Friday, December 16, 2011

Mati Merokok atau Merokok mati?

Kalau tengok rajah di bawah memang amat menggerunkan bila mana merokok adalah faktor risiko kematian terbesar.Tetapi masih lagi di kalangan mereka yang suka merokok tidak mahu berhenti merokok dengan memberikan banyak alasan.Walaupun di kotak-kotak rokok sudah memberikan amaran 'merokok membahayakan kesihatan',tetap juga ramai yang merokok.

Jika di kotak rokok sudah pun di letakkan bermacam jenis gambar akibat merokok seperti kanser leher,anak yang dilahirkan tidak cukup bulan dan macam-macam lagi,tapi masih juga mereka merokok.Seolah-olah hanya melihat gambar pada kotak rokok tidak menyerap perasaan takut untuk merokok.Mungkin bila dah diri sendiri terkena penyakit-penyakit tersebut baru nak sedar diri.Itu pun tak tentu lagi.

Harga sekotak rokok pun dah naik kan?Pun begitu,masih juga ramai membeli dan merokok.Habis tu camno?

BEBAS DARIPADA MEROKOK



1.Merokok adalah faktor risiko kematian terbesar yang boleh dicegah.


2.Asap rokok turut menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok.


3.Perokok terdedah kepada risiko kemalangan di tempat kerja.


4.Jika anda perokok-Berhentilah segera.Dapatkan bantuan dari Klinik Berhenti Merokok.


5.Jika anda bukan perokok-Hindarilah diri anda daripada asap rokok.


sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia

Saya bukan apa,kadang-kadang kita yang tak merokok pula yang tak pasal-pasal kena tempias asap rokok.Bila kita dah batuk-batuk tu,dah kibas-kibas tangan halau asap rokok tu, faham-fahamlah padamkan api rokok tu,ini tidak,lagi disedut  dan dihembus asap rokok tu.Siap buat corak asap rokok bulat-bulat lagi.Tak pun jauh sikit dari orang ramailah kalau nak merokok sangat.

Pandai-pandailah bawa diri.Sebab itu orang yang kuat iman tidak sekali-kali memudaratkan diri sendiri.Sebab mereka belajar dan terus belajar,memperbaiki diri sendiri menjadi orang yang lebih baik.Terserah anda!

Pesanan:Saya tak suka kalau orang merokok waktu memandu,dahlah bawa slow,bawa sebelah tangan je.

7 comments:

  1. ada yg wat xtau ja bila kita ni terkipas2 tangan rimas ngan asap rokok... dia plak relaks ja.. ingat macho kat isap rokok tu hiash...

    ReplyDelete
  2. @Sofya-ya lah...hmm tepuk dada g xray,,tengok cantik ke tak paru-paru tu...

    ReplyDelete
  3. ummi..mama pun tak tahan dgn asap rokok..sbb mama ada penyakit..hu2x..nasib baik hb mama tak merokok ..he2x..

    ReplyDelete
  4. saya dah berhenti merokok..syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. tu lah kan,depa ni bukan tak tau, tapi cam masuk kiri, keluar tlinge kana..payah kalau dah ketagih..tapi ade je cara utk hilang ketagih ni..antara nak ngan tak nak aje..

    ReplyDelete
  6. dkna tak kisah orang merokok tapi bil orang yang kita sayang merokok memang dkna tarik muka..heeee

    ReplyDelete
  7. @mama aini-hmm suami kita pun tak...

    @a loqman-syukur ye..

    @cik puan hady-..sabar je lah..

    @Dkna-muncung ler tu ye...nasihatkan elok-elok...jangan marah-marah..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.