Baru-baru ini saya ada menerima sebuah e-mail dari seseorang yang menamakan dirinya sebagai Noraini Osman.Suami saya pernah bercerita tentang seorang perempuan yang menghantar mesej seperti ini tetapi di dalam facebooknya.Menurut suami saya perempuan ini sudah menipu ramai orang.Saya pun tak pasti penipuan yang bagaimana?
Cuba lihat e-mail pertama yang diberikan kepada saya:
Kemudian kerana ingin tahu lebih lanjut berkenaan perempuan ini saya cuba membalasnya.
Selang beberapa hari saya menerima balasan e-mail darinya:
Saya terfikir jika dia ingin menipu kenapa perlu menunjukkan gambarnya kepada saya,tapi mungkin itu bukan gambarnya yang sebenar.
Kemudian saya membalas lagi dengan mereka-reka beberapa perkara seperti umur dan tempat tinggal.
Lama menunggu nampaknya dia tidak membalas lagi e-mail saya.
Pada fikiran saya,mungkin bila saya memberitahu yang pakcik saya tinggal di London juga,kemungkinan ini yang membuat dia terkejut atau takut rahsianya terbongkar.(Tentang pakcik saya ni memang benar).
Kemudian ada lagi yang bermain-main di fikiran saya,jika betul arwah ayahnya berasal dari Malaysia,takkan tiada saudara mara langsung.Kenapa dia berani meminta pertolongan dengan orang asing yang tidak diketahui asal usulnya.
Lagipun sekarang ni merata-rata tempat ada pemandu pelancong.Dia boleh saja mengupah sesiapa yang ada kaitan dengan bidang pelancongan.(kan orang kaya)Ambil pakej ke kan?
Apa pendapat kamu semua?Ada juga ke yang pernah menerima e-mail sebegini?Apakah bentuk penipuan jika benar dia ingin menipu?
Pesanan:Saya hanya memberitahu perkara yang saya alami sendiri.Apa yang penting english saya tuuuu...asal faham sudah...
Monday, October 31, 2011
Sunday, October 30, 2011
Punca-punca kekalahan mereka
Sesi bergambar sebelum perlawanan
Anak panah kuning (itulah lawannya)
Nak buat macam mana,kalau dah kalah tu cakap lah apa pun...kalah tetap kalah.Janganlah menuding jari pada orang tu lah orang ni lah.Salahkan diri sendiri?Pun tak boleh juga.Habis tu?Kena ingat satu perkara ni je.Apa-apa perlawananpun pasti ada yang kalah pasti ada yang menang.Kalau semuanya nak menang,siapa nak kalah?
Ini adalah antara punca kekalahan pasukan Red 13 dengan sebuah pasukan lain pada perlawanan futsal yang diadakan di Karnival Lipis baru-baru ni.Sila ruju entry ini.
1.Mereka berlawan dengan peserta yang lebih tua atau lebih besar daripada mereka.
(Umur 13 tahun main dengan budak 20an,habis camne?)
2.Padang lecak akibat hujan.(wah nak salahkan cuaca pulak ye)
3.Baju jersi baru siap dicetak sehari sebelum perlawanan(Eh? ada kena mengena ke?)
4.Latihan baru 1 kali je.(ulang balik 1 kali je)
5.Pengurus pasukan tak bertauliah.(eh?tak bertauliah patut pun kalah)
Cukuplah tu.nanti lebih-lebih saya senaraikan kecik lak hati anak teruna saya.Saya siap bawa pasukan sorak lagi tau(anak-anak) nak beri semangat pada mereka sepasukan.
He he he...tapi apa-apa pun kamulah juara di hati umi masing-masing kan?Okay lahtu, bak kata seorang anak muda tu,pengalaman itu yang penting!Betul (3x)
Pesanan:ayuh bangkit anakku!kamu boleh!Maaflah kalau korang ingat saya cerita pasal bolasepak semalam.(Tganu vs N9)...
Saturday, October 29, 2011
Nasi Goreng Futsal
Nasi Goreng Futsal
Okay...ini entry ringklas je.Pagi-pagi dengan terujanya saya memasak nasi goreng untuk anak teruna saya yang akan memasuki pertandingan futsal di Karnival Lipis hari ini.Oleh kerana takut terlewat sampai,saya dengan berbesar hati menggoreng nasi goreng khas sebagai memberi semangat kepadanya.(sebenarnya itu je yang ada untuk dimasak pagi ni).Masak mudah,cepat dan ringkas yang pasti sedap!.
Saya namakan nasi goreng ni nasi goreng futsal,sebab kalau main futsal pun tak ramai orang,padang pun kecik,elok sangat dengan ramuan nasi goreng saya hanya ikan bilis dan telur dan nasi sepinggan sahaja.
he he he....
Pesanan:Hujan turun di padang Lipis,adakah pasukan anak saya akan menguasai permainan hari ini?
Wednesday, October 26, 2011
Pertama kali beli barang online...teruja!
Apabila sekarang ni terlalu ramai berniaga barang secara online.Saya juga teruja untuk berniaga secara online. Tetapi buat masa sekarang ni, masih belum mendapat sambutan hebat.
Baru -baru ini saya telah membeli cadar secara online. Hampir 3 hari menunggu tetapi barang belum juga sampai. Saya nekad tidak mahu menalifon dahulu kerana sudah diberitahu barang sampai antara 3-5 hari. Hati mula berdebar-debar kerana telah membuat bayaran penuh melalui maybank2u.
Akhirnya hari yang dinantikan tiba, hari yang keempat barang tersebut telah sampai dengan selamatnya di hadapan rumah saya. Barulah lega hati saya apabila barang yang dibeli sama seperti yang ditempah.
Memang kita perlu berhadapan dengan pelbagai risiko apabila membeli secara online.Yang pentingnya,kita perlu melihat secara detail produk yang dijual dan 'feedback' dari pelanggan.Takut jugakan,kalau-kalau duit 'burn' macam tu je.
Kalau berminat bolehlah tempah cadar-cadar menarik yang dijual di sini.Cubalah ye...selamat membeli ye.
Pesanan:Tak cuba tak tahu,dah cuba baru tahu...
Baru -baru ini saya telah membeli cadar secara online. Hampir 3 hari menunggu tetapi barang belum juga sampai. Saya nekad tidak mahu menalifon dahulu kerana sudah diberitahu barang sampai antara 3-5 hari. Hati mula berdebar-debar kerana telah membuat bayaran penuh melalui maybank2u.
Akhirnya hari yang dinantikan tiba, hari yang keempat barang tersebut telah sampai dengan selamatnya di hadapan rumah saya. Barulah lega hati saya apabila barang yang dibeli sama seperti yang ditempah.
Inilah barangnya...suspen je..
Cadar saya dan cadar kartun anak
Ha,siap bentang dah atas katil bersama model sikecik tu
Memang kita perlu berhadapan dengan pelbagai risiko apabila membeli secara online.Yang pentingnya,kita perlu melihat secara detail produk yang dijual dan 'feedback' dari pelanggan.Takut jugakan,kalau-kalau duit 'burn' macam tu je.
Kalau berminat bolehlah tempah cadar-cadar menarik yang dijual di sini.Cubalah ye...selamat membeli ye.
Pesanan:Tak cuba tak tahu,dah cuba baru tahu...
Monday, October 24, 2011
Ikan Pekasam oh! Ikan Pekasam -2
Dalam entry sebelum ni iaitu entry ni ,saya bercerita panjang lebar mengenai ikan pekasam.Ada dua jenis cara ikan pekasam dibuat yang saya ketahui.Kini saya jumpa ikan pekasam dari Kedah yang ditaburi beras goreng.Saya menikmatinya di rumah mak saya.
Maka dengan ini saya sudah pun merasai kedua-dua cara ikan pekasam dibuat.Jika tanya kepada saya yang mana sedap memang kedua-duanya sedap.Tetapi perlu ada satu jawapan pasti.Saya rupanya sukakan lagi ikan pekasam yang ditabur beras goreng kerana ianya rangup apabila digoreng garing.
Pesanan:Harus ada stok simpanan ni,kalau-kalau tak ada selera makan,ikan perkasam menjadi ubat.
Maka dengan ini saya sudah pun merasai kedua-dua cara ikan pekasam dibuat.Jika tanya kepada saya yang mana sedap memang kedua-duanya sedap.Tetapi perlu ada satu jawapan pasti.Saya rupanya sukakan lagi ikan pekasam yang ditabur beras goreng kerana ianya rangup apabila digoreng garing.
ini rupanya ikan perkasam yang ditaburi beras goreng |
ini pula rupanya setelah digoreng |
Friday, October 21, 2011
Cerita Korea pun saya layan jugak...
My Girlfriend is Gumiho
Selepas kahwin baru layan pula cerita Hindustan.Hindustan ni sebab nostalgia lagu-lagu cintanya.Cerita Jepun tu suka sebab nak tajamkan lagi penguasaan bahasa Jepun yang saya sudah pelajari dulu.Masih ingat tak lagi cerita Jepun permainan bola tampar yang power tu.Ala yang sebut "summersout!" setiap kali nak tampar bola.Syok je ceritanya.Tak ada dah cerita macam tu sekarang ni.
Sekarang ni orang suka cerita Korea pulak.Kumpulan K-Pop Korea pun dah timbul semacam je.Tapi tak boleh tahanlah fesyen mereka ni.Saya layan sikit-sikit lagu diorang bolehlah,sebagai minat bersama anak-anak.Siapa nama group tu..ala...Super Junior ke..Ze:a ke 2pm...ala bedal je lah...
Cerita yang sudah ditonton:
1.Full House
2.Sassy Girl Chun Hyang
3.My Girlfriend Is Gumiho (Nine Tailed-Fox)
4.Secret Garden
Yang masih dalam list untuk ditonton:(ada simpanan dalam komputer saya)
1.Boys Over Flower
2.One mom Three Dad
3.Cinderella Man
4.A Millionaire First Love (Movie)
Hanya menunggu masa lapang je untuk menontonnya.Biarlah cerita tu dah lama,saya merasakan ia baru lagi sebab seronok menontonnya.
Pesanan:Biasanya saya menonton sebelah pagi sambil buai budak dalam buaian.Itu kira free time le.
Pahang bersambung-sambung cutinya
Bawa anak ke perpustakaan pun cantik ni...
Kalau negeri Kelantan,Terengganu dan Kedah hari ini dah cuti sekolah.Sebab cuti mingguan mereka hari Jumaat dan Sabtu.
Di sekolah anak saya di Pahang ni,hari ni hari terakhir mereka bersekolah.Mereka akan bercuti sehingga hari rabu ini.Hari Keputeraan Sultan Pahang jatuh pada 24 Oktober hari isnin,manakala cuti Depavali jatuh pada 26 Oktober hari rabu,maka kebanyakan sekolah di sini(tempat saya Lipis-Benta) mengambil cuti berterusan hingga rabu 26 Oktober,menjadikan cuti selama 5 hari.Sekolah kawasan lain tak pasti pula.Mungkin sama.
Sekolah anak buah saya di Kuala Lumpur pun sama juga cutinya.
Lagipun sekolah suami dan sekolah anak saya sudah pun menggantikan cuti untuk hari selasa 25 Oktober.Hmmm...Jadi nak kemana cuti ni?Tak perlu tanya,saya duduk rumah je,walaupun suami bercuti tetapi pada hari Isnin tu dia terpaksa ke luar negeri(ha ha ha keluar dari negeri Pahang ke negeri Kelantan) kerana mempunyai tugasan khas.Hmm...tak perlu nak berangan nak kesana ke sini.
Duduk rumah! Cuti oh! Cuti.......
Tidak mengapalah.Cuti tetap cuti.
Nota tambahan:Baru dapat tahu tadi,sekolah rendah anak cuti lagi lama 9 hari...tapi sekolah suami je 5 hari..hu hu hu...(baru edit ni kul 1pm )
Pesanan:Kena buat sikit perancangan untuk anak-anak sempena cuti ni.
Wednesday, October 19, 2011
Rojak Buah semudah ABC
Suka makan rojak?Tapi tak tahu macam mana nak buat?Apa kata ikut langkah mudah ni:
1.Cari kat kedai atau pasaraya kuah rojak Tamin yang dijamin halal.
2.Beli buah-buahan seperti mangga muda,sengkuang,nenas,timun atau apa saja ikut kegemaran anda.
Selepas dipotong-potong buah tersebut,ambil je kuah rojak campurkan dengan buah tadi.Sedap tau!
Mudah je kan.Cubalah!Saya baru je tahu Tamin ada keluarkan kuah rojak selain dari kicap dan sos.
Pesanan: Jangan lah marah dengan entry saya ni,saya dah lama nak makan rojak,susahlah nak cari kat sini.Saya buat sendirilah.
1.Cari kat kedai atau pasaraya kuah rojak Tamin yang dijamin halal.
2.Beli buah-buahan seperti mangga muda,sengkuang,nenas,timun atau apa saja ikut kegemaran anda.
Selepas dipotong-potong buah tersebut,ambil je kuah rojak campurkan dengan buah tadi.Sedap tau!
Mudah je kan.Cubalah!Saya baru je tahu Tamin ada keluarkan kuah rojak selain dari kicap dan sos.
Pesanan: Jangan lah marah dengan entry saya ni,saya dah lama nak makan rojak,susahlah nak cari kat sini.Saya buat sendirilah.
Monday, October 17, 2011
Nostalgia remaja -saya berjalan sendirian
Waktu zaman remaja saya dahulu,tahun 90an kekhuatiran terhadap anak dara yang keluar bersendirian tidak ketara sangat.Walaupun masih ada isu bunuh,rogol dan sebagainya,tetapi waktu itu saya merasa bebas ke sana sini.
Saya yang dibesarkan di Kuala Lumpur dan bersekolah di situ hingga memasuki ITM(Shah Alam),masih lagi menghayati kehidupan sebagai seorang muslimah yang tidak keterlaluan gaya hidupnya.
Ke bandar Kuala Lumpur sendirian menaiki bas mini(warna biru,pink),bas Sri Jaya atau bas Toong Fatt di Kg Pandan(dulu duduk rumah setinggan disitu sebelum berpindah ke Pandan Indah)ke Cheras,ke Balakong,ke Sri kembangan atau kadang-kadang menziarahi kawan-kawan di Kg Malaysia Tambahan.Bersendirian atau bersama kawan-kawan.
Kadang-kadang menaiki teksi atau bas ke Pertama Complex,Central Market bersendirian juga.Pulang dari kerja dari Bukit Bintang berjalan ke perhentian bas bersendirian juga,shift malam pula tu.Dulu tiada LRT.
Pernah juga dulu-dulu, kerana ingin menjimatkan duit tambang saya berjalan kaki dari Pandan Indah (rumah mak sekarang) ke Pandan Jaya sewaktu bekerja di Klinik Kita Pandan Jaya dan Klinik Pandan Indah.Kerja pun ikut shift juga ni.
Tidak pernah terfikir tentang bahaya berjalan sendirian seperti masa kini,mungkin waktu itu saya di zon selamat atau mungkin keadaan yang tidak bahaya sangat ketika itu.
Walaupun ketika itu kedua ibubapa saya bekerja,seringkali saya dan adik beradik lain ditinggalkan,tetapi masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa.Tidak terbiar malah kami cukup takut untuk membuat sedikit kesalahan kerana emak sungguh garang.
Tetapi sekarang ni,saya sebagai ibubapa sangat gerun untuk membiarkan anak dara saya berjalan sendirian walaupun hanya ke kedai yang tidak sampai 3 minit jika berjalan kaki.Apa yang saya lakukan ialah jika ada apa-apa yang ingin mereka beli saya sanggup ke kedai sendiri atau membawa mereka sekali untuk membeli barangan yang dikehendaki.
Benarlah,semakin canggih zaman itu,semakin meningkat bahaya dan cabaran yang perlu dihadapi.Saya sangat berhati-hati dan ingin memantau pergerakan anak-anak.Anda bagaimana?
Pesanan:Bukan anak dara saya je,anak teruna saya pun kena buat begitu juga...
Orang bisnes,saya pun nak bisnes jugak!
koleksibutikidazai.blogspot.com
Seminggu dua ni,saya sibuk dengan mengatur barang-barang niaga saya.Saya pun ingin mencuba bisnes online yang kini sangat popular di kalangan pembeli yang sentiasa online.
Maka saya dan Cikgu Niena inginlah mencuba perniagaan online ni.Saya pun membuka satu blog yang diberi nama koleksibutikidazai.Marilah rakan-rakan melawat blog niaga baru saya ni.
Buat permulaan saya menjual tudung-tudung,jubah-jubah dan mini kurung moden yang sesuai untuk remaja dan dewasa.Oleh kerana saya masih baru,saya banyak bertanya kepada mereka yang sudah biasa bisnes online ni.Macam-macam cadangan yang mereka beri.Atas pertolongan adik saya juga,maka terwujudlah blog niaga saya pertama itu.
Sila-silalah jenguk ye!Selamat Datang!!
Barangan di dalam blog tu jika tak tulis sold,maknanya masih ada lagi.
Pesanan:Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya...ye tak?
Sunday, October 16, 2011
Ada duit lebih apa salahnya...
Chicken Chop sedap juga ni
Kalau sekali sekala kita makan di luar bersama keluarga tak pe kan.Walaupun rasa membazir je,tapi kalau ada duit lebih sedikit apa salahnya kan.
Jarang benar saya makan luar sepanjang tahun ni kecuali jika saya pulang ke kampung suami atau pulang ke kampung saya.Lagipun dengan bilangan anak-anak yang ramai dan ada yang masih kecil,makan di luar bukanlah pilihan utama.
Bayangkanlah karenah dan ragam anak-anak yang perlu dilayan.Yang besar macam tu,yang si kecil macam ni pula.Sudahnya tertinggi juga suara saya di kedai makan.Orang keliling pun berpaling seketika di meja makan kami.Malulah.
Saya biasanya kalau teringin nak makan sesuatu,saya ajak suami dan anak kecil je keluar makan.Yang lain tinggal kat rumah makan apa yang saya dah masak.Itu cara saya.Lagipun dengan keluar berdua-duaan sebegitu sekali sekala membolehkan kami bercerita dengan lebih banyak lagi hal-hal suami isteri.Hubungan pun makin rapat.
Maklumlah kerja seharian memaksa kami hanya berjumpa waktu malam sahaja.Sebelah petang masing-masing letih dengan tugasan seharian,maka ketika itulah peluang untuk melelapkan mata sebentar.Berehat seketika.
Bukan mudah untuk mengekalkan hubungan mesra suami isteri jika tidak disemai sentiasa.Barulah subur hubungan kita kan.
Pesanan:Chicken Chop tu satu RM15...kalau darab dengan 8 orang (ahli keluarga saya)...berapa RM dah terbang tu....
Saturday, October 15, 2011
Hadiah Istimewa dari blogger Mialiana
Tiba-tiba juga traffik saya tinggi semalam..(14/10) tu je lah jumlah yang tinggi setakat ni...
Saya pun bila dah dapat yang baru,yang lama saya buang..he he he..saya ada buat juga banner sendiri,tapi tak menjadi.Terima kasih sekali lagi ye Mia.
Teman yang lain bolehlah kenal dengan blogger ni dengan menjenguk blognya.
Orang berbudi,kita berbahasa,
Orang memberi,kita merasa.
Pesanan:Dah dapat banner,siap buat preview lagi kat saya...he he he..boleh lihat kat sidebar banner saya tu ye..
Thursday, October 13, 2011
Tips mengeraskan dan melicinkan awning tudung
Sewaktu zaman sekolah dulu,tudung yang saya pakai tak berapa cantik awningnya...saya pakai leper je.Waktu tengok-tengok you tube,saya terpandang video ni.Dia bagi tips mudah je.Saya baru tahu je ni.Mungkin orang lain dah tahu lama.
Video ni cara-cara untuk cantikkan awning agar terbentuk kemas waktu memakainya.Dulu zaman sekolah saya mana ada lagi tudung-tudung style Ariani ke Yuna ke yang ada awning terletak macam sekarang ni....tudung bawal tu lah dipakai ke hulu hilir.Jadi bagi yang ada tudung bawal tu jangan lah di buang pula,boleh je cuba cara ni.
Untuk budak-budak sekolah tu,kalau nak kemas dan cantik pakai tudung pun boleh juga cuba.Ye lah..tudung sekolah mana ada awning-awning ni.
Hebat kan!Walaupun bertudung masih kelihatan lawa.
Pesanan:Nak cuba lah kat tudung anak sekolah...pakai lilin..murah sikit..
Tuesday, October 11, 2011
Papan iklan yang sukar dijumpai...
Kalau nak jumpa papan -papan iklan yang mengajak orang ramai membuat kebaikan sangat sukar dijumpai.Kalau biasa dijumpai pun mungkin papan iklan" tak nak rokok" khas untuk perokok tegar,papan iklan 'sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan",yang biasa diletakkan di kawasan-kawasan masjid.
Kali ni papan iklan yang saya jumpa di Kelantan sangat menarik perhatian saya.Betapa prihatinnya mereka untuk mengajak orang ramai agar menutup aurat di tempat-tempat awam.Bagi saya ia memang menarik kerana perkara yang biasa dianggap remeh oleh sesetengah pihak,kini dijadikan sesuatu yang amat penting untuk di'higlight'kan.
Seiringan dengan zaman yang semakin canggih,maka cara ini adalah salah satu yang amat wajar dilakukan oleh semua orang yang merasa ia adalah tanggungjawab bersama.Tidak salah sedikitpun,malah sejuk hati saya apabila membacanya.
Ini juga sebagai salah satu motivasi diri.Walaupun menutup aurat kita masih boleh melakukan kegiatan yang berfaedah seperti bersukan contohnya.
Pesanan:Kalau jumpa lagi papan iklan yang menarik lagi,nanti saya akan kongsikan.
Friday, October 07, 2011
Ikan Pekasam oh Ikan Pekasam!
Ikan pekasam sebelum dan sesudah di goreng
Saya tidak pasti makanan ikan pekasam ini memang berasal dari Pahang atau negeri lain.Sebabnya apabila saya membawa pulang ke rumah mak,rupanya mak juga memang suka makan ikan pekasam ini,cuma mungkin saya tidak menyedarinya.
Ikan pekasam biasa yang saya dapat ikan diperap dengan asam keping dan garam.Menurut kata keluarga angkat saya Abang Mat,kalau pandai membuatnya sedaplah ikan tu.Dan oleh kerana dia pandai membuatnya,saya memang merasai sedapnya ikan pekasam itu,walaupun sekadar memakannya dengan nasi putih sahaja.
Menurut kata Abang Mat nama ikan tu ikan tengas,saya tak pernah dengar jugak,dan katanya lagi kalau orang Kedah atau Perak mereka taburkan juga dengan beras yang sudah di goreng dan dikisar halus ke atas ikan ini untuk diperap bersama.Mungkin lain negeri lain caranya.
Saya dan suami memang gemarkan ikan pekasam ni,tetapi menjadi masalah untuk mendapatkannya.atau mungkin saya tidak tahu ada orang berdekatan menjualnya,kerana tidak diwar-warkan penjualannya di sini.Mahal juga harganya kalau dijual.
Ikan pekasam tu biasanya saya goreng begitu sahaja dan hanya menggorengnya bersama bawang dan cili merah.Mungkin ada cara lain yang anda boleh kongsikan selain menggorengnya begitu sahaja.
Pesanan:Sedap bangat ikan pekasam ni!
Wednesday, October 05, 2011
Udang Goreng Tepung
Rangup panas-panas
Dulu saya ingat susah sangat nak buat udang goreng tepung ni.Tapi bila dah mencubanya sendiri...sonang jo..
Saya google je kemudian saya ubah sendiri.
Resepinya mudah.
1.Semangkuk kecil tepung beras(ada juga yang campur sedikit tepung biasa)
2.1 biji telur
3. 1/2 sd kecil serbuk penaik
4. pewarna merah
5.1/2 sd kecil serbuk lada sulah,garam.
Saya campurkan semua,kemudian bancuh dengan air sikit-sikit,biar dia pekat.Kemudian celuplah udang tadi.Goreng seketika,balik-balikkan dan angkat.
Dulu sewaktu balik ke Kelantan,saya suka ajak suami ke Pantai Cinta Berahi(PCB).Sekarang namanya Pantai Cahaya Bulan,jangan silap sebut tau.Di sana gerai-gerai tepi pantai menjual makanan laut goreng yang dicelup tepung.Boleh tahan juga harganya.Biasa kalau saya ke sana bawa rakan-rakan suami yang datang melancong ke Kelantan.Saja belanja diorang makan di situ.(sebenarnya saya yang makan banyak).
Dari situlah saya cuba google,tapi membuatnya baru tahun ni.he he he...selain udang,sotong pun boleh,ikan pun sodap jugak.Cubalah.
Pesanan:Sudah lama tak ke PCB,balik kampung pun masa terhad,tak boleh nak berjalan-jalan.
Monday, October 03, 2011
Jom Makan dan Minum ABC Cendol
Kalau ke Kota Bharu,Kelantan, jangan lupa singgah di gerai ini.Gerainya kecil sahaja,tetapi mensajikan macam-macam makanan dan minuman.Antaranya Abc(air batu campur),cendol,mee rojak ,nasi ayam,sup ekor dan lain-lain lagi.
D'Family Selera CPT special terletak di Jalan pekeliling berdekatan dengan balai bomba.Di hadapannya sekolah agama Islah.Dah lama juga kami sekeluarga tidak ke sana,jadi apabila pulang ke kampung suami baru-baru ni,saya dan anak-anak singgah sebentar sebelum pulang ke Lipis.
Harga cendol special yang saya order hanyalah RM 3.(cendol pulut dan tapai).Manakala harga air batu campur RM2.Sedap memang sedap.
Pesanan:Alhamdulillah,kesihatan ayah mertua bertambah baik.