepermainannya di sini sudah pun ke sekolah.

Asal Usul Ikan Tidak Berlidah


Buat perkongsian bersama:

Mengumpat adalah satu dosa.Ia dilarang dalam Islam sehinggakan Allah menyifatkan sesiapa yang melakukannya sebagai memakan daging saudaranya yang telah mati.

Dalam surah al-Hujarat ayat 12,Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang),kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa,dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain.Sukakah seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(Oleh itu,patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani".

Keburukan mengumpat tidak boleh dipandang ringan kerana ia meninggalkan kesan buruk kepada sesiapa yang telah diumpat.

Dibawah ini adalah petikan dari beberapa kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah saw sewaktu meyampaikan dakwahnya kepada para sahabat.Mudah-mudahan kisah ini dapat dijadikan iktibar.

Rasulullah: Sejahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barang siapa yang bermuka dua di dunia maka pada hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari api neraka jahanam,Tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.

Para sahabat bertanya: Apakah hikmatnya ya Rasulullah?

Rasulullah: Sesungguhnya Allah telah menciptakan semua makhluk mempunyai lidah.Sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.

Salah seorang sahabat bertanya: Ya Rasulullah,kenapa ikan tidak mempunyai lidah?

Rasulullah: Setelah Allah menciptakan Adam, maka diperintahkan sekelian makhluk supaya tunduk dan sujud kepadaNya.Semua malaikat patuh kepada perintah itu kecuali iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud,maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga.Rupanya yang elok dihapuskan. Lalu Allah menghantarnya ke bumi.

Apabila sampai ke bumi,iblis terus menuju ke laut.Pertama sekali dijumpai olehnya ialah ikan.Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Nabi Adam kepada ikan.Katanya,sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan.

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis,tanpa usul periksa,ia menghebahkan kepada binatang laut lain tentang keburukan Nabi Adam.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan itu, lalu Allah menghilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak benar.

Untuk itu,sebagai manusia kita perlu menjaga tutur kata dalam perbualan seharian agar tidakmendatangkan kesan buruk kelak.Sesungguhnya Allah amat murka kepada orang yang suka mengumpat dan mencerca orang lain.

Pesanan:Lepas ni boleh pergi tengok kat dalam mulut ikan ada lidah ke tidak? Hmmm..saya pun nak tengok juga....ada juga ye ikan takde lidah.Ikan bilis takde lidahkan? Yang penting sekarang ambil iktibar dari kisah ini..ok ye..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...