Ni ada saya nak sharekan tips untuk diet tapi ala Timur/Mediterania lah.Mungkin berhasil jika dicuba.Baik untuk kesihatan pula tu.
Kajian menunjukkan bahawa diet ala Timur Tengah yang dilakukan selama 3 bulan mampu mengurangkanrisiko gangguan jantung sehingga 15%.Manakala kajian dari Faculty of Medicine Timone Marseille Perancis mengatakan bahawa diet ini lebih kepada makanan yang kaya biji-bijian,buah-buahan,sayuran,kekacang dan minyak zaitun.
Sayuran yang terdapat dalam diet mediterania mengandungi antioksidan dan beta karoten,menurunkan risiko serangan jantung dan mengurangkan risiko kanser paru-paru.
Gambar cik google
Bagi anda yang ingin mengamalkan diet ini perlu mengambil makanan segar dan elakkan daripada mengambil daging merah,telur dan gula.-Boleh ke kita ni tak makan daging atau telur sehari?Gula?Hai,nak buat air mesti pakai gula kan.Boleh ke ni?
Manakala minyak zaitun,kacang,minyak ikan dan keju perlu diambil dalam jumlah yang sedikit.-Ha,yang ni bolehlah kalau tak ambil langsung,tak masuk list makanan seharian pun.
Antara menu diet mediterania:
- Karbihidrat:Gandum,beras dan kekacang
- Buah-buahan: Anggur,lemon dan asam
- Sayur:Sayuran hijau
- Minyak masak:Minyak zaitun
- Protein:Telur,ikan atau makanan laut,yogurt rendah kalori.
Sumber:Majalah Rapi Disember2009
Pesanan:Hmmm nak cuba juga,tapi 3 bulan?Aik boleh ke ek?
as salam..gud info..tq sharing
ReplyDeletewaalaikummussalam...ok..tq ye singgah
DeleteUmmi arissa, saya sempat diet tak makan nasik dan amik makanan2 yg sihat seperti sayur dan buah-buahan tak sampai sebulan pun. Heheh. Tak tahan la tak makan nasik. Perut melayu jawa dah takleh nak buat apa la nih. Hahah.
ReplyDeleteorang melayu tekaknya nak nasi jugak...tu yang tak tahan tu...kan..kira ok lah tu diet gitu..
Deletenak naikkan brt bdn semudah org lain sangka... susah kak.. sy ni haaa duk underweight lg walaupun peknen.. sian kn.. hihii
ReplyDeleteakak tahu awak tengah sibuk nak naik berat badan..saja je usik2..amik sikit lemak kat akak ni ha..banyak sangat ni..he he he
Deletehnmmm duk diet.. tapi..dalam sehari.. saya mesti nak mkn telur.. hehe
ReplyDeletemenu diet saya selalu hancuss.. sebab org ajak mkn kat luar
tak leh tahan kan...camne nak dapat badan cam bini david bekam ni...
Deletemunna nak diet sokmo....tapi baru je 2-3 hari dah down ...kalah dgn nafsu makan
ReplyDeletesamalah ngan saya munna...tak lama bertahan..
Deletehaaa...diet? x sanggup...
ReplyDeletetak sanggup?cubalah dulu..he he he
Deletetomato tu sedap..kalau la boleh diet makan tomato jer kan best.hehe
ReplyDeleteelok juga makan tomato je iza..boleh diet juga..tapi tak kenyanglah kan..
Deleteboleh kalau kuat semangat,.. akak time x da anak memang makan sup ikan ngan tomato dan cuka epal jer, kalau lapar tambah mee hoon sup dan memang x makan nasi, gerenti boleh kurus punya tapi la ni x disiplin lagi, badan pun seram nak tengok ..
ReplyDeletesemangat tu yang penting kan kak...saya kalau suami pun sama nak diet okay jugak..ni dia main makan je semua makanan yang sedap2...terliur jugak..tapi mee hoon memang jadi pilihan kedua selepas nasi..
Deleteummi..terima kasih dengan info tentang sink tersumbat tu..dn memang iza dh buat yg jirus dengan air panas tu cuma x letak garam jer..dan Alhamdullilah dah ok ..
ReplyDeletesalam kenal ya..^_^
oh ..ok...takpe..ada ilmu kita share2...kalau nak jalan-jalan jangan lupa singgah sini ye..
Deletethanks share info2 begini.. :)
ReplyDelete