Sunday, September 04, 2011

Kalau balik awal pun jem jugakkk....

Cermin sisi kereta saya menunjukkan kereta masih berbaris panjang pada jam 2 pagi!

Jam sudah pun menunjukkan 2 pagi.Baru lega hati kami apabila akhirnya sampai juga ke rumah setelah berpanas punggung didalam kereta selama hampir 9 jam.

Memang beginilah keadaannya apabila pulang beraya ke rumah keluarga suami pada akhir cuti.Kami bertolak dari Kota Bharu jam lebih kurang 5 petang hari sabtu,dan berhenti sebanyak 2 kali kerana lapar dan letih.Mujur ada setengah stesen Petronas menyediakan nescafe panas-panas secara percuma untuk kami nikmati.Walaubagaimanapun kami sekadar mengalas perut dengan membeli roti atau mee segera untuk dimakan,Jimat masa sedikit.

Mujur balik sehari awal,hari ini (ahad) bolehlah berehat dan menguruskan persiapan anak-anak untuk ke sekolah esoknya.

Pesanan:Pemandu yang hendak cepat menggunakan laluan kecemasan,tak pasal-pasal kena tahan dengan polis dekat dengan Kuala Krai.Jadi berhati-hatilah!

6 comments:

  1. hoho.. nasib baik kampung dekat...

    ReplyDelete
  2. Perghhh 9jam, mmg letey tu...

    Selamat hari raya ye.. :-)

    ReplyDelete
  3. oklah tu baru 9jam...2 tahun lepas dkna sangkut jem 16jam...
    tahun nie tak tau macam mana sebab awal pagi baru nak bertolak...

    ReplyDelete
  4. @Omar-okaylah tu..
    @MJ-memang letih...selamat hari raya juga..
    @Dkna-fuh lama tu...16 jam...oh tak sanggup!

    ReplyDelete
  5. PUAS SY CARI TMPT KOMEN AKHIRNYR JMPE JUGAK..HEHEHEHE..

    MAK AIH 9 JAM TU MMG LEBAM BONTOT TU..HUHUHU..

    HAAA XSKE KALO ORG YG SKE2 LALU KAT LALUAN KECEMASAN..MMG PUAS HATI SGT KALO DORG KNE TAHAN..HAR HAR HAR.. ;P

    ReplyDelete
  6. hmmm...agaknya lambat loading,tu yang tak jumpa tempat komen...

    Kadang-kadang tak salah kat diorang yang guna laluan kecemasan,kadang-kadang diorang nak belok kiri je,dah dekat tu yang guna laluan kecemasan...beratur sama bila nak sampai kan kan kan...he he he

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.