Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

Tuesday, February 08, 2011

Anak saudara yang belajar di Mesir sudah selamat tiba di Malaysia

adik beradik yang setia menanti...

Setelah mendengar siaran berita yang mengatakan sebahagian pelajar Malaysia dari Mesir sudah selamat tiba di Malaysia tadi,saya terus menghantar mesej kepada kakak ipar bertanyakan anaknya.Boleh rujuk entry ini dan ini.

Tiba-tiba telefon saya berdering dan yang menalipon adalah anak saudara suami saya sendiri.Maknanya dia sudah selamat tiba di rumahnya di Kelantan bersama suaminya.Terkejut saya.Sampai pukul 4 petang tadi.Alhamdulillah.Saya berbual ringkas sahaja dengannya bertanyakan khabar keadaan sebenar di sana.

Menurut katanya, kejadian berlaku hanya berdekatan dengan tempat tinggalnya.Katanya dia pun pergi dekat ke Dataran Tahrir.Dah dekat sangat.Balai polis dibakar pun dia dapat tengok.Kereta kebal lalu lalang.Ish...mencemaskan betul pengalaman dia ni.

"Ada ambil gambar tak?" tanya saya.
"Tak.Tak bawa kamera." jawabnya pula.
"Rugilah,kalau tak boleh masuk blog makcik." kata saya lagi sambil ketawa kecil.

Menurutnya,dia hanya keluar rumah dengan beberapa helai baju sahaja.Barang-barang yang lain semua ditinggalkan di rumah sewanya.

Tiba-tiba telefon putus!Kenapa ye? Putuslah sebab bateri dah lemah. Ish teruk betul bateri handphone saya ni. Bukan boleh cakap lama-lama.

Takpelah,dah selamat tiba di rumah dan dah tahu keadaannya pun dah lega yang amat sangat.
Entah bila pula mereka ni dapat sambung belajar semula.Menurut katanya lagi kalau ikutkan ahad ni dah mula belajar.

Pesanan: Kami pula bila lah dapat berjumpa anak saudara ni dan suaminya.Macam-macam nak tanya ni.

Saturday, February 05, 2011

Selamat tiba di Jeddah

Saya masih berada di Kelantan,menghabiskan sisa cuti yang berbaki 2 hari lagi.Perkembangan anak saudara yang belajar di Cairo sentiasa saya nantikan daripada keluarganya yang berada di sini.(Kelantan)(rujuk entry sebelum ni)tag anak saudara,mesir.

Perkembangan terkini, sebahagian pelajar-pelajar Mesir sudah pun selamat berlepas dengan pesawat dan tiba di Jeddah dengan selamatnya. malam tadi.Ini temasuklah anak saudara saya dan suaminya.Selepas ini masih tidak dapat dipastikan ke mana mereka akan ditempatkan. Sama ada akan terus mengambil pesawat pulang ke Malaysia atau tidak.Menurut keluarganya mereka diberi cuti lebih kurang 3 bulan sehingga keadaan di Mesir tenang.Tetapi kalau mengikut perkiraan kita,keadaan yang bertambah runcing memungkinkan keadaan tegang akan berlarutan lama.Hanya kepada Allah kita mohon permudahkan segalanya.

Tuesday, February 01, 2011

Pergolakan di Mesir..siapa mangsanya?

kami bergambar bersama di hari pernikahan mereka bersama ibunya

Mereka(rakyat Mesir) mahukan Hosni Mubarak meletak jawatan gara-gara melakukan penindasan, penipuan dalam pilihanraya yang menyebabkan rakyat Mesir amat tertekan,maka berlakulah demonstrasi.

Tetapi siapa yang menjadi mangsa?Rakyat Malaysia yang sedang belajar dan bekerja disana turut menjadi mangsa pergolakan di Mesir.Tidak ketinggalan anak saudara suami saya yang sedang mengikuti jurusan perubatan yang masih lagi belajar bersama suaminya turut terkena tempiasnya.Malam tadi saya cuba menelefon ibunya yang berada di Kelantan untuk bertanya khabar keadaan anaknya di sana.Katanya tengah malam nanti baru mendapat jawapan di mana mereka akan dipindahkan.Kalau tidak silap saya mereka (anak saudara dan suami) dan pelajar-pelajar yang lain berhimpun di dewan Malaysia.Memang mereka tidak dapat berhubung dengan kita,hanya kita sahaja yang dapat berhubung dengan mereka.

Akhirnya saya dapat mesej daripada ibunya mengatakan mereka selamat,mungkin tengah malam nanti akan dipindahkan ke Jordan atau mana-mana tempat selamat.Lega seketika.

Inoue dan suami yang sedang belajar di Cairo

Saya juga mendapat berita terbaru dari blog sufeenan tentang keadaan disana.Sungguh sedih mendengarnya.Betul katanya ramai yang tidak mengendahkan masalah pelajar kita di sana kerana menganggap bukan saudara mereka yang terlibat.Tolonglah sekadar yang mampu..

Juga berita terbaru dari blog ini.Banyak lagi blog yang memberi berita terbaru keadaan di Mesir.Harapan kita agar semuanya selamat.

Pesanan:Semoga kerajaan kita dapat bertindak dengan bijak.Selamat semuanya..hendaknya..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...