Wednesday, December 14, 2011

Tempahan kek akhir tahun

Sempena akhir tahun ni,macam-macam majlis lah semua orang nak buat.Tak kira lah majlis kahwin ke,majlis tunang ke atau majlis harijadi.

Saya pun sibuk juga kalau dapat tempahan yang tiba-tiba ni.Maklumlah dek kerana kesibukan menjaga anak,saya jarang dah nak buat kek.Tapi Alhamdulillah masih ada lagi yang sudi nak menempah kek kat saya.
Saya buat juga kebetulan kena dengan masa lapang saya.




Ni tempahan mini kek cokelat kukus buat sahabat saya sempena majlis kesyukuran dan majlis bertunang adiknya.


Ni kek anak jiran saya sempena majlis perpisahan di sekolahnya.

Ni kek yang ditempah oleh jiran dan kakak ipar saya.Ni lah kek pelangi yang pernah saya sebut dalam entry saya yang ni.

Apa-apapun saya bersyukur atas rezeki yang Allah beri,Ni lah yang dikatakan rezeki yang tidak disangka-sangka.Dalam diam tak buat kek,bila perlukan duit,Allah datangkan rezeki seperti ini.

Pesanan:Sebab itu kita mesti sentiasa bersyukur dan bersangka baik pada Allah.Insya Allah.

4 comments:

  1. pandainya ummi buat kek !!!..cantik sgt..mama tak berapa pandai,hanya tahu buat kek bodoh je !!..hu2x..inilah rezeki kan ummi..

    ReplyDelete
  2. sedapnya kek. st\y hantu kek cokelat. yummy!

    ReplyDelete
  3. Suka sangat entri ni.. sambil cerita pasal kek, tazkirah pun ada.. bagus...

    hai.. bila la nak ke Lipeh ni..

    ReplyDelete
  4. @mama aini-simple-simple je saya pandai..banyak kena belajar ni mama..

    @Noraim-sedap kan kek cokelat

    @che mid-nanti sampai lepeh,jangan lupa singgah rumah ye..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.