Showing posts with label ikan keli. Show all posts
Showing posts with label ikan keli. Show all posts
Saturday, December 15, 2012
Jom Memasak-Ikan Keli Berlada
Mula-mula kena lah tangkap ikan keli hidup-hidup.Ha mana nak tangkap cari sendirilah ye.hehehe...Kemudian siap suruh siang ikan tu,katakan pisau kat rumah tak tajam.(sebenar saya tak pandai siang ikan keli).Bawa balik rumah cuci bersih,kalau saya mak ajar cuci dengan sedikit asam jawa.Selesai bersih ikan garam kunyitkan ikan tu dan goreng garing.
Dah goreng garing ikan keli tu,ketepikan.Sediakan bahan-bahan nak diblender.Cili merah,bawang putih,halia dan serai.Blender semuanya.Bawang merah memang tidak diperlukan dalam resepi ini.Harap maklum.Setelah siap diblender,panaskan kuali yang diletakkan minyak untuk menumis.Tumis sekejap,kemudian masukkan air asam jawa,garam gula dan perasa.Bila dah keluar minyak sikit,dah masak lah tu.Masukkan ikan keli goreng tadi,gaul sebati.Tutup api...kang hangus lak.
Dah selesai.Okay apalagi jomlah makan.oooppsss.....nanti dulu,takkan makan satu lauk je jom gandingkan lauk ini dengan sayur kobis masak lemak,sambal sardin ,tekak orang Selangor iaitu tekak saya,sambal tempoyak dan tak ketinggalan tekak orang Kelantan tekak suami saya...budu weh!!!Apalagi jemput makan!
Kenapa perlu ada sambal sardin?Sebab ikan keli suami tak makan,jadi sambal sardin penggantinya.Makanan tengah hari kami ni tau.Bertambah-tambah nasi nampaknya masing-masing.Berselera sungguh ni.
Pesanan:Makan dengan nasi panas,berasap-asap lagi dengan sambal tempoyak...memang terangkat!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

