Monday, December 19, 2011

Saya tak pernah guna waktu zaman remaja dulu..

Saya dengar sekarang ni macam-macam ayat yang kadang-kadang memang tak ada langsung dalam kamus bahasa Melayu kita digunakan oleh orang-orang zaman sekarang.

Saya sendiri tidak pernah menggunakan ayat-ayat itu dalam perbualan zaman remaja saya dahulu.

Cuba perhatikan ayat-ayat ini.Ini antara contohnya sahaja,mungkin ada banyak lagi,saya sendiri tidak tahu.

"Masak kau nanti" = "habislah kau"


"rilex lah der"=" tenanglah bang"


"Besar gila"="besar sangat" lain-lain "laju giler"...."cantik giler" (ada ke?),"jem giler"


"bengkek jer kau ni"="menyakitkan hati jer kau ni"


"poyo lah kau"=???


"sengal lah kau"=???


"kau buat panas telinga aku mendengarnya"= lebih kurang "sakit telinga jer dengar kau cakap" macam tu kot..


"masyukkk"="masuk duit" ler tu


"ayat skema lah"="ayat berhati-hati" ler kot

"retis"=artis..ni blogger rajin guna ayat ni...

"apsal kau buat muka ketat ni?"=kenapa muka masam kelat ni?" 





Hmm..ada lagi nanti kalau ada saya update yer...Setakat ni tu je yang saya ingat.Apa pendapat anda semua?Adakah ayat-ayat tu melambangkan keperibadian seseorang?Terserah anda?Saya tidak menilai sebegitu,kerana rambut sama hitam hati lain-lain.


Pesanan:Saya sekadar bergurau senda,jangan pula yang ambil hati nanti dia saman saya,masak saya nanti.

5 comments:

  1. Kadang kadang dkna pon tak faham jugak kak hihiiii

    ReplyDelete
  2. ayat2 yg selalu digunakan oleh remaja sekarang. huhu.

    ReplyDelete
  3. giler lebih banyak GILER digunakan.susah GILER skrg ni nk dengar 'sangat'

    ReplyDelete
  4. ummi..mama selalu juga merapu guna ayat2 apa tah?..he2x..saja suka2 guna ayat2 tu, takde makna pun sebenarnya..he2x....

    ReplyDelete
  5. @Dkna-kau tak faham akak laaagi lah..

    @Noraim-tu lah kan...macam mana nak score A dalam BM..he he he

    @Ayie- giler betul kan...

    @Mama Aini-ala mama...adik-adik saya yang dah kawin ni pun guna ayat-ayat ni..saya pun main ikut jer..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.