Tuesday, October 11, 2011

Papan iklan yang sukar dijumpai...


Kalau nak jumpa papan -papan iklan yang mengajak orang ramai membuat kebaikan sangat sukar dijumpai.Kalau biasa dijumpai pun mungkin papan iklan" tak nak rokok" khas untuk perokok tegar,papan iklan 'sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan",yang biasa diletakkan di kawasan-kawasan masjid.

Kali ni papan iklan yang saya jumpa di Kelantan sangat menarik perhatian saya.Betapa prihatinnya mereka  untuk mengajak orang ramai agar menutup aurat di tempat-tempat awam.Bagi saya ia memang menarik kerana perkara yang biasa dianggap remeh oleh sesetengah pihak,kini dijadikan sesuatu yang amat penting untuk di'higlight'kan.

Seiringan dengan zaman yang semakin canggih,maka cara ini adalah salah satu yang amat wajar dilakukan oleh semua orang yang merasa ia adalah tanggungjawab bersama.Tidak salah sedikitpun,malah sejuk hati saya apabila membacanya.

Ini juga sebagai salah satu motivasi diri.Walaupun menutup aurat kita masih boleh melakukan kegiatan yang berfaedah seperti bersukan contohnya.

Pesanan:Kalau jumpa lagi papan iklan yang menarik lagi,nanti saya akan kongsikan.

11 comments:

  1. @a loqman-sayakah yang terlewat?he he he

    ReplyDelete
  2. mmg banyak iklan2 mcm ni kat kelantan je...

    ReplyDelete
  3. alangkah bagusnye kalau iklan macam ni ade kat merata2 negeri :)

    ReplyDelete
  4. Salam...memang kat Kelantan macam tu...ingat lagi tengok papan iklan masa buat praktikal kat sana, Ning Baizura pakai tudung, maya karin pakai tudung....hehhehe....Kalau tak silap masa tu ( 1996 ) panggung wayang ada lagi, siap ngan iklan panggung dia pempuan pakai tudung.....At least diorg ada inisiatif....

    ReplyDelete
  5. @TERIMA KASIH YE ATAS KOMEN KALIAN...

    ReplyDelete
  6. tak jumpa lagi..kan bagus kalau kat mana2 ada iklan ni

    ReplyDelete
  7. Boleh klik di sini :

    http://upwkk.kelantan.gov.my/

    ReplyDelete
  8. Iyelah..lokasi pun sama.
    Kot mmg satu tmpt ni je ke yg ada iklan pesanan gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he ada juga kat tempat lain tapi tak ingat..kat Kelantan jugak..banner yang sama..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.