Tuesday, May 29, 2012

Sibuk uruskan hal tanah

Sepanjang hari ini saya sibuk mengikut suami ke Daerah Setiu,Terengganu atas urusan hal tanah keluarganya.Keluar dari Kota Bharu pagi-pagi lagi sampai ke Daerah Guntong dalam kul 10 pagi.

Setelah singgah ke rumah mak saudara suami,barulah kami bertolak ke Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu.
Tak ramai orang berurusan hari ni,mungkin kerana cuti sekolah.Maka kami dapat berurusan dengan mudah.Alhamdulillah tak makan masa yang lama walaupun hampir ke jam makan tengah hari.



Inilah lebih kurang luasnya tanah yang dipohon.Tanah ini telah diusahakan oleh datuk,nenek suami hingga ke tangan mak suami saya.Menurut cerita suami tanah di Terengganu ini telah diusahakan sejak tahun 60an lagi.Kebetulan pula selepas mak suami meninggal,tanah terbiar begitu,kononnya kerajaan ingin mengambil alih.Maka turunlah 2 beradik ini memohon semula tanah yang telah diusahakan oleh mak mereka apabila permohonan tanah haram dibuka awal tahun ini.

Antara 7 beradik suami hanya dia dan kakaknya yang ke 3 layak memohon kerana telah dilahirkan di Terengganu,manakala adik beradik lain dilahirkan di Kelantan.Rupanya hanya warga Terengganu sahaja yang layak memohon.


Setelah selesai berurusan,kami singgah makan di bandar berdekatan.Tapi namanya saya rasa Kedai Makan 1 Malaysia.Bermacam-macam lauk kampung disediakan.

Habis makan,kami pun bertolak pulang.Dan tak lupa singgah membeli keropok lekor.Pergi Terengganu tak sah kalau tak beli keropok lekor.Segar tau!Diproses,diuli dan direbus di hadapan kita.

Pesanan:Kalau nak tahu keropok Cap Piala tersohor kat situ.

10 comments:

  1. kepok teganu memang sedakkkkkk!! hihii

    ReplyDelete
  2. wah..best nye dapat memilik tanah seluas itu erk..muda2 ni wat harta le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah ini milik keluarga mereka...saya menumpang sikit je

      Delete
  3. lepas ni akak nak cuba pula kepok tu, cap piala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kat kedai tu tulis cap piala...cubalah kak

      Delete
  4. pejabat tanah setiu nie...pernah gi..teman arwah mok bincang pasal tanah hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke?mesti taukan kat mana makan sedap tu...

      Delete
  5. alhamdulliah semuanya di permudahkan.
    akak pun pakai dapur ada bateri tu..nasib baik dorang dah siapkan bateri..taklah kelam kabut cam kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak...semuanya lancar...
      pasal bateri dapur tu,patutnya pakejlah sekalikan..taklah kelam kabut nak cari kat kedai..he he he

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.