Kalau tulis alamat di atas sampul surat atau mana-mana dokumen,rajin tak tulis penuh.Contoh: 27300,Benta,Pahang Darul Makmur.Saya selalu juga tulis penuh sebegitu alamat saya.Ada 3 negeri yang saya lihat sudah ada gelaran nama baru.
1. Kedah Darul Aman
2.Negeri Sembilan Darul Khusus
3.Pahang Darul Makmur
4.Kelantan Darul Naim
5.Johor Darul Takzim
6.Perak Darul Ridzuan
7.Perlis Darul Sunnah
8.Selangor Darul Ehsan
9.Terengganu Darul Iman
10.Sarawak Bumi Kenyalang
11.Pulau Pinang Pulau Mutiara
12.Sabah Di Bawah Bayu
13.Melaka Darul Azim
14.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15.Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kalau ikutkan dulu Perlis Indera Kayangan kan,Melaka Bandaraya Bersejarah dan Wilayah Persekutuan Putrajaya tiada.Namun baru-baru ni,saya ke Muzium Negara Kuala Lumpur,saya terlihat senarai bendera negeri-negeri di Malaysia di gantung beserta dengan tulisan gelarannya sekali.Jadi rupanya gelaran Melaka dan Perlis sudah ditukar.
Dulu alamat dalam kad pengenalan saya ditulis Selangor Darul Ehsan walaupun alamat saya di Kuala Lumpur sebab kawasan saya lebih kepada dalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya,Selangor.Kini selepas kad pengenalan saya hilang,alamat saya di Kuala Lumpur tetap sama cuma ditukar ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Saya pun tak tahu macam mana mereka bahagikan kawasan perumahan saya tu.
Jadi sekadar untuk pengetahuan saya,saya masukkan dalam entry saya Saya pun baru tahu.Maklumlah saya dah lama tak menulis surat kepada kawan-kawan,Sekarang ni hantar SMS je kan.Lagi senang cepat sampai.
Pesanan: Lama dah tak beli setem,ke pejabat pos pun boleh kira dengan jari berapa kali dah pergi sana.
Showing posts with label negeri sembilan. Show all posts
Showing posts with label negeri sembilan. Show all posts
Tuesday, October 22, 2013
Monday, June 03, 2013
Roti Jala di Stadium Paroi,Negeri Sembilan
Kalau ke Negeri Sembilan jangan lupa singgah di gerai menjual roti jala.Bermacam pilihan kuah roti jala ikut selera anda.
Sebenarnya pemilik roti jala ini adalah kepunyaan arwah bapa saudara saya (sebelah bapa) dan kini disambung usaha perniagaan itu oleh isteri dan anak-anak beliau.
Kesempatan berkunjung di Negeri Sembilan (tempat ayah saya),untuk menziarahi saudara yang sakit,kami gunakan untuk singgah di gerai mereka.
Pengunjung yang ramai walaupun ketika itu hampir menunjukkan jam 7 petang,bermakna hampir ke penghujung masa perniagaan mereka.
Silalah berkunjung ke sana jika anda berkesempatan ke sana.
Pesanan:Saya tetap bayar walaupun mereka tetap tidak menerima pembayaran dari kami.Merekakan berniaga.

Subscribe to:
Posts (Atom)