Saya masih bercuti di Kelantan.Hari ni nak balik Kuala Lipis dah.
Semalam sewaktu kami sekeluarga berjalan ke Tok Bali,ada lah terjumpa aiskrim.Unik namanya pasti ada bahan unik di dalamnya.
Saya pun suruh suami berhenti.Nak juga cuba apakah aiskrim pulut ni.Biasa makan pun cendol pulut.
Ini antara bahan-bahannya.Ada pulut,roti dan jagung dalam tin.
Hasilnya setelah di letak semua bahan.Roti tu dipotong kecil-kecil.
Yang ini setelah dihabiskan solekannya,diletakkan pula di atas aiskrim tu kacang tumbuk dan coklat rice.
Sudah pun siap untuk dinikmati.Memang sedaplah roti tu jadi lembik diserap oleh aiskrim.Harganya RM2 sebekas tu.
Hmmm....kalau kita kreatif macam-macam lagi kita boleh bubuh dalam tu.Ikut selera kitalah kan.
Pesanan:Bolehlah cuba ye.
Sunday, October 26, 2014
Thursday, October 23, 2014
Lukisan Mural di Taska
Inilah antara hasil usaha kami untuk melukis mural di taska baru kami.
Masih banyak lagi lukisan bakal menghiasi dinding taska.Tunggu cuti sekolah nanti saya akan sambung semula.Siapa nak ambil idea dan tiru pun tiada masalah.Kerana idea saya pun hadir bila melihat lukisan mural di taska yang lain juga.
Nantikan selanjutnya nanti
Pesanan:Impian menjadi kenyataan

Monday, September 29, 2014
Projek Melukis Mural Taska
Ini lukisan dalam taska.Belum siap sepenuhnya ni.
Ini pelukisnya...saya bantu mewarna sahaja.
Dari tengah hari hingga petang dapat buat banyak ni je.Maklumlah bukan pakar melukis.Bolehlah kan.
Ada lagi saya nak tunjukkan,nanti dah siap sepenuhnya bolehlah tengok ye.
Pesanan:Puas hati dapat buat sendiri
Thursday, September 25, 2014
Sekitar pemandangan menghantar jemaah haji di Kelana Jaya
Rasanya ramai yang biasa menghantar bakal-bakal haji yang akan menunaikan ibadah haji hingga ke Kelana Jaya jika di Kuala Lumpur.Sekarang tidak perlu hingga ke KLIA.Sebabnya mengelakkan kesesakan di sana.Lagipun dah tidak boleh melambai seperti dulu-dulu lagi.Dah tak nampak pun.Jadi Kelana Jaya adalah tempat terakhir dapat berjumpa mereka bakal jemaah haji.
Saya juga berkesempatan menghantar mak dan pakcik saya suami isteri di sana.Kami bertolak dari rumah jam 3 petang.Bersurai dari Kelana Jaya jam 7 petang.
Sampai je Kelana Jaya dengan berkonvoi lebih kurang 6-7 kereta,kami mencari tempat untuk berehat di bawah khemah yang disediakan.
Apalagi buka bekalan lah.Lapar dah.Cafe ada disediakan di tingkat 1 bangunan TH tu.Yang mana nak makan situ boleh je.
Tibalah saat dinantikan.Jemaah haji sudah mulai memasuki tempat untuk pemeriksaan dan semakan di dalam bangunan disediakan.
Kami pun mulai bersalam dan berpelukan.Terdengar tangisan perpisahan di sana sini.Siapa yang lihat memang akan mengalirkan air mata.
Dan terbaru KT 55 sudahpun selamat mendarat di Jeddah.Bermulalah perjalanan mak,pak teh dan mak teh saya.Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk mereka mengerjakan haji dengan sempurna dan semoga mendapat haji mabrur.Amin!
Bergambar kenangan sebelum bertolak.
Pesanan:Semoga kami juga berpeluang ke sana.Amin!

Subscribe to:
Posts (Atom)