Friday, September 30, 2011

Budak 4 tahun pun tahu syurga neraka...




"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"


Wahai Tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api Neraka.

Surah-Al-Baqarah 201



Pagi semalam,saya dikejutkan dengan pertanyaan anak kecil yang baru berusia 4 tahun.Sejuk perut ibu mengandung apabila mendengar soalan-soalan yang keluar dari mulut si kecil ini.

Dalam handphone saya terdapat doa-doa harian.Dan antaranya doa untuk masuk ke syurga.Dia asyik ulang-ulang mendengar doa tu.(ni kakaknya yang tunjukkan).Kemudian dia pun bertanya:

Anis: Umi,ni doa masuk syurga kan.


Saya: Ha'ah(mengangguk)


Anis: Adik nak masuk syurga.Umi nanti Allah terbang ye bawa kita masuk syurga.


Saya: Sukahati Allah lah nak bawa macam mana nanti.


Anis:Umi,orang baik masuk syurga orang jahat masuk neraka kan?


Saya:Iye.


Anis: Bila boleh masuk syurga?


Saya: Nanti bila kita dah mati.


Anis: Oh!.Yang kita tengok kat spital tu yang mati tu masuk syurga ye?


Saya: Tengoklah dulu,kalau dia baik masuk syurga kalau dia jahat masuklah neraka.


Anis:Umi jahat-jahat selalu marah-marah nanti umi masuk neraka.


Saya: Gulp!(aiks?) ok.ok..nanti umi tak marah-marah lagi.Anis dengar cakap umilah.


(dalam hanphone tu ada simbol gambar neraka dan syurga iaitu api dan pelangi,dia tanya yang mana syurga dan neraka,saya terangkan yang api itu neraka dan syurga itu pelangi).

Dia pun sambung lagi dengar doa-doa tu.

Itulah sebahagian dan lebih kurang yang dapat saya catatkan dari perbualan saya dan anak saya.Benarlah pepatah Melayu berkata melentur buluh biar dari rebungnya.Anak kecil ini mudah menangkap apa sahaja yang diajar oleh orang dewasa.

Cuba kiita lihat anak sekecil ni sudah mulai cuba memahami apa itu syurga neraka.Kita yang sudah baligh ni,masih terkial-kial  lagi dalam menentukan arah tuju hidup sama ada mahu ke syurga atau neraka..Renung-renungkanlah.

Pesanan;Doa tu yang biasa kita baca selepas solat,doa hindarkan dari seksaan  azab api neraka.

Monday, September 26, 2011

Boleh bersalam ke tidak ni?


Sejak dari kecil ibubapa kita mengajar agar kita menghormati orang yang lebih tua.Tidak kira dia lelaki atau perempuan.Menghormati dengan erti kata,bersalam setiap kali berjumpa dan bertanya khabar.Tetapi apabila sudah besar/baligh dan sudah belajar agama,tahukah kita tidak kesemua ahli keluarga boleh bersalam dengan kita.

Kepada yang sudah belajar hukum hakam agama,pasti mengetahui hukum bersalaman dengan orang yang bukan muhrim.Kebiasaan perkara ini berlaku sewaktu menziarahi keluarga atau pada musim- musim perayaan atau kenduri-kendara,saya melihat sendiri mereka bersalaman tanpa batasan atau tanpa mengetahui sama ada orang tersebut mahram baginya atau tidak.Sepupu dengan sepupu pun masih bersalaman lagi,seolah-olah tidak berbuat salah.Ini kerana sudah akrab sejak kecil lagi,apatah lagi tidak menyimpan perasaan lain.Maka tidak nampak salah disitu.

Kebanyakan dari kita pasti terkeliru(bagi yang tidak tahu) bahawa contohnya suami kepada ibu saudara yang kita gelar pakcik tidak boleh bersentuhan dengan kita(kita-rujuk sebagai perempuan) apatah lagi bersalaman,apalagi sepupu-sepupu kita.tidak kira tua atau muda haram tetap haram.(tetapi ada  pendapat tentang orang yang tua uzur yang tidak ada ransangan nafsu syahwat)

Al-Iraqi berkata, "Jika nabi saja tidak melakukan hal itu, padahal beliau adalah orang yang maksum dan terhindar dari dorongan syahwat, tentu orang selain beliau lebih tidak boleh lagi melakukannya." Hadits tersebut diperkuat oleh hadits dari Ma'qil bin Yasar dia berkata:
"Sesungguhnya Rasululah S.A.W. bersabda, Seandainya kamu ditusuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik bagimu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu." (Diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaqi, dan para perawi Thabrani adalah orang-orang yang terpercaya dan saheh) 


Disinilah timbul situasi yang mana selama ini kita bersalam dengan mereka akibat kejahilan,tiba-tiba kita berjumpa lain kali kita tidak bersalam kerana sudah belajar dan mengetahui,maka perkataan tidak menghormati orang tua atau dikatakan kurang ajar kepada orang tua akan bermain diminda..Mulalah bermasam muka.Sepatutnya mereka yang lebih tua faham dan memahami hukum-hakam ini,ini tidak sebaliknya pula.Apa dalil bersalaman dengan lelaki -wanita itu haram?Sila rujuk dan baca  disini.

Kita meringan-ringankan hukum haram ini,kerana keadaan persekitaran yang membolehkan perkara ini berlaku.Boleh baca ini dan ini. Sama sahaja mesej yang disampaikan.

Oleh itu mari kita belajar dan terus belajar tentang hukum haram- halal,agar dapat kita sampaikan kepada generasi anak-cucu kita,supaya kita tidak berterusan membuat dosa yang berpanjangan,yang akan bertali-tali jika tidak dicegah dari sekarang.Ajarkan anak-anak yang sudah baligh perkara yang ramai mengaggapnya sebagai kesalahan ringan sedangkan ia mendatangkan dosa.

Jika sesat ditengah jalan,baliklah ke pangkal jalan.Saya sekadar meyampaikan kerana saya sendiri sudah banyak membuat kesilapan ini akibat kejahilan sendiri..Tidak terlambat lagi untuk berubah.

Pesanan:Jika masih terkeliru atau masih tidak faham,eloklah bertanya kepada ustaz-ustaz atau sesiapa sahaja yang pakar agama dalam hal ini.Berilah sokongan bukan sindiran.

Friday, September 23, 2011

Kek Pelangi berubah menjadi kek harijadi


nampak tak warna warni kek tu..


Dah lama tidak menerima tempahan kek.Walaupun saya buat secara suka-suka sahaja,bila lama tak buat terasa kekok pula.Saya masih belum mahir lagi dalam pembuatan kek,tetapi setakat yang simple-simple tu bolehlah.

Semalam anak minta buatkan kek harijadi,oleh kerana bahan-bahan ada yang tak cukup,saya cadangkan buat kek pelangi je(bukan kek span).Bila dah siap,kebetulan saya ada simpan aising dalam peti beku,saya keluarkan.Bila rasa okay lagi,saya pun letak aising atas kek tu.Atas je lah,yang tepi tu saya biarkan begitu.Cantik pula.Sebab warna-warni terserlah.

Seperti biasa,saya design atasnya,minta tolong Cikgu Niena tulis dan tambah apa yang patut.Jadi lah kek hari jadi.Cuma lapik bawah kek sepatutnya empat segi,yang ada bulat je,letak aje lah,nampak okay je.

Pesanan:Teringat kek kahwin adik baru ni,sedap betul.Bila tanya rupanya kek Secret Recipe.Patutlah sedap.Mesti mahal kan.

Thursday, September 22, 2011

Kari Sotong Membuka Selera

Sotong banyak,tapi tenggelam dek kuah yang 'terbanyak' jugak.....

Biasa-biasa sotong ni saya asyik masak sambal sotong atau goreng kunyit.Tak pandai nak masak cara lain dah.Tetapi tiba-tiba terasa nak masak sotong masak kari,google punya google jumpalah kari sotong kat blog Kak Jee.

Saya pun cuba.Hmm sedap,macam makan kat kedai mamak je rasanya.Dengan kuah yang pekatnya,terasa kari dan rempah-rempahnya.Masuk kali ni dah 3 kali saya cuba masak.Semuanya menjadi.Tapi nampak Kak Jee punya lagi terliur,pandai-pandailah agak-agak minyak untuk menumis tu ye.

Jom tengok resepi,salin dari blog Kak Jee - kari-sotong 

Bahan-bahannya:


1/2 kg sotong (dibersihkan,tanpa potong,sumbat balik janggutnya)
1 cawan rempah kari Babas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah campuran untuk menumis
1/2 cawan santan/susu segar(saya guna santan)
1/2 cawan air asam jawa
daun kari
nota:saya tambah 2 sudu besar cili kering dan saya tak guna babas,saya guna rempah kari ayam adabi)


Cara-caranya:
1.Bawang dimayang dan ditumis hingga garing.
2.Masukkan rempah campuran dan daun kari.Goreng seketika(masukkan cili kering kalau suka)
3.Masukkan rempah kari ikan dan goreng hingga wangi.Guna api perlahan.
4.Masukkan 1/2 cawan air,masak hingga rempah kering.
5.Kemudian masukkan santan dan biar mendidih.Masuk garam dan aji.
6.Masukkan sotong dan masak kira-kira 10 minit.
7.Masukkan asam jawa,besarkan api biar mendidih dan tutup.

Ikutlah cara yang diberikan,pasti menjadi.Sebenarnya rempah campuran tu saya tak tahu apa dia,saya tanya mak,mak bagi tau serbuk jintan dan ketumbar,oleh kerana takde saya blender jintan dan ketumbar yang kasar tu.

Psanan:Sesekali saya teringin menu baru.

Wednesday, September 21, 2011

Orang Langkawi!,mai sini sat,cheq nak tanya ni...

Apa yang bestnya Langkawi ni? Makanan apa orang cari kalau pergi Langkawi? Kat mana yek?

He..he ..he ..ini bukan kaunter pertanyaankan...

Langkawi,Kedah.,Malaysia

amik kat cik google...

Cerita pasal Langkawi ni,suami saya nak pergi berkursus ke Langkawi bermula 23-25 September ni. Agak-agak dia tahu ke saya nak kirim barang macam-macam kat dia.Jadi oleh kerana saya tidak turut serta(kursus sekolah dia),maka saya buka kaunter pertanyaan kat sini buat orang-orang Langkawi.Saya yang tanya tau,awak jawablah.Ala kalau buka orang Langkawi pun boleh aje jawab...Aiman tak kisah...

1. Apa yang biasa orang beli bawa balik dari Langkawi? makanan ke barangan ke?


2.Wajib ke ambil gambar kat burung helang tu?Kat mana ye lokasi dia.


3.Kedai makan/restoran mana yang mesti/wajib singgah kalau pergi Langkawi?Kemudian nak order apa ye?


4.Akhir sekali,kalau untuk saya yang berstatus ibu anak 6 orang dan muda jelita lagi ni(auwww!perasan gitu!),apa yang patut di beli oleh suami saya sebagai kenangan....

Oklah tu,cukup kot.

Silalah,jawab!

Pesanan:Sedang berangan dapat ikut serta juga...tetapi angan ku itu tetap jadi anganan sahaja.

Tuesday, September 20, 2011

Pinggan siapa ni?

Pinggan siapa ni??
Pinggan di atas sah-sah pinggan yang terdapat di rumah saya.Tetapi belum tentu pinggan saya.Hmmm....sebenarnya pinggan itu adalah pinggan saya.Apa yang ingin saya ceritakan tentang pinggan-pinggan ini?

Sebenarnya,waktu saya mula mengemas pinggan mangkuk di dapur,terdapat dua ke tiga pinggan asing terlangkup bersama pinggan-pinggan saya.Saya hampir terlupa siapa pemilik pinggan-pinggan tersebut.Yang saya ingat pinggan-pinggan itu telah diberi oleh jiran sewaktu menghantar juadah berbuka puasa bulan lepas.Jadi puaslah saya mengingat pemiliknya.

Yang saya ingat hanya dalam 4-5 jiran yang pernah menghantar juadah berbuka bulan lepas.Jadi saya cari jalan bagaimana caranya untuk mengenal pasti pemiliknya.Saya buat cucur bilis banyak-banyak,saya beri sorang-sorang jiran guna pinggan tu,tetapi hingga ke jiran no 3,cucur bilis saya hampir habis,dimakan oleh anak-anak saya yang ramai ni..he he.Jiran memulangkan semula pinggan tersebut,kerana bukan milik mereka.

Akhirnya jiran yang ke 4,saya suruh anak saya tanyakan jika pinggan itu miliknya,akhirnya berjumpa juga pemiliknya.Tetapi sudah bukan rezeki pemilik pinggan tersebut,hanya pinggan sahaja dapat pulangkan.ralat juga,sebab saya suruh anak tanyakan aje,tetapi dia pulangkan terus.Takpelah lain kali saya beri yang lain pula.

Anda pernah ke berada di situasi sebegini?

Pesanan:Moralnya ceritanya,cepat-cepatlah pulangkan pinggan orang waktu kita ingat ni.

Monday, September 19, 2011

Jumpa blogger lagi...

Blogger Teratakarmo  bersama keluarga (saya tudung hitam tu ye)


Kalau bukan ada majlis-majlis atau kenduri-kenduri kahwin ke,susah juga kan nak bertemu bloger-blogger ni.Baru-baru ni,bertempat di Meru,Klang sempena menghantar adik perempuan ke rumah pengantin lelaki pula,saya bertemu dengan seorang blogger ni.Ini pun kenalan dari adik saya juga.

Blogger.teratakarmo salah seorang blogger popular gitu.Ada ke dia kata saya femes ames...saya baru lagilah dalam dunia blog-blog ni....Dia dan group adik saya lagi femes ames.

Sebenarnya,dia ada juga datang waktu jemputan pengantin perempuan (rumah kami),tetapi dek kerana lewat sampai,makanan pun dah habis.Katering punya tak sabar,dah siap berkemas lagi.Jadi oleh kerana dia duduk area Klang(menurut kata adik),dia jemput lagi.Bolehlah makan dengan puas.Terima kasih ye tegur saya,saya sibuk nak bergambar dengan pengantin,tak sedar dah siapa yang datang.

Bergambar bersama pengantin  dan adik 

Apa-apa pun selesai majlis di pihak pengantin perempuan dan lelaki membuatkan hati saya sangat lega.Semuanya berjalan lancar

Pesanan:Sila abaikan jika anda ternampak saya semakin berisi dan makin tembam,proses menurunkan berat badan sedang berlangsung.

Friday, September 16, 2011

Perbarisaan Kemerdekaan di Kuala Lipis

Walaupun bandar Kuala Lipis tidak sebesar bandar Kuala Lumpur,tetapi penghayatan menyambut kemerdekaan tetap berjalan dengan meriah dengan perarakan perbarisan dari seluruh warga Lipis.

Jom kita lihat gambar,biarkan gambar menceritakan segala-galanya:








Kemeriahan sambutan tetap dirasai walaupun kumpulan yang terlibat dalam perbarisan ini tidak ramai.Cuaca yang baik menjadikan perjalanan perbarisan ini menjadi lancar.

Pesanan:Ingat zaman sekolah dulu pernah masuk perbarisan merdeka,sekarang anak pula terlibat.

Wednesday, September 14, 2011

Nasi Lemak pun sedap ni....

Nasi lemak dari rumah...

Hmm..pagi-pagi masak nasi lemak pun sedap. Anak-anak boleh bawa bekal ke sekolah. Yang saya rajin sangat nak buat nasi lemak ni bukan apa...telur kenduri kahwin adik baru ni ada banyak lagi lebih.Jadi dah masak sambal telur,esoknya saya buat nasi lemak pula.Kebetulan bahan-bahan nak buat nasi lemak ada jadi terhasillah nasi lemak.

Mudah je nak buat nasi lemak.Ada santan,telur rebus,timun dan ikan bilis,jadi je nak buatnya.Sambal tu buat je macam nak buat sambal telur saya tu,sedap je rasanya.Nasi lemak tu sukat santan macam sukat air cam biasa,letak garam sikit,bawang hiris ,halia sikit.Tak letak pun tak pe.Bubuh santan dan garam je naik je bau nasi lemak tu.Ada daun pandan letak sehelai dua...jadilah.
Tak susahkan.Orang dah biasa buat main redah je.Saya buat untuk keluarga saya je bolehlah..buat untuk orang ramai kecut perut juga.

Akhirnya habis juga telur rebus tu.Jadi tidaklah berlaku pembaziran.

Pesanan:Alhamdulillah,rezeki makanan sentiasa ada...

Tuesday, September 13, 2011

Selamat berjaya kepada murid tahun 6

Hari ini semua murid sekolah rendah tahun 6 menghadapi peperiksaan penting yang bakal menentukan arah mereka untuk ke sekolah menengah pilihan mereka pula.Maka bermulalah peperiksaan UPSR(Ujian Penilaian Sekolah Rendah) hari ini (selasa) dan akan berakhir pada hari khamis ini.

Selama 3 hari berturut-turut mereka berhadapan dengan 3 subjek mudah iaitu Bahasa Malaysia (penulisan dan pemahaman),Bahasa Inggeris,Sains dan Matematik.Itu yang bakal dihadapi oleh anak ke 2 saya.

Setelah berusaha,sekarang masanya mencurahkan segalanya di atas kertas peperiksaan.Apa yang penting saya tidak mahu memberi tekanan yang berlebihan kepadanya.Cukuplah kata-kata nasihat dan rangsangan agar dia merasa dihargai.

Selamat Berjaya!

Pesanan: Hari ni anak minta buat bubur nasi pagi tadi buat sarapan.Hmm macam-macam...saya turutkan aje..

Monday, September 12, 2011

Sambal Telur Rebus

Kalau ada majlis perkahwinan,mesti ada telur rebus.Saya membawa balik telur rebus yang berlebih dari majlis perkahwinan adik saya hari tu..Ada dalam 30 biji kot.Kami simpan kalau-kalau ada lagi tetamu yang lewat tiba.Saya agih-agihkan pula pada jiran di kediaman saya ni.Yang lebih saya masak untuk menu tengah hari kami semalam.

Telur dari majlis perkahwinan adik


Selamat menjadi santapan tengah hari

Inilah menu saya.Sambal telur rebus.

Bahan-bahan:
Telur rebus (goreng sekejap dengan sedikit minyak)
2 Biji bawang besar (merah)(ditumbuk)
5 ulas bawang putih(ditumbuk)
semangkuk kecil cili kering
garam dan gula
asam keping

Cara memasaknya:
1.Panaskan minyak,goreng bawang dan cili kering.Goreng sehingga cili masak.
2.Kemudian masukkan asam keping,goreng lagi dan masukkan telur rebus.
3.Perasakan dengan garam dan gula.

Siap! Mudah je.

Pesanan:Esok nak buat apa lagi ye telur rebus tu?...

Sunday, September 11, 2011

Majlis perkahwinan adikku selesai sudah...dan tambahan jumpa bloggers!


Saya sudah pun selamat tiba semula di rumah Kuala Lipis.Setelah berbulan-bulan merancang perjalanan dan perbelanjaan perkahwinan adik bongsu saya,akhirnya sabtu 10 september 2011 menjadikan impian adik saya bergelar isteri termakbul jua.Lega hati ini apabila semuanya berjalan dengan baik dan lancar.Walaupun cuaca yang tidak menentu,kadang-kadang hujan kemudian berhenti,kemudian hujan semula,kemudian cerah tetamu yang diundang tidak putus-putus datang ke majlis tersebut.

Terima kasih kepada semua yang menjadikan sejarah perkahwinan adik saya menjadi kenangan terbaik untuknya.Saudara mara,rakan-rakan yang hadir diharap berpuas hati dengan layanan dari kami sekeluarga.Maklumlah dengan tetamu yang ramai,mungkin ada merasa tidak sempurna layanan kami,kami mohon maaf.

Adik ipar orang Meru,Klang.Minggu depan majlis bertandang ke sana pula.

Jom lah tengok gambar pengantin.


Gambar kami sekeluarga bersama pengantin,gambar kecil anak ke2 yang tidak dapat hadir kerana ada kelas tambahan untuk periksa UPSR.

Pada majlis hari itu juga saya berpeluang berjumpa dengan blogger-blogger yang turut dijemput oleh adik saya itu.Saya ni macam kakak Siti Nurhalizalah,Siti Saida menumpang glamer adiknya...he he he


Bersama kak redmummy...berlaga perut ni..


Bersama kakinakl....sila abaikan tudung saya yang senget tu,(sibuk sangat saya hari tu)




Lama kemudiannya,datang lagi seorang blogger iaitu ciklilyputih bersama suaminya(maaf jurukamera tak pandai amik gambar)Jadi gambar suaminya tak nampak.Jangan marah ye...

Akhir sekali dengan blogger lelaki pula iaitu eyriqazz bersama isteri dan anak.Turut ada didalam gambar adalah  
sumijelly(adik saya) dan pengantin sekilass(si bongsu).

Semua blogger-blogger ni dijemput oleh adik saya,ada yang saya dah lama follow blog mereka,ada juga yang baru je saya follow.Ada lagi blogger-blogger yang lain,tapi adik saya je kenal.

Saya pun sibuk sangat waktu tu,nak makan dengan tenang pun susah,baru 2-3 suap dah kena panggil dah nama saya.Sudahnya,sampai habis makanan,tak dapat saya berulang makan.Yang terlewat datang,saya dan kakak ipar terpaksa masak lauk lain pula.Kami mohon maaf banyak-banyak jika ada terkurang.

Semoga perkahwinan mereka bahagia selamanya...Amin!

Pesanan:Sekarang saya menumpukan perhatian kepada anak bakal periksa selasa ini.UPSR oh UPSR!

Thursday, September 08, 2011

Hati berdebar-debar minggu ini...

Hati saya berdebar-debar atas dua perkara dalam minggu ni.Pertamanya adalahkenduri kahwin adik saya , yang bakal berlangsung pada hari sabtu ini di rumah ibubapa saya di Kuala Lumpur.Saya berharap perancangan kami sekeluarga untuk majlis yang kami cadangkan secara bersederhana akan berjalan dengan baik dan lancar.

Anak yang bakal periksa dan adik yang bakal kahwin

Malang bagi saya tidak dapat balik awal untuk menguruskan perkara-perkara lain di saat-saat akhir akibat 'kerjaya' saya menjadi pengasuh anak orang.Apabila perkara ini terjadi saya menjadi sedikit ralat,tapi saya harap keluarga memahami.Ye lah, bila anak yang saya jaga datang dari 2 keluarga berlainan susah untuk saya mencari pengasuh 'bidan terjun' untuk  menjaga anak-anak mereka.Kalau kerja pejabat sama macam tak dapat cuti lah.he he he...Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan sesiapa.Jadi jalan terakhir yang dapat saya lakukan adalah pulang ke rumah mak sebaik sahaja anak pulang dari sekolah hari jumaat ni.

Perkara keduanya anak perempuan  yang akan menghadapi peperiksaan UPSR (Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah).Terasa macam saya yang nak ambil periksa tu,maka saya jugalah yang menonton channel 601 yang memaparkan tuisyen UPSR siaran Astro.Saya rasa budak-budak sekarang sangat bertuah,kerana terlalu banyak punca ilmu yang boleh mereka dapati dengan mudah.Internet,tv semuanya ada.Tidak seperti zaman saya sekolah rendah dahulu,terpaksa menyelak buku teks semata-mata,buku rujukan pun tak ada.Belajar sendiri.Lulus juga.Sepatutnya mereka zaman ini lebih cemerlang.

Semoga semuanya berjalan dengan baik.

Pesanan:Saya sudah buat yang terbaik semoga mendapat yang terbaik juga.

Wednesday, September 07, 2011

Lagi gambar kereta remuk akibat kemalangan..

Baru-baru ni(2hari lepas) di Lipis berdekatan dengan Sekolah Teknik Kuala Lipis,kemalangan yang meragut nyawa berlaku lagi.Ianya berlaku di satu selekoh.Kali ni saya hanya mendengar cerita orang je.Saya pun tidak pasti apakah kenderaan yang terlibat dan berapa ramai yang terlibat.Tetapi yang saya pasti seorang India meninggal dunia.

Semalam juga sewaktu melalui kawasan tanah perkuburan,saya lihat ramai orang India menghantar jenazah ke kuburan.Jadi mungkin inilah mangsanya.

Cuba lihat sahaja kereta ini dan renungkanlah...





Pesanan: Sentiasa berhati-hati,tetapi ingatlah malang tidak berbau.

Sunday, September 04, 2011

Kalau balik awal pun jem jugakkk....

Cermin sisi kereta saya menunjukkan kereta masih berbaris panjang pada jam 2 pagi!

Jam sudah pun menunjukkan 2 pagi.Baru lega hati kami apabila akhirnya sampai juga ke rumah setelah berpanas punggung didalam kereta selama hampir 9 jam.

Memang beginilah keadaannya apabila pulang beraya ke rumah keluarga suami pada akhir cuti.Kami bertolak dari Kota Bharu jam lebih kurang 5 petang hari sabtu,dan berhenti sebanyak 2 kali kerana lapar dan letih.Mujur ada setengah stesen Petronas menyediakan nescafe panas-panas secara percuma untuk kami nikmati.Walaubagaimanapun kami sekadar mengalas perut dengan membeli roti atau mee segera untuk dimakan,Jimat masa sedikit.

Mujur balik sehari awal,hari ini (ahad) bolehlah berehat dan menguruskan persiapan anak-anak untuk ke sekolah esoknya.

Pesanan:Pemandu yang hendak cepat menggunakan laluan kecemasan,tak pasal-pasal kena tahan dengan polis dekat dengan Kuala Krai.Jadi berhati-hatilah!

Saturday, September 03, 2011

Anak....cukuplah tu beraya...(surat dari umi)





Wahai anakku,

Umi rasa cukuplah kamu beraya,umi sudah beri peluang kepada kamu untuk meraikan kemenangan kamu berpuasa sebulan.Maka hari ini sudah masuk raya ke 5,umi rasa buku-buku sudah merindui kamu untuk membacanya semula.

Umi tidak marah kalau kamu ingin bersuka-suka seperti rakan-rakan lain.Tetapi ingat kamu masih ada tanggungjawab untuk menyelesaikan misi sebagai seorang murid dan anak.

Mari kita sama-sama berdoa agar kejayaan mengiringi perjalanan kita.Umi sentiasa doakan kejayaan kamu siang dan malam.

Selamat Berjaya!

Pesanan:Takpe kalau tak dapat straight A's..cuma bila kita dah berusaha bersungguh-sungguh itulah kejayaan kita sebenarnya.

Friday, September 02, 2011

Khas untuk anda semua

Pos melekat

02


Semoga sepanjang perkenalan kita di alam maya dan alam nyata disucikan dengan kemaafan yang terindah.Sudilah kiranya menerima kad hari raya khas dari saya sekeluarga.Untuk semua!

Pesanan: Jangan lupa jaga kesihatan.