Memanglah tak ada yang pelik dengan kerusi ni.Ianya biasalah,dah namanya kerusi lipat memanglah boleh dilipat.Biasa pun kerusi ni hanya digunakan di hospital buat keluarga yang menunggu pesakit.Mereka guna untuk tidurlahkan.Taklah sakit-sakit badan tidur duduk tepi katil.
Cuti sekolah ni ramai balik kampung.Ramailah cucu-cucu ditinggalkan di rumah tok nenek mereka kan,Inilah yang terjadi dirumah mertua saya.Tok Ayah terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dengan barang-barang mereka agar tidak menjadi barang mainan cucu-cucu.
Cuba lihat gambar di bawah ni.
Inilah kerusi lipat buat Tok Ayah berehatdan bersantai petang-petang di dalam rumah.Maklumlah Tok Ayah tak berapa sihat,kalau duduk di atas kerusi ni,relaxlah sikit badannya tu.
Mari saya close up lagi.
Nampak tak kunci rantai basikal yang Tok Ayah gunakan.Dia kuncinya kerusi dia,agar tiada siapa yang boleh guna kerusi tu.Ye lah kalau cucu-cucu pijak dan lompat-lompat atas tu mau jahanam kerusi tu.He he he...begitu sekali Tok Ayah ambil langkah berjaga-jaga.Tak terpikir dek kepala otak saya orang muda ni.(muda dari Tok Ayah tau).
Kalau nak tahu,tandas rumah Tok Ayah pun kadang-kadang dikunci juga tau dengan mangga.Ada lah sebabnya tu.
Macam mana?Selamat tak?he he he..Tok Ayah...Tok Ayah...lucu kadang-kadang.
Pesanan:Kami biarkan apa sahaja Tok Ayah nak buat.biar dia rasa gembira atas apa yang hendak dilakukan.
Thursday, May 31, 2012
Tuesday, May 29, 2012
Sibuk uruskan hal tanah
Sepanjang hari ini saya sibuk mengikut suami ke Daerah Setiu,Terengganu atas urusan hal tanah keluarganya.Keluar dari Kota Bharu pagi-pagi lagi sampai ke Daerah Guntong dalam kul 10 pagi.
Setelah singgah ke rumah mak saudara suami,barulah kami bertolak ke Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu.
Tak ramai orang berurusan hari ni,mungkin kerana cuti sekolah.Maka kami dapat berurusan dengan mudah.Alhamdulillah tak makan masa yang lama walaupun hampir ke jam makan tengah hari.
Inilah lebih kurang luasnya tanah yang dipohon.Tanah ini telah diusahakan oleh datuk,nenek suami hingga ke tangan mak suami saya.Menurut cerita suami tanah di Terengganu ini telah diusahakan sejak tahun 60an lagi.Kebetulan pula selepas mak suami meninggal,tanah terbiar begitu,kononnya kerajaan ingin mengambil alih.Maka turunlah 2 beradik ini memohon semula tanah yang telah diusahakan oleh mak mereka apabila permohonan tanah haram dibuka awal tahun ini.
Antara 7 beradik suami hanya dia dan kakaknya yang ke 3 layak memohon kerana telah dilahirkan di Terengganu,manakala adik beradik lain dilahirkan di Kelantan.Rupanya hanya warga Terengganu sahaja yang layak memohon.
Setelah selesai berurusan,kami singgah makan di bandar berdekatan.Tapi namanya saya rasa Kedai Makan 1 Malaysia.Bermacam-macam lauk kampung disediakan.
Habis makan,kami pun bertolak pulang.Dan tak lupa singgah membeli keropok lekor.Pergi Terengganu tak sah kalau tak beli keropok lekor.Segar tau!Diproses,diuli dan direbus di hadapan kita.
Pesanan:Kalau nak tahu keropok Cap Piala tersohor kat situ.

D'Family Homestay Kelantan
Sempena cuti sekolah ni,mungkin ramai yang tercari-cari homestay
terutamanya yang datang melawat Kelantan.Apa kata mencuba penginapan
yang selesa dan lengkap seperti tinggal di rumah sendiri.
D'Family Homestay yang terletak di Pengkalan Chepa ada menyediakan penginapan homestay untuk anda terutamanya bagi keluarga yang besar,untuk menghantar anak ke universiti atau menghadiri kenduri perkahwinan.
Apa yang uniknya tentang D'Family Homestay,ianya asalnya sebuah rumah kedai,setelah diubahsuai menjadikan ianya satu penginapan yang selesa dan santai.
Kemudahan yang disediakan di D'Family Homestay:
1.Kemudahan memasak dan peralatan memasak
2.Ruang Tamu yang besar,TV dan siaran Astro
3.3 bilik berkipas syiling dan 2 bilik air
4.Mesin basuh dan Peti Sejuk
D'Family Homestay yang baru beroperasi ini,dikelilingi dengan berbagai kedai.Terdapat Pasar Basah yang hanya selangkah sahaja dari penginapan dan kedai runcit bersebelahan penginapan.Tidak perlu khuatir untuk mencari bahan-bahan untuk memasak.Semuanya ada di situ
Selain itu, ianya juga berdekatan dengan mesin ATM dan stesen minyak.Tiada masalah.
Untuk ke tempat-tempat lain misalnya:
10 minit ke Kota Bharu
5 minit ke Lapangan Terbang Kota Bharu
5 minit ke Pasaraya Pantai Timur
30 minit ke Pasar Wakaf Che Yeh
10 minit ke Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa
Jadi jika anda sedang merancang percutian ke Kelantan,mari menginap di D'Family Homestay,Pengkalan Chepa,Kelantan.
Sekarang kami menawarkan harga promosi/harga pembukaan iaitu RM250 per hari sehingga OKTOBER 2012.
Harga biasa yang ditawarkan :RM280 (hari biasa) manakala RM300 untuk cuti sekolah.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :Pn Ida -012-3247004
Terima Kasih.
Pesanan:Akhirnya siap juga homestay ini.
D'Family Homestay yang terletak di Pengkalan Chepa ada menyediakan penginapan homestay untuk anda terutamanya bagi keluarga yang besar,untuk menghantar anak ke universiti atau menghadiri kenduri perkahwinan.
Apa yang uniknya tentang D'Family Homestay,ianya asalnya sebuah rumah kedai,setelah diubahsuai menjadikan ianya satu penginapan yang selesa dan santai.
Kemudahan yang disediakan di D'Family Homestay:
1.Kemudahan memasak dan peralatan memasak
2.Ruang Tamu yang besar,TV dan siaran Astro
3.3 bilik berkipas syiling dan 2 bilik air
4.Mesin basuh dan Peti Sejuk
D'Family Homestay yang baru beroperasi ini,dikelilingi dengan berbagai kedai.Terdapat Pasar Basah yang hanya selangkah sahaja dari penginapan dan kedai runcit bersebelahan penginapan.Tidak perlu khuatir untuk mencari bahan-bahan untuk memasak.Semuanya ada di situ
Selain itu, ianya juga berdekatan dengan mesin ATM dan stesen minyak.Tiada masalah.
Untuk ke tempat-tempat lain misalnya:
10 minit ke Kota Bharu
5 minit ke Lapangan Terbang Kota Bharu
5 minit ke Pasaraya Pantai Timur
30 minit ke Pasar Wakaf Che Yeh
10 minit ke Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa
Ruang Tamu yang luas
Bilik Tidur Utama beserta bilik air didalam
Bilik kedua
Bilik ketiga
Bilik air untuk bilik kedua dan ketiga
Bilik air bilik utama
Dapur dan ruangan memasak
Mesin basuh
Peti Sejuk
Sekarang kami menawarkan harga promosi/harga pembukaan iaitu RM250 per hari sehingga OKTOBER 2012.
Harga biasa yang ditawarkan :RM280 (hari biasa) manakala RM300 untuk cuti sekolah.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :Pn Ida -012-3247004
Terima Kasih.
Pesanan:Akhirnya siap juga homestay ini.
Monday, May 28, 2012
Beli barang baru,baca dulu cara penggunaannya.
Saya beli dapur baru untuk rumah baru.Punyalah teruja nak mencuba,tak baca langsung cara penggunaannya.
Kesudahannya,kena menunggu lama baru boleh guna dapur tu.
Begini ceritanya,
Inilah dapur yang saya beli,jenama pensonic ye....beli pun yang canggih sikitlah 3 penunu,biasa saya guna 2 penunu je.Tak reti nak guna banyak-banyak penunu ni.
Ini rupanya bila dikeluarkan.Sekarangkan fesyen dapur berkaca.Tu kalau ketu dengan tukul pecah tak?He he he...
Jadi kami pun beli gas dan beli kepala gas yang ini.Kononnya suami kata mudahlah nak tutup kalau kita takde kat rumah lama.Saya pun mulalah 'ketik' dapur tu.'Ghah'!Kuat bunyinya angin tu,tapi tak juga keluar api dapur tu.Masa ni lah baru lah terkial-kial baca buku panduan penggunaan yang disertakan.Hah amik kau!Rupanya tak boleh guna kepala gas bertekanan tinggi.Pergi balik ke kedai cari yang biasa.
Ha tu dia.Inilah kepala gas yang sesuai digunakan untuk dapur ni.Jadi bila dah tukar kepala gas baru,kami mulalah nak buka api dapur.'Ketik' punya 'ketik',tak menyala pun.Apa pula masalahnya kali ni.Aiiiii...perut dah lapar ni,nasi tadi jerang periuk elektrik nak hampir masak ni.Lauk tak boleh masak lagi.
Bacalah lagi buku tu.Rupanya bawah dapur tu ada tempat letak bateri.Kami pun periksalah,Sah!Takde bateri.Pergilah anak sulung ke kedai lagi beli bateri pula.situ je dah banyak 'hengget' (RM),habis dah.Ini kes tak baca buku yang disertakanlah ni.Berlagak hero gitu.
Tu dia tempat letak bateri kosong.Kenapalah syarikat tu supply bateri terus.Saya pula mana lah pernah guna gas pakai bateri.Biasa beli,pasang kepala gas,sambung wayar gas,dah boleh guna.'Ketik; je terus keluar api.
Jadilah sebagai pengajaran kepada saya.
sekian...
Pesanan:Apa ye perkataan yang sesuai nak ganti perkataan 'ketik'.Saya pun tak tahu bahasa negeri mana tu.Main hentam je.

Sunday, May 27, 2012
Makan sambil tengok bola..itu dia..saya?...
Saya berkesempatan ke sebuah restoran di Pengkalan Chepa,Kelantan untuk menikmati makan malam bersama keluarag.Kebetulan semalam ada perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Johor FC,maka kebanyakan restoran memang penuh dengan orang.
Tapi penuh dengan orang yang ramai menonton bola bukannya nak makan sangat.Saya segan nak makan depan tv yang disediakan.Sebab kebetulan hanya ada satu meja kosong depan tv.Jadi macam saya pula yang ditonton oleh orang ramai kat belakang tu. Suami dan anak lelaki kekal duduk di situ,manakala saya dan anak-anak beralih meja di sebelah yang masih kosong.Korang makanlah bola tu,kami nak makan nasi ye..
Jom lihat restorannya yang sempat saya ambil gambar.
Restoran D'Apple bukanlah hanya sekadar nama saja,tetapi turut menghidangkan makanan yang berasaskan buah epal tu sendiri.Tapi saya tidak mencubanya sebab nak jimat waktu nak bayar.Maklumlah epal kan mahal sikit.he he he..
Ada dua ruangan disediakan,sebelah kiri ada tv,sebelah kanan ada majalah.Jadi saya dan anak-anak perempuan makan sambil baca majalah,yang kaum lelaki makan sambil tengok bola.

Nasi goreng kampung
Nasi goreng Thai
Dan tak lupa rak majalah yang banyak lagi rupanya saya tak baca lagi.Macam nak pinjam je bawa balik Boleh ke?he he he melampau tau!...
Ni anak-anak sedang membaca majalah sementara menunggu makanan sampai.Taklah kita bosan menunggu kan..Yang si kecil tu belek-belek gambar je lah.Dahlah baca buku ala-ala baca majalah tulisan jawi.Dari belakang ke depan.he he he
Pesanan:Jangan makan banyaklah wahai ummiarissa,ingat anda dalam proses menurunkan berat badan.Fuhh!!!

Friday, May 25, 2012
Dah hantar anak ke rumah mak!
Cuti sekolah baru nak bermula.Bagi negeri Kelantan,Kedah dan Terengganu,mereka dah mulai bercuti hari ini.Bagi negeri-negeri lain,hari ini hari terakhir persekolahan untuk cuti penggal pertama.
Apa?Dah hantar anak ke rumah mak?Iye...semalam balik sekolah saya terus bertolak dari Kuala Lipis ke rumah mak di Pandan Indah,Kuala Lumpur.Padahal belum cuti lagi.Mesti ramai tertanya-tanya,awalnya.Jangan salah sangka,saya terpaksa hantar awal sebab,saya perlu pulang ke Kelantan Sabtu ni,pagi-pagi lagi nak bertolak.Jadi taknak keletihan jika hantar anak hari Jumaat.
Saya ada 6 orang anak,perlu membahagikan anak-anak.Separuh ikut saya balik Kelantan,separuh duduk rumah mak di KL.Keputusan pun dibuat.Anak ke 4 dan ke-5,duduk KL.Yang lain ikut saya balik Kelantan.Jadi yang ikut saya 4 orang.Yang dua orang tu dah mula ponteng sekolah hari ni...he he he...
Bertolak semalam jam 3.30 petang,sampai rumah mak jam 6 petang.Jalan jem di sesetengah tempat je.Kemudian selepas solat maghrib bertolak pulang semula ke Kuala Lipis.Jam 8.20malam bertolak,sampai ke Kuala Lipis jam 11 malam sebab singgah makan malam.Letih?Saya dah biasa berulang alik KL-KL (Kuala Lipis-Kuala Lumpur),jadi alah bisa tegal biasa.Boleh ke perumpamaan ni.Boleh je.
Jadi sekarang ni sedang bersiap menyimpan barang nak balik Kelantan pula.Semoga kami selamat sampai ke destinasi.
Selamat Bercuti!Siapa-siapa balik Kelate jumpa kereta avanza hitam plat D dalam perjalanan balik sana hon dua kali..he he he..kalau saya orangnya,saya balas hon 3 kali...ha ha ha
Pesanan:Banyak 'projek' sedang menunggu di sana untuk diselesaikan.Tungguuu..!
Wednesday, May 23, 2012
Macam orang mengidam pulak!
Saya kata nak buat mee kari kan.Cuba rujuk entry ini.Sebab macam orang mengidam je nak makan tu lah nak makan ni lah..
Bahan-bahan nak memasaknya dah beli semalam.Jadi kalau tak buat juga hari ni,melelehlah air liur.Jadi tanpa membuang masa,saya ke dapur memasaknya sorang-sorang.Sorang-sorang tau!Untuk 2 bungkus mee kuning.
Akhirnya,setelah bertungkus lumus di dapur,siap juga akhirnya.Walaupun puasa,saya masih boleh menyediakan kuah kari tu dengan sempurna.Maknanya cukuplah masinnya,kira okaylah kalau makan dengan mee tu.
Saja nak share.Yang ni mee terakhir yang saya hidangkan untuk suami.Maka kuahnya pun dah kurang,bahan-bahan lain banyak lagi,macam ayam,fishballnya,fish cakenya.Mee kari ni sedap makan dengan kuahnya yang melimpah.Jadi tu sebab cepat habis kuahnya.Sebenarnya suami lah yang pertama dulu makan mee kari ni,yang last tu nak bagi perabis je.
Yang ni,konon-konon nak close uplah mee kari ni.Nak bagitau kalau kita buat sendiri,bahan-bahan nak bubuh banyak mana pun tak kisah.Ikut selera kita.Kalau beli kat luar biasanya dalam RM2.50 sebungkus(kat pasar malam).Kat restoran tak tahulah pulak.
Resepi?Ala,bahan sama je macam buat kari ayam.Google je lah.Boleh ye...he he he
Pesanan:Saya makan 2 pinggan...erkk...laparnya....

Wordless Wednesday # 7-Pramugari Japan Airlines (JAL)
Antara yang menarik sewaktu menaiki penerbangan Japan Ailines (JAL)
Ketika melayan penumpang sewaktu menghidangkan makanan,mereke berpakaian yang bersesuaian.
Ketika mengalu-alukan penumpang mereka berpakain lengkap,cantik pakaiannya.
Ketika melayan penumpang sewaktu menghidangkan makanan,mereke berpakaian yang bersesuaian.
Tuesday, May 22, 2012
Best Tak Menu ni?
Dah mula petang ni,macam-macam menu makanan dah ada kat kepala ni.Bila belek-belek gambar lama yang simpan dalam komputer ni,ternampaklah menu ni.
Ni jamuan waktu ke rumah jiran aka kawan baik.Kami kalau ke rumah kawan-kawan baik ni,mesti nak jamu kawan-kawan makan.Dan kebiasaannya,kalau saya ke rumah kawan baik ni,saya mesti bawa juga makanan yang lain.Buat menambah bilangan makanan.Mereka pun begitu juga.Apa namanya tu 'port luck'?..ye lah kot.Saya sejak main internet ni je baru tahu perkataan tu.Kalau tak..hampeh tak tahu menda.
Tapi semenjak kami dah hilang watak utama (ada 3 orang sorang dah pindah Terengganu),lama dah tak buat makan-makan ni.Macam patah kaki sebelah ler.Lagipun memang dialah kepala kalau nak buat jamuan makan-makan ni.Saya sedia memasak je.hmm..teringat pula kat dia,saat-saat jenguk gambar lama.
Kalau petang ni buat menu berbuka sedap juga ni kan.Sementelah,petang ni ada pasar malam di Taman Pertama,Kuala Lipis.Elok jugak pergi cari bahan-bahan nak buat mee kari.Ish...kalau dah mula puasa,macam-macam pula nak makan.Tapi saya pun nak masak sedap sikit buat bagi semangat anak saya yang lain yang turut berpuasa sunat Rejab hari ni.
Ha.apalagi jom ler ke pasar!
Pesanan:Tak boleh jadi ni,tengok je menu tu hendak,tengok je menu ni hendak juga.
Cerita Kedai Kopi
Di suatu petang:
Kelihatan seorang perempuan berumur dalam lingkungan 30an sedang menunggu kereta dibaiki,
di sebuah kedai.Terdapat seorang perempuan lingkungan umur 20an sedang menjaga kaunter.
Berlakulah adegan pertanyaan dari perempuan yang sedang menunggu dengan perempuan di bahagian kaunter.Perempuan sedang menunggu (A),dikaunter pula (B).Mari kita lihat perbualan itu:
A:Ada tempat sembahyang tak sini?
B:Tak de.
Lama tu dia pun bersuara semula.
B:Ada surau,tapi jauhlah.
A:Habis tu awak sembahyang kat mana?(soalan menduga ni)
B:(ketawa,riak wajah dah berubah,lama juga,kemudian dia pun jawab).
B:Saya kadang-kadang balik rumah.
A:Hmmm...yang tak kadang-kadang tu?(berkata dalam hati)
Itulah antara perbualan sebenar seperti diceritakan oleh A tadi.Dari cerita ini,kita boleh buat banyak kesimpulan.Apa kesimpulannya?Sendirilah kaji.
Pesanan:Janganlah dimain-mainkan dengan persoalan solat ni.

Saya nak minum air yang lebih putih dari susu lebih manis dari madu
Siapa nak minum air tu?Lebih sedap dari yang ada di dunia ini.
Jadi rebutlah kebaikan yang terdapat pada bulan Rejab ini.
Jika kita berpuasa dalam bulan Rejab ni antara yang kita dapat:
http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/2012/05/keistimewaan-bulan-rejab.html
Apa yang baik kita kongsikan.
Pesanan:Sesiapa yang masih belum Qada puasa eloklah Qada segera sebelum buat yang sunat.
Jadi rebutlah kebaikan yang terdapat pada bulan Rejab ini.
Jika kita berpuasa dalam bulan Rejab ni antara yang kita dapat:
Berpuasa.
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
Boleh baca lagi seterusnya di sini:http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/2012/05/keistimewaan-bulan-rejab.html
Apa yang baik kita kongsikan.
Pesanan:Sesiapa yang masih belum Qada puasa eloklah Qada segera sebelum buat yang sunat.
Monday, May 21, 2012
Jangan lupa letak link bila dah follow..
Kalau seseorang follow satu-satu blog,pasti akan meninggalkan link untuk dijejak semula.Saya pasti ramai yang menghadapi masalah seperti saya tidak dapat menjejak semula blog yang follow blog kita.
Ianya terjadi kerana blog itu tidak meninggalkan link atau URL agar mudah dijejaki semula.Jadi saya menjadi serba salah bila keadaan ini berlaku.Nanti dikatakan sombong tidak singgah ke blog mereka.
Tetapi kalau dah saya tekan keluar macam ni,apa daya yang dapat saya lakukan.Saya tidak dapat jejak anda.
3.Masukkanlah URL blog anda dan nama link anda.Tekan Add
Nota Terbaru:Terpaksa publish semula sebab ada lagi masalah begini.(21/5/2012)
Pesanan:Dulu mula-mula follow blog orang pun saya seperti mereka juga ,dah tahu baru saya buat.
Ianya terjadi kerana blog itu tidak meninggalkan link atau URL agar mudah dijejaki semula.Jadi saya menjadi serba salah bila keadaan ini berlaku.Nanti dikatakan sombong tidak singgah ke blog mereka.
Tetapi kalau dah saya tekan keluar macam ni,apa daya yang dapat saya lakukan.Saya tidak dapat jejak anda.
Sepatutnya ianya keluar sebegini(rujuk gambar bawah)
Akan keluar LINKS BLOG kita sendiri.Bawah about me..
Bagaimana untuk mengatasi masalah ni.Ini ada cara mudah:
1.Selepas tekan follow button keluar benda ni tekan more options.
2.Tekanlah Add link3.Masukkanlah URL blog anda dan nama link anda.Tekan Add
Kemudian tekan button follow.
Tadaaa...dah siap.Barulah boleh jejak anda.Mudah kan.Boleh cuba ye Hawa dan Junk.Saya pun masih belajar juga,kalau salah tolong tunjukkan.Nota Terbaru:Terpaksa publish semula sebab ada lagi masalah begini.(21/5/2012)
Pesanan:Dulu mula-mula follow blog orang pun saya seperti mereka juga ,dah tahu baru saya buat.
Tawaran Preloved Baju Kurung Rm27
Koleksi Butik Idazai menawarkan Preloved Baju Kurung dengan harga tawaran yang sangat menarik.
Jika berminat bolehlah lawat Koleksi Butik Idazai.
Pesanan:Jenguk-jenguklah ye.
Pulang Dengan Kejayaan!
Semalam selepas menghantar anak balik ke asrama di Kuala Lipis,nak pulang ke rumah,terserempaklah kereta berduyun-duyun dari arah Kuala Lumpur ke Kelantan.
Kereta yang membawa penyokong-penyokong Kelantan baru pulang dari Kuala Lumpur rupanya.Puas hati lah mereka "Red Warrior" Juara Piala FA.Jam ketika itu lebih kurang jam 6 petang.Hmmm lambat jugalah sampai ke Kelantan.
Apa yang suka sangat dengan penyokong Kelantan ni,semangat diorang tu memang tinggi dan setia pada pasukan bola Kelantan.Sanggup menempuh perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur yang mengambil masa 8 jam perjalanan.Fuh!!! letih juga tau. Saya rasa mereka tak terasa keletihan tatkala pulang,kerana membawa pulang bersama kejayaan pasukan mereka.Semangat penyokong Kelantan ni memang terbaiklah setakat ni.
Lihat mereka saling memberi lampu tinggi sesama kami yang berselisih tanda sokongan kepada mereka.Bendera negeri pun masih tak tanggal dari kereta mereka.
Suami saya pun asal berselisih je dengan kereta yang membawa bendera Kelantan,dia pun sama memberi lampu tinggi,lagipun dia kan warga Kelantan,kereta kami pun plat D.

Masih banyak lagi kereta yang baru pulang ni.Kalau kat Kuala Lipis dah jam 6 petang 4 atau 5 jam lagi samapilah ke Kelantan tu.Saya punya seronok asyik snap gambar dari dalam kereta.
Mereka ni tak perlu bas-bas yang banyak untuk membawa mereka,mereka sanggup keluar duit poket sendiri tau!Itulah uniknya warga Kelantan.Walaupun saya bukan orang Kelantan,saya sangat bangga dengan mereka.
Selamat sampai ke destinasi!Gomo Kelate Gomo!
Pesanan:Saya penyokong Selangor negeri kelahiran saya dan juga penyokong Kelantan sebagai tanda hormat kepada suami.he he he..

Sunday, May 20, 2012
Bangga Blog Intan Berlian Masuk TV
Seronok bila member blogger kita bila blognya terpilih keluar TV.Saya punyalah teruja menunggu depan tv bila dia dah umumkan blognya akan keluar TV.Blog Intan Berlian bertuah terpilih kali ni mengisi segmen 'Ada IT@Blog Pilihan' dalam rancangan Apa Kata Wanita Zam Zarina yang bersiaran hari ini pukul 3 petang tadi.
Antara gambar yang sempat saya snap dalam TV.Dah janji dengan dia nak amik gambar ni...he he he.Gambar video takdelah.
Sesiapa nak blognya terpilih masuk segmen tersebut boleh baca caranya di blog Intan berlian sini.
Mesti tersenyum lebar pemilik blog ni.Ye kan Ina.Senyum sampai bawa ke tempat tidur.He he he
Pesanan:Saya pun dah hantar,nak cuba juga,mana tahu diorang call pulakkan.

Gelagat penyokong Kelantan
Mesti meriah kat tempat-tempat lain kan gelagat penyokong yang menonton perlawanan malam tadi.
Seperti yang telah dijanjikan,entry semalam bersambung hari ini.Boleh tengoklah suasana di tempat saya,mereka yang menonton perlawanan ni semalam.Semua sudah tahukan Juara Piala FA jatuh ke pasukan Kelantan yang mengalahkan pasukan Sime Darby 1-0.Itu pun sebab dapat sepakan penalti.he he he...
Kalau ikutkan Sime Darby pun pasukan yang kuat.Kalau tidak masakan pasukan Kelantan masih tidak dapat menjaringkan sebarang gol pada babak pertama.Lagi satu,gol Kelantan pun sebab penalti kan,kalau tak dapat penalti kemungkinan untuk 0-0 hingga akhir perlawanan mesti ada. Apa-apapun mari kita layan gambar-gambar dibawah ini:
Ini sebelum penyokong mengambil tempat duduk,masing-masing sedang solat Isyak berjemaah di surau.Semua sudah tersusun.Siap ada makanan dan minuman tau.
Ini suasana setelah penyokong mengambil tempat.Tikar di depan tu khas untuk kanak-kanak.Tapi kanak-kanak ni banyak makan dari menonton bola.Masa ni lah saya dengar sorakan kuat tiap kali bola berada di kawasan lawan.Ingatkan boleh gol...tu yang bertempik kat bawah tu.
Ini setelah selesai acara.Tinggallah beberapa orang menyelesaikan segala-gala yang ada.Pekerja tak bergaji ni.Sempat lagi nak berbual-bual di bawah tu.Sudah-sudahlah,balik rumah pulak sambung tengok tv.
Suasana Kelantan meraikan kemenangan mereka di stadium.Cukup meriah!Memang penuh stadium dengan penyokong Kelantan.
Tahniah!
Pesanan:Malam tadi remote control di tangan saya,saya bebas menukar channel yang disukai,sebab suami menonton bola di bawah...he he he

Saturday, May 19, 2012
Semangat Betul Peminat Bola ni!
Semangat peminat bola Kelantan muncul di mana-mana.Bukan sahaja di stadium,di rumah-rumah,di restoran-restoran tapi hingga ke kedai-kedai makan kecil.Semangat yang ini adalah ingin kemenangan berpihak kepada mereka.
Yang ini semangat peminat bola di Kuarters Benta,Pahang.
Mula-mula pasang skrin besar dulu,kerjasama tu penting.Nak setakat mana letak ketinggian skrin besar.Sanggup tu dari selepas Asar dah mula bekerja.
Pasang pula piring astro.Entah sape punya piring astro yang jadi mangsa ni.Game bola punya pasal ni.
Dah mula angkut kerusi-kerusi.Macam nak buat kenduri kahwin je bunyinya.Budak-budak punay tugasan lah tu.tapi dengar-dengar ada makan-makan,minum-minum...siapalah yang sponsored tu ye...baik hati orang tu.
Ha,dah siap pasang skrin besar,mesti ada bendera negeri Kelate dan bendera 'Red Warrior'.Ini baru lagi naik semangat ni.Baru betul tengok bola macam kat stadium.Cuma takde banner semangat je,tak sempat buat.
Mula-mula budak-budaklah yang kerumun dulu.Maklumlah diorang tu rasa pelik je,macam nak adakan party je.Agaknyalah itu dalam fikiran diorang.Tak pun diorang ingat nak sambut harijadi sape-sape ke kat sini.Budak-budaklah paling suka kat sini.Tengok jelah orang dewasa buat kerja.
Ha,bila dah lama tu baru nampak orang-orang dewasa.Cheh...malu-malu kucing pulak!he he he..Malam ni lah kemuncaknya.Kalau nak tengok adegan seterusnya,bolehlah tunggu entry esok ye.Saya pun nak tengok bola juga malam ni,tapi kat rumahlah,takkan saya nak join dengan geng-geng lelaki kat bawah tu.Malulah nak bersorak kuat.he he he..
Pertama kali ni diorang pasang layar besar semata-mata nak tengok bola kat sini.
Pesanan:Tunggu ye sambunganya esok.