Thursday, May 12, 2011

Tiada Lagi Dengkuran...


Kasihan kat anak saya.Sekarang ni selsema.Malam pula cuaca berbahang.Macam nak hujan tetapi tak hujan.Kepala anak panas,kadang-kadang keluar taik mata kehijau-hijauan.Dia baru setahun lebih usianya,mana nak cakap sakit ke apa.Tahu-tahu dia menangis.

Pagi semalam,dia tidur,saya lihat mulutnya terbuka sedikit,mungkin bernafas melalui mulut akibat selsema,kemudian ada dengar dengkuran.Saya ambil satu breathe right kids,saya tampalkan ke hidungnya.Sekejap je berkesan.Mulutnya tertutup dan tiada lagi dengkuran kedengaran.Baru selesa tidurnya.Lama juga tidurnya.
Cantikkan warna khas untuk kanak-kanak,nampak ceria..


Ini pertama kali saya cuba pakaikan kat anak.Selalu tengok iklan kat tv je.Kali ni saya cuba pula.Kalau sesiapa ada masalah macam ni,bolehlah cuba.Lawat laman webnya,http://www.breatheright.ca/ untuk maklumat lebih lanjut.

Pesanan:Tak cuba tak tahu,dah cuba nak selalu.

Wednesday, May 11, 2011

Untunglah kau...



Anak saya pernah berkata kepada saya,"Umi,kawan kata untunglah kau mak kau pandai buat kek,tak payah beli,free je". Macam tu lah lebih kurang.

Anak saya juga pernah berkata kepada saya, "Umi,kalau kek birthday anak orang lain umi buat,tapi anak sendiri tak buat".Macam tu lah lebih kurang waktu mula-mula pandai buat kek.

Anak saya juga pernah berkata kepada saya, "Umi,tolong buat kek birthday untuk kawan,bagi diskaun sikit harganya boleh?".Macam tu jugalah tiap kali kalau kawannya yang menempah.

Anak-anak sekalian,benar kamu beruntung kerana umi pandai membuat kek,jadi belajarlah daripada umi nanti.

Benar umi buat kek birthday untuk anak orang lain,tetapi berbayarlah nak oii...bukan diorang amik free.Lagipun lepas tu umi buat juga kan kek untuk anak-anak.

Benar umi tak beri diskaun banyak-banyak, buat kek guna modal duit ler...jadi tak bolehlah diskaun lebih-lebih.Dahlah barang naik harga sekarang ni.

Macam mana? Ada lagi tak soalan cepu emas untuk umi?

Dalam diam tak diam semalam kawan anak tempah kek harijadi.Hah,saya dah bagi diskaun pun.Dahlah tak perlu ke kedai ambil kek.Kita yang terus bawa ke sekolah beri pada tuannya.Dia dah jimat duit minyak kerete atau tambang bas kan?

Pesanan:Jangan ambil kesempatan di atas kelebihan orang lain,boleh tak?he he he

Tuesday, May 10, 2011

Apa Menu Tengah hari?


Daging Paprik Ala Arissa

Bahan-bahan:

Semangkuk daging (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih(dititik)
1 labu bawang merah besar/bawang bombay (dihiris bulat)
1 sdb cili kering (diblender)
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
sedikit kicap
sebatang serai
daun limau purut

Cara memasak:
Mudah je:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak,masuk serai,daging.Goreng sebentar.
2.Masuk cili kering,goreng sebentar,kemudian masuk semua sos dan kicap.
3.Kacau hingga pekat,nak kuah tambah air,nak pekat lagi tambah sos cili.
4.Akhir sekali masuk daun limau purut dan bawang besar.

Dah siap!Kalau tengok gambar ada sayurankan,tambah ikut citarasa sendirilah.Campak-campakkan aje.Tak perlu letak garam dan gula.dah sedang elok je rasanya.

Nama daging paprik ni sempena nama si bongsu Arissa.Saja letak nama dia.Esok-esok dia mesti terkenang selalu.he he he..Hah!kalau nak gantikan ayam pun boleh,nak lagi sedap tambah sedikit belacan,Awas! Yang alahan macam resdung tu,jaga-jaga lah.

Selamat Mencuba!

Pesanan:Saya alahan makanan laut juga,tapi saya bedal juga...

Monday, May 09, 2011

Program Biro Wanita Kuartersku

Kek Chocolate Moist

Hari ni bertempat di salah satu rumah kosong di kuarters saya, diadakan program dari wanita untuk wanita.Sekadar memenuhi program tersebut,diadakan kursus membuat Kek Chocolate Moist.

Inilah antara mereka yang sempat menghadiri kursus membuat kek.Tak ramai tapi riuh juga.Lagipun rumah kosong tiada perabot,bergaunglah bunyinya.
Saya ni masa nilah,gatal kaki,ni gambar candid ni...anak perempuan jadi jurukamera.Jangan bimbang,kejap-kejap saya ke sinki basuh tangan.Kenalah bersih sikit.


Walaupun saya sudah boleh membuatnya,tetapi saya ingin memberi sokongan kepada program yang dijalankan.Dengan hanya bayaran serendah RM10,takkan saya nak lepaskan sahaja ilmu yang mungkin ada yang tidak saya ketahui.Adalah juga aktiviti tahun ni.



Ha,dalam loyang ni adunan kek yang sudah siap dibancuh oleh kami tadi.
Yang ini pula kek coklat yang sudah siap dikukus.Nak bubuh topping je atasnya.
Setelah siap kami potong dan bahagi sama rata untuk di bawa pulang.Memang berbaloi.Sedap tau!
Kek Chocolate Moist


Pesanan: Suami kata malam ni harga gula naik RM0.20,jadi kurangkan gula dalam makanan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...