Thursday, December 15, 2011

Pau Kacang Merah

 Bubuhlah inti banyak sikit,nampak ni inti sikit ni...

Selain inti pau kelapa parut,inti kaya,inti kacang merah pun ramai orang suka.Saya pun cuba juga membuatnya.Resepinya sama sahaja.Boleh copy kat sini

Intinya saya beli je.Kalau nak buat sendiri google je,mudah pun mudah.
 Setelah dibentuk dan diisi inti,susunkan dalam dulang.Panaskan kuali.

 Sebelum nak goreng tu ambil sebiji pau,gelekkan sedikit biar dia leper.Jangan digelek kuat sangat,ayun-ayunkan je.
Ha,dah leper sikit baru digoreng.Dia akan kembang sewaktu digoreng.Kecil kan api,mudah hangus ni.Dah agak-agak cokelat,dibalik-balikkan,bolehlah angkat.Sedia untuk dimakan.

Mudah je.saya pertama kali buat ni,sedap juga inti kacang merah ni,maklumlah tak biasa makan inti ni.

Pesanan:Ada juga orang tak makan inti ni ye,contohnya anak saya he he he...

6 comments:

  1. selalu beli pau ni kat pasar tani...
    habislah tudung periuk kemek kena lenyek...

    ReplyDelete
  2. @Qhaifa Nur-ha'ahlah...takpelah kemek..contoh je tu..he he he

    ReplyDelete
  3. tetiba jerkk rasa lapar.. hoho =.=

    ReplyDelete
  4. isteri mithali,semua buat sendiri !!!..mama pulak menunjuk je..hu2x..

    ReplyDelete
  5. @Cik Lulu-sedapkan ...apa kata kita buat sekali...mesti laaagi sedapkan..he he he

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.