Friday, October 21, 2011

Pahang bersambung-sambung cutinya

Bawa anak ke perpustakaan pun cantik ni...

Kalau negeri Kelantan,Terengganu dan Kedah hari ini dah cuti sekolah.Sebab cuti mingguan mereka hari Jumaat dan Sabtu.

Di sekolah anak saya  di Pahang ni,hari ni hari terakhir mereka bersekolah.Mereka akan bercuti sehingga hari rabu ini.Hari Keputeraan Sultan Pahang jatuh pada 24 Oktober hari isnin,manakala cuti Depavali jatuh pada 26 Oktober hari rabu,maka kebanyakan sekolah di sini(tempat saya Lipis-Benta) mengambil cuti berterusan hingga rabu 26 Oktober,menjadikan cuti selama  5 hari.Sekolah kawasan lain tak pasti pula.Mungkin sama.

Sekolah anak buah saya di Kuala Lumpur pun sama juga cutinya.

Lagipun sekolah suami dan sekolah anak saya sudah pun menggantikan cuti untuk hari selasa 25 Oktober.Hmmm...Jadi nak kemana cuti ni?Tak perlu tanya,saya duduk rumah je,walaupun suami bercuti tetapi pada hari Isnin tu dia terpaksa ke luar negeri(ha ha ha keluar dari negeri Pahang ke negeri Kelantan) kerana mempunyai tugasan khas.Hmm...tak perlu nak berangan nak kesana ke sini.

Duduk rumah! Cuti oh! Cuti.......

Tidak mengapalah.Cuti tetap cuti.

 Nota tambahan:Baru dapat tahu tadi,sekolah rendah anak cuti lagi lama 9 hari...tapi sekolah suami je 5 hari..hu hu hu...(baru edit ni kul 1pm )

Pesanan:Kena buat sikit perancangan untuk anak-anak sempena cuti ni.

9 comments:

  1. @misya-apa kata kita pergi piknik...wah mandi sungai gitu...

    ReplyDelete
  2. Kalu saya, bawak ank2 pegi
    1)berkelah samada laut, air terjun...
    2) balik kampung la...
    hehehhe

    ReplyDelete
  3. lama tu cuti akak...bawak anak berjalan la yea..gaji pon dah masuk nie...heheheee

    akak duk kat benta ey? dkna selalu stop kat rnr benta kalo balik kampung..

    boleh la dkna singgah umah akak nanti..hikhikk :p

    ReplyDelete
  4. @Fadzli Amir-nak berkelah tanpa suami tak bestlah...tapi balik umah mak tanpa suami okay je...

    @Dkna-ala dah dekat sangat tu..meh singgah kuarters guru benta,tanya je sesiapa kat situ mesti tahu..tanya je umah umi arisssa mana?ala yang anak dia 6 orang tu...mesti orang kenal..

    ReplyDelete
  5. tu yg bestnya ye kak ..lama sikit bersantai...tapi munna kejalah 25 hb ingat nak aplly cuti sebab hari birthday munna

    ReplyDelete
  6. @munna-oo rugilah munna ...kena apply cuti ni munna...baru lah dapat rest lama sikit..happy birthday ye munna-wish awal2 boleh?

    ReplyDelete
  7. skolah adik dni cuti mulai selasa ni ;)

    ReplyDelete
  8. adik2 kite smua cuti seminggu kot sebab depavali ni. hehehe ;)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.