Saturday, June 02, 2012

Makan-makan lagi

Malam tadi apalah mimipi adik ipar saya nak belanja kami sekeluarga makan.Sedangkan dia masih tak sihat sebab demam.Tapi apakan daya kami,takkan nak menolak rezeki kan.He he he

Disebabkan dia pun tak tahu kat mana nak belanja kami makan,suami(abang dialah tu)ajaklah makan kat sebuah restoran ni.Saya suka nama restoran ni.Namanya Restoran Slera Puok Kito,terletak di Padang Tembak,Kelantan,Maknanya restoran selera orang-orang Kelantanlah tu.

Waktu singgah sini,memang ramai orang di dalam walaupun disediakn tempat makan di luar restoran.Rupanya geng-geng lelaki sedang tengok perlawanan bola antara Malaysia dan Filipina.Jadi hasrat saya nak menikmati angin kat luar restoran terbantut,bila suami ajak makan didalam.

Orang nak belanja kan.Saya dan dua anak dara memilih minuman buah-buahan.Dari kiri,laici bandung,carot susudan jus epal.



Part order makananlah saya paling menyampah ngan anak-anak saya.Asyik order nasi goreng je.Order lah makanan lain.Nasi gorengkan biasa je.
Tapi yang penting,harus bergambar dengan makanan...

Saya mesti order yang kaw-kaw punya.Char Kuey Teow Biasa.Kaw tak?Sebenar ada seekor je udang,tapi sebab resdung,saya bagi kat anak udang tu.

Yang lelaki sibuk menonton bola.Ada saya kisah?Saya makan jelah dulu dengan anak-anak.Bersorak kuat juga diorang tu.

Apa yang dapat saya katakan di sini,rakyat Kelantan sangat berbangga dengan bahasa ibunda mereka (loghat),jadi apa salannya mereka gunakan untuk diabadikan di restoran diorang kan.Memang bestlah!

Pesanan:Adik ipar tidak mahu gambarnya diambil kerana takut ramai yang suruh dia belanja makan pulak.he he he...

6 comments:

  1. Saya pun suka char kue tiaw. Cuma masalahnya biasanya portion utk sepinggan tu sikit sgt. Tak cukup. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. air bandung tu nampak menarik sangat la akak..

    ReplyDelete
  3. padang tembak tu kat area mane kak? sy ni nama je org kelantan tp xtau pun. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap dekat dengan kilang Rhom Wako...ataupun dekat dengan tempat ujian memandu...ala senang je cari..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.