Wednesday, October 26, 2011

Pertama kali beli barang online...teruja!

Apabila sekarang ni terlalu ramai berniaga barang secara online.Saya juga teruja untuk berniaga secara online. Tetapi buat masa sekarang ni, masih belum mendapat sambutan hebat.

Baru -baru ini saya telah membeli cadar secara online. Hampir 3 hari menunggu tetapi barang belum juga sampai. Saya nekad tidak mahu menalifon dahulu kerana sudah diberitahu barang sampai antara 3-5 hari. Hati mula berdebar-debar kerana telah membuat bayaran penuh melalui maybank2u.

Akhirnya hari yang dinantikan tiba, hari yang keempat barang tersebut telah sampai dengan selamatnya di hadapan rumah saya. Barulah lega hati saya apabila barang yang dibeli sama seperti yang ditempah.

 Inilah barangnya...suspen je..
 Cadar saya dan cadar kartun anak
Ha,siap bentang dah atas katil bersama model sikecik tu

Memang kita perlu berhadapan dengan pelbagai risiko apabila membeli secara online.Yang pentingnya,kita perlu melihat secara detail produk yang dijual dan 'feedback' dari pelanggan.Takut jugakan,kalau-kalau duit 'burn' macam tu je.

Kalau berminat bolehlah tempah cadar-cadar menarik yang dijual di sini.Cubalah ye...selamat membeli ye.

Pesanan:Tak cuba tak tahu,dah cuba baru tahu...

9 comments:

  1. akak suka hijau yea?? sejuk jer mata memandang...

    ReplyDelete
  2. Selamat tidur dengan cadar baru tu.. lenaaa!

    ReplyDelete
  3. @Dkna-warna feveret dulu biru..tapi dah boring..tukar warna hijau lak..

    @che mid-uiish..lena sangat..he he he

    ReplyDelete
  4. Ok tak cadar dgn comforter tu kak? Kalau tidak nak beli jugak ni.

    ReplyDelete
  5. Ok tak cadar dgn comforter tu kak? Kalau tidak nak beli jugak ni.

    ReplyDelete
  6. @Dinas-ok je ..
    @LydSunshine-bagi akak ok..tapi tak tahu lah test orang lain...cubalah

    ReplyDelete
  7. lamanya tk beli cadar .. hehe saya ,eniaga part time je tk serius pun ..

    pernah juga beli online byk kali alhamdulillah tk de yg menipu lagi , yg penting tengok rekod jual belik dia..

    ReplyDelete
  8. @puanbee--betul tu bee....akak tengok jugak rekod jual beli dari pelanggan2...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.