Thursday, May 31, 2012

Apa yang peliknya kerusi ni?

Memanglah tak ada yang pelik dengan kerusi ni.Ianya biasalah,dah namanya kerusi lipat memanglah boleh dilipat.Biasa pun kerusi ni hanya digunakan di hospital buat keluarga yang menunggu pesakit.Mereka guna untuk tidurlahkan.Taklah sakit-sakit badan tidur duduk tepi katil.


Cuti sekolah ni ramai balik kampung.Ramailah cucu-cucu ditinggalkan di rumah tok nenek mereka kan,Inilah yang terjadi dirumah mertua saya.Tok Ayah terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dengan barang-barang mereka agar tidak menjadi barang mainan cucu-cucu.

Cuba lihat gambar di bawah ni.
Inilah kerusi lipat buat Tok Ayah berehatdan bersantai petang-petang di dalam rumah.Maklumlah Tok Ayah tak berapa sihat,kalau duduk di atas kerusi ni,relaxlah sikit badannya tu.
Mari saya close up lagi.
Nampak tak kunci rantai basikal yang Tok Ayah gunakan.Dia kuncinya kerusi dia,agar tiada siapa yang boleh guna kerusi tu.Ye lah kalau cucu-cucu pijak dan lompat-lompat atas tu mau jahanam kerusi tu.He he he...begitu sekali Tok Ayah ambil langkah berjaga-jaga.Tak terpikir dek kepala otak saya orang muda ni.(muda dari Tok Ayah tau).

Kalau nak tahu,tandas rumah Tok Ayah pun kadang-kadang dikunci juga tau dengan mangga.Ada lah sebabnya tu.

Macam mana?Selamat tak?he he he..Tok Ayah...Tok Ayah...lucu kadang-kadang.

Pesanan:Kami biarkan apa sahaja Tok Ayah nak buat.biar dia rasa gembira atas apa yang hendak dilakukan.

22 comments:

  1. dia beringat utk keselamatan. tak mahu menangis atas kecuaian diri. kan ada kes anak mati tersepit meja/kerusi lipat, jatuh dlm bilik air, lemas.. sayangnya dia dgn anak cucu.. terharu kak liza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah Kak Liza...betullah...saya pun tak terfikir begitu...ini yang saya sayang dengan ayah mertua ni..hi hi hi

      Delete
  2. Jadi, kalau anak cucu balik, dia guna tak kerusi lipat tu? Bagus juga dia kunci, daripada dia kena halang cucu-cucu duk kat kerusi tu nanti dia tak sampai hati. Betul jugak kata Liza Adzriel. Untuk keselamatan pun ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia nak guna dia bukalah kunci tu...rasa tak nak guna dia kunci balik...begitulah

      Delete
  3. kira xnk bg ank2 cucu rosakkanlah ek.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah agaknya ..cucu-cicit ada yang kecil2 lagi macam anak akak kan baru 2 tahun yang bongsu tu..

      Delete
  4. dkna tergelak bila tengok rantai kat kerusi nie akak..memang beharga nie kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak sangka tok ayah nak kunci kerusi dia he he he

      Delete
  5. Tok ayah takut rosak kerusinya,tue yang dia mangga...untuk langkah berjaga-jaga...kelakar pulak tengoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga cucu cicit yang suka meompat-lompat atas kerusi ni...

      Delete
  6. hihi. tpk ayah tu bijak lg. hehe. kerusi tu kalau gunakan utk bersantai petang2 best. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami tak merasa lagi nak bersantai atas kerusi tu...he he he

      Delete
  7. haahaha..comel.. tok ayah oo tok ayah..

    ReplyDelete
  8. hehehe kelakarlah pulak.... tapi bagus juga takut lain pula jadinya klu dah ramai2 budak kat rumah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti-cuti ni je agaknya tok ayah kunci..lepas ni dia free kan je...

      Delete
  9. Hahaha!Akak rasa nak tergelak sebab ayah akak pun buat benda yang sama sebab malas nak layan cucu2 berebut kerusi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga kak ....ingat tok ayah sorang yang buat begitu...he he he

      Delete
  10. nmpak sgt cucu2nya ganas..same macam mak sy, sorok beskal dlm bilik air lg 1 bila cucu balik..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...budak-budak...nak main je keje dia..

      Delete
    2. Bagusnya idea tok ayah..hehe..x terfikir plk..

      Delete
    3. Tok Ayah dalam misi menyelamatkan harta bendanya..he he he...untuk kegunaan hari tua nya..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.