Antaran tanda-tanda kurang baik sebaik disengat tebuan ialah susah nak bernafas,muntah-muntah dan pening kepala.Jika ini terjadi kepada anda segeralah ke klinik berdekatan.
Pagi semalam jam 9 pagi sewaktu saya mengutip kain baju kotor anak-anak dalam bilik air,saya tersaut sekali dengan seekor tebuan yang sesat masuk ke dalam rumah.Akibatnya saya disengat tebuaan tersebut.Patutlah saya rasa sakit seolah-olah dicucuk jarum yang tajam.Rupanya dia meninggalkan sengatnya.Terus saya cabut dan buang.
Inilah bahan buktinya
2 suntikan melalui saluran urat dan 1 suntikan dibahu.Wah kecut perut saya bila diberitahu sedemikian.Namun saya berserah diri demi kesihatan saya.
Sebelum disuntik
Bengkak sedikit kawasan bawah ibu jari saya yang kena sengat tu,ini baru seekor dah rasa bisanya.Kalau banyak ekor...tak tahulah.Ini pun saya tak boleh bemgkokkan ibu jari.Selepas diberitahu ubat suntikan ini boleh menyebabkan mengantuk,sebaik tiba dirumah saya terus tidur.Apabila sedar dari tidur,saya dapati bengkak mulai surut,bisa sakit berkurangan dan tangan rasa ringan sedikit.
Bengkak yang sudah surut
Alhamdulillah,saya segar semula.Bersama bekalan ubat yang dibekalkan,saya ikut arahan cara pemakanannya,Insya Allah tangan saya boleh bergerak seperti biasa.
Jadi bila sudah kena sengatan walaupun seekor,pergilah dapatkan rawatan sebelum terlambat.Bila bisa sudah menjalar ke jantung,tak tahu apa akan jadi.
Pesanan:Pertama kali saya disengat tebuan,maklumlah rumah dekat dengan kawasan hutan.