Monday, September 19, 2011

Jumpa blogger lagi...

Blogger Teratakarmo  bersama keluarga (saya tudung hitam tu ye)


Kalau bukan ada majlis-majlis atau kenduri-kenduri kahwin ke,susah juga kan nak bertemu bloger-blogger ni.Baru-baru ni,bertempat di Meru,Klang sempena menghantar adik perempuan ke rumah pengantin lelaki pula,saya bertemu dengan seorang blogger ni.Ini pun kenalan dari adik saya juga.

Blogger.teratakarmo salah seorang blogger popular gitu.Ada ke dia kata saya femes ames...saya baru lagilah dalam dunia blog-blog ni....Dia dan group adik saya lagi femes ames.

Sebenarnya,dia ada juga datang waktu jemputan pengantin perempuan (rumah kami),tetapi dek kerana lewat sampai,makanan pun dah habis.Katering punya tak sabar,dah siap berkemas lagi.Jadi oleh kerana dia duduk area Klang(menurut kata adik),dia jemput lagi.Bolehlah makan dengan puas.Terima kasih ye tegur saya,saya sibuk nak bergambar dengan pengantin,tak sedar dah siapa yang datang.

Bergambar bersama pengantin  dan adik 

Apa-apa pun selesai majlis di pihak pengantin perempuan dan lelaki membuatkan hati saya sangat lega.Semuanya berjalan lancar

Pesanan:Sila abaikan jika anda ternampak saya semakin berisi dan makin tembam,proses menurunkan berat badan sedang berlangsung.

5 comments:

  1. Alah..kita blogger cap kambing gurun jerr..hehe..Terima Kasih sudi jemput..tak jemput saya datang gak tak kira..hehe

    ReplyDelete
  2. teringin jugak jumpa blogger dialam realiti...biasanya jumpa kat alam maya jer kan...

    p/s dapat jumpa akak pon ok gak kan...hehehe..asyik duk komen kat entry jer :)

    ReplyDelete
  3. Best kan bila dapat jumpa blogger ni..

    Myra pun masa raya tahun nie dapat jumpa 2 blogger :)

    ReplyDelete
  4. @Jai-he he he..cap kambing gurun pun kambing gurunlah..asalkan glam gitu..

    @munna & Dkna & Myra Jay---teringin gak nak jumpa kalian pula...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.