Friday, May 25, 2012

Dah hantar anak ke rumah mak!




Cuti sekolah baru nak bermula.Bagi negeri Kelantan,Kedah dan Terengganu,mereka dah mulai bercuti hari ini.Bagi negeri-negeri lain,hari ini hari terakhir persekolahan untuk cuti penggal pertama.

Apa?Dah hantar anak ke rumah mak?Iye...semalam balik sekolah saya terus bertolak dari Kuala Lipis ke rumah mak di Pandan Indah,Kuala Lumpur.Padahal belum cuti lagi.Mesti ramai tertanya-tanya,awalnya.Jangan salah sangka,saya terpaksa hantar awal sebab,saya perlu pulang ke Kelantan Sabtu ni,pagi-pagi lagi nak bertolak.Jadi taknak keletihan jika hantar anak hari Jumaat.

Saya ada 6 orang anak,perlu membahagikan anak-anak.Separuh ikut saya balik Kelantan,separuh duduk rumah mak di KL.Keputusan pun dibuat.Anak ke 4 dan ke-5,duduk KL.Yang lain ikut saya balik Kelantan.Jadi yang ikut saya 4 orang.Yang dua orang tu dah mula ponteng sekolah hari ni...he he he...

Bertolak semalam jam 3.30 petang,sampai rumah mak jam 6 petang.Jalan jem di sesetengah tempat je.Kemudian selepas solat maghrib bertolak pulang semula ke Kuala Lipis.Jam 8.20malam bertolak,sampai ke Kuala Lipis jam 11 malam sebab singgah makan malam.Letih?Saya dah biasa berulang alik KL-KL (Kuala Lipis-Kuala Lumpur),jadi alah bisa tegal biasa.Boleh ke perumpamaan ni.Boleh je.

Jadi sekarang ni sedang bersiap menyimpan barang nak balik Kelantan pula.Semoga kami selamat sampai ke destinasi.

Selamat Bercuti!Siapa-siapa balik Kelate jumpa kereta avanza hitam plat D dalam perjalanan balik sana hon dua kali..he he he..kalau saya orangnya,saya balas hon 3 kali...ha ha ha

Pesanan:Banyak 'projek' sedang menunggu di sana untuk diselesaikan.Tungguuu..!

14 comments:

  1. Hon ke? Bagi lampu je la 2 kali. Heheh. So, ida ni bukan org Lepih la ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena hon..kalau bagi lampu takut kete lain ingat ada roadblock di hadapan..kang kena marah...he he he
      betul kami berdua bukan org Lepeh...menumpang cari makan je kat sini...

      Delete
  2. selamat bercuti dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dtuju.. :)

    ReplyDelete
  3. selamat bercuti....ummiarissa yg drive ke?

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti...moga selamat pergi dan kembali...:)

    ReplyDelete
  5. Hheee, nanti meriah jalan dengan bunyi hon..:)
    Hati2 di jalan raya ye.. :)

    ReplyDelete
  6. assalam UA..org KL rupanya !!..selamat bercuti ke kelantan..ramai ank meriahkan rumah kita..tak macam mama, bila hb keluar kawasan & ank mama yg seorg tu pula berkahwin..rasa sunyi sorang2 kat rumah..hu2x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah mama..seronok anak ramai ni..anta 2 oraang ada lagi 4 orang..masih tak sunyi

      Delete
  7. wah... seronoklah ank akak dpt berjaln + balik kg.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Ina..cuti ni jelah dapat nak berjalan2..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.