Tuesday, May 29, 2012

D'Family Homestay Kelantan

Sempena cuti sekolah ni,mungkin ramai yang tercari-cari homestay terutamanya yang datang melawat Kelantan.Apa kata mencuba penginapan yang selesa dan lengkap seperti tinggal di rumah sendiri.

D'Family Homestay yang terletak di Pengkalan Chepa ada menyediakan penginapan homestay untuk anda terutamanya bagi keluarga yang besar,untuk menghantar anak ke universiti atau menghadiri kenduri perkahwinan.

Apa yang uniknya tentang D'Family Homestay,ianya asalnya sebuah rumah kedai,setelah diubahsuai menjadikan ianya satu penginapan yang selesa dan santai.

Kemudahan yang disediakan di D'Family Homestay:

1.Kemudahan memasak dan peralatan memasak
2.Ruang Tamu yang besar,TV dan siaran Astro
3.3 bilik berkipas syiling dan 2 bilik air
4.Mesin basuh dan Peti  Sejuk


D'Family Homestay yang baru beroperasi ini,dikelilingi dengan berbagai kedai.Terdapat Pasar Basah yang hanya selangkah sahaja dari penginapan dan kedai runcit bersebelahan penginapan.Tidak perlu khuatir untuk mencari bahan-bahan untuk memasak.Semuanya ada di situ

Selain itu, ianya juga berdekatan dengan mesin ATM dan stesen minyak.Tiada masalah.
Untuk ke tempat-tempat lain misalnya:

10 minit ke Kota Bharu
5 minit ke Lapangan Terbang Kota Bharu
5 minit ke Pasaraya Pantai Timur
30 minit ke Pasar Wakaf Che Yeh
10 minit ke Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa








Ruang Tamu yang luas
Bilik Tidur Utama beserta bilik air didalam

Bilik kedua

Bilik ketiga

Bilik air untuk bilik kedua dan ketiga

Bilik air bilik utama

Dapur dan ruangan memasak

Mesin basuh

Peti Sejuk

Jadi jika anda sedang merancang percutian ke Kelantan,mari menginap di D'Family Homestay,Pengkalan Chepa,Kelantan.

Sekarang kami menawarkan harga promosi/harga pembukaan iaitu RM250 per hari sehingga OKTOBER 2012.

Harga biasa yang ditawarkan :RM280 (hari biasa) manakala RM300 untuk cuti sekolah.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :Pn Ida -012-3247004

Terima Kasih.

Pesanan:Akhirnya siap juga homestay ini.

22 comments:

  1. wah... cantik nya homestay ni... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak datang ke Kelantan bolehlah duduk sini..

      Delete
  2. boleh tahan besar homestay ni , boleh cuba nanti kalau nak ke sana

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kena lah cuba duduk sekali,baru boleh nikmati sebenarnya...

      Delete
  4. I have never done homestay before but after reading your post, I am triggered. Maybe in my next round of travelling, I should do away with hotel and try the homestay concept.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ini suami punya..he he he akak share holder je..

      Delete
  6. Berbaloi la kalau menginap dengan keluarga, harga murah, rumah pun besar.

    ReplyDelete
  7. akak punya homestay ke?? cantikk..

    ReplyDelete
  8. oo ni la rumah baru tu eyh..cantiklah kak..ruang tamu luas jer itu yang best tu..tu langsir haritu eyh..lawa yang belah atas tu..tak tahu bila dapat g ni..huhu..nt ada kawan2 yana nak datang yana rekemen eyh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha lah Yana..bila nak datang...akak tunggu panggilan awak..tq Yana ye..

      Delete
  9. cantik dan selesa homestay ni.... semoga homestay akak terus maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin!Baru je nak jinak2 ngan bisnes homestay ni...

      Delete
  10. Cantik dan sesuai untuk keluarga yang besar macam keluarga saya ni..

    Siapa yang uruskan homestay tu kalau Ida kat Lipis..? Ada pekerja ehh..?

    Tahniah sebab berjaya menggapai impian.. Agak2 kalau tanya berapa kos keseluruhan homestay ni, nak bagitau tak..? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi jenguk juga...saya uruskan melalui hp je...kat Kelantan ada kawan baik yang tolong uruskan merangkap house keeping...

      berapa kos?hmmm susah juga tu nak kata...nak tahu juga ke...nanti e-maillah kat saya,saya balas semula...
      ummiarissa10@gmail.com

      Delete
  11. Salam .. tumpang tanya, ada tak peta ke homestay ni ?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. 31 Ogos 2019 hingga 2 Sept 2019 msh kosong ke? Hantar anak ke UMK Kota

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.