Friday, October 07, 2011

Ikan Pekasam oh Ikan Pekasam!

Ikan pekasam sebelum dan sesudah di goreng

Saya baru mengenali ikan pekasam ni semenjak duduk di negeri Pahang dan mengenalinya juga daripada sebuah keluarga angkat yang tinggal di  Tersang,juga di Pahang.

Saya tidak pasti makanan ikan pekasam ini memang berasal dari Pahang atau negeri lain.Sebabnya apabila saya membawa pulang ke rumah mak,rupanya mak juga memang suka makan ikan pekasam ini,cuma mungkin saya tidak menyedarinya.

Ikan pekasam biasa yang saya dapat ikan diperap dengan asam keping dan garam.Menurut kata keluarga angkat saya Abang Mat,kalau pandai membuatnya sedaplah ikan tu.Dan oleh kerana dia pandai membuatnya,saya memang merasai sedapnya ikan pekasam itu,walaupun sekadar memakannya dengan nasi putih sahaja.

Menurut kata Abang Mat nama ikan tu ikan tengas,saya tak pernah dengar jugak,dan katanya lagi kalau orang Kedah atau Perak mereka taburkan juga dengan beras yang sudah di goreng dan dikisar halus ke atas ikan ini untuk diperap bersama.Mungkin lain negeri lain caranya.

Saya dan suami memang gemarkan ikan pekasam ni,tetapi menjadi masalah untuk mendapatkannya.atau mungkin saya tidak tahu ada orang berdekatan menjualnya,kerana tidak diwar-warkan penjualannya di sini.Mahal juga harganya kalau dijual.

Ikan pekasam tu biasanya saya goreng begitu sahaja dan hanya menggorengnya bersama bawang dan cili merah.Mungkin ada cara lain yang anda boleh kongsikan selain menggorengnya begitu sahaja.

Pesanan:Sedap bangat ikan pekasam ni!

15 comments:

  1. kalau tak salah dkna ikan pekasam nie asal dari utara..belah kedah...

    dkna suka makan ikan pekasam...dapat free dari kawan setiap kali dia balik kedah...hehee..kalau nak beli memang harganya mahal...

    baunya yang membuka selera makna...nyuummmmyyyy

    ReplyDelete
  2. kt perak ni, Lenggong terkenal dengan industri ikan pekasam..

    ReplyDelete
  3. mcm kata bapak, kt lenggong Perak mmg terkenal dgn ikan pekasam.

    ia dijadikan indsutri kecil sederhana. nama kampung yg aktif dgn proses pekasan kat lenggong ialah kampung kelantan. samapi hari ni saya tak faham nape kg tu bernama kg kelantan.

    ReplyDelete
  4. @terima kasih atas komen semua...

    @bapak-hmm betullah kot ikan pekasam dari utara...sebab kat perak je dibuat secara komersial...

    ReplyDelete
  5. saya pun suka ikan pekasam nihhh... kat perak pun banyak dan macam2 jenis ikan.. makan panas2 mmg sedapppp

    ReplyDelete
  6. @ayin MM-sedapnya time masak tu,,,baunya menusuk ke hidung...

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaa... makan dengan nasi panas2...bubuh cili padi bawang....mabeles! hehee

    ReplyDelete
  8. Bulan puasa hari tu, ada gerai yang cuma menjual ikan pekasam goreng sahaja.. memang menyelerakan! Che Mid suka pekasam yang tak berapa kuat baunya..

    ReplyDelete
  9. @AIEN NOT ALIEN-wah jarang dengar orang muda2 suka ikan pekasam ni..he he he

    @che mid-ada juga ye..hmmm saya tak jumpa langsung bulan puasa dulu..

    ReplyDelete
  10. saya pun suka ikan pekasam...mak mertua saya siap bagi bawa balik lagi...ada kt rmh tu byk, tah bila la mak nak gorg..hahaha

    ReplyDelete
  11. munna suka ikan pekasam yg ada serbuk beras tu...

    ReplyDelete
  12. @Cik Norfa- eh...ada ke?poslah kat sini...sini ada orang nak makan...

    @munna--belum cuba lagi yang tabur beras tu

    ReplyDelete
  13. Akak mmg suka ikan pekasam. Kalau balik kg, Temerloh mesti pergi pekan sari cari ikan pekasam ni. Kat Kuantan payah nak dpt yg sedap. Ummi arissa ni Pahang kat mana ye..?

    ReplyDelete
  14. @Ariana-Kak saya di Lipis-Benta....ada member saya kat sini buat ikan pekasam juga...tapi kalau suami dia mengail ikan je...dia orang temerloh...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.