Saturday, August 24, 2013

Di Majlis Perkahwinan Blogger Dkna

Cuti raya bersambung cuti sekolah banyak undangan perkahwinan.Antaranya dari blogger Dkna.Kisahnya lambat saya upload sebab memory card handphone saya hilang.Banyak gambar raya dan gambar-gambar penting lain hilang.Silapnya membenarkan anak menukarkan memory card dia,lalu dia terlupa letak mana memory card yang kecil sangat tu.

Bila saya check semula laptop suami rupanya saya sempat copy sedikit gambar-gambar dalam memory card tersebut sebelum ianya hilang.

Pada raya ke 4,saya dan keluarga menghadiri jemputan di Melor Kelantan.Kebetulan saya pula ke giliran kedua pula beraya di kampung suami,jadi sempatlah saya ke sana.Namun demikian saya tidak berkesempatan berjumpa suami Dkna atau blogger yang lain,kerana saya sampai awal.Selepas itu saya harus ke tempat yang lain pula.


Sempatlah saya bergambar bersama pengantin perempuan dan 2 dari 6 anak saya.


Pelamin anganan Dkna.....


Pengantin sibuk ni,sempat hello-hello lagi...hehehe.Tahniah ye Dkna.Masih lagi berhoney moon ke?

Pesanan:Sedih sangat memory card handphone hilang,banyak lagi gambar tak sempat nak copy kat laptop.

7 comments:

  1. Dah kahwin dah pengapit ku waktu kahwin tempoh hari he..23x

    macam mane boleh hilang memory kad tue...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak teruna punya hal lah ni,dia pakai hp biasa,dia nak upload lagu,pakai hp touch uminya,jadi bila sering tukar2 memory card,hilang jua akhirnya...

      Delete
  2. Gambar berdua ngn akak tak ada kan.. .tq banyak2 sudi dtg tempoh hari..next time singgah lagi yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar berdua ada,tapi akak nampak tak cantik,jadi tak bubuhlah...hehehe,ajaklah kalau dah bertiga ye...

      Delete
  3. memang sedihler kalau dah hilangtu.. memang garu kepala.. itulah kehebatan gambarkan, kalau dah hilang payah kita nak panggil dia balik...
    anyway tahniah untuk blogger Dkna... cantik baju kawen dia.. warnapun menarik..warna tahun 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...banyak lagi tak sempat nak copy...busy sangat...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...