Wednesday, May 16, 2012

Cikgu,saya ada hadiah untuk cikgu!

Anis bergambar dengan hasil kerjanya

"Umi,adik nak bagi hadiah kat cikgu".kata Anis dengan suara merayu.Sedih pula saya dengar. Sayu je umi dengar.

Umi pula tak dapat keluar membeli sebab baba sedang kerja di luar daerah selama seminggu.Jadi,'patah kaki' umi bila kereta tak ditinggalkan.Tapi sebab saya sendiri memang mengajar anak-anak menghargai seseorang dengan memberi mereka hadiah,maka saya berusaha mencari apa saja barang kat rumah ni yang masih elok untuk diberikan sebagai hadiah. Memang dia dah tahu hari ini hari guru,jadi bila ada seorang rakannya sudah pun membeli hadiah untuk guru mereka,dia pun ingin juga memberikannya.

Saya pun memulakan 'projek'.Saya pun ambil 2 helai kertas dan mulalah membuat satu kesenian kreatif iaitu rama-rama menggunakan alatan khas.He he he...akhirnya setelah siap saya suruh dia tulis sendiri dan hasilnya membanggakan.Nampak riak wajahnya puas hati bila hasil kerjanya akan diberikan kepada gurunya di sekolah.Mujurlah guru prasekolah ada 2 orang je.Cukuplah 2 barang tu kan.

Jadi buat semua guru-guru di luar sana dan tak lupa buat Cikgu Niena dan suami tercinta...."Selamat Hari Guru"

Tema Guru tahun 2012 ialah 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"


Pesanan:Jangan lupakan guru-guru yang di sekolah tabika dan pra,kita bermula dari mereka tau!

26 comments:

  1. mesti cikgu² seronok dapat hadiah dr anak muridkan...

    ReplyDelete
  2. mesti happy cikgu tu kan..hihi

    ReplyDelete
  3. mesti best sambutan hari ni kan...dapat lg kad butterfly yg cantik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap cikgu dapat terimalah dengan hati yang terbuka..

      Delete
  4. Rajin ummi layan anis buat artwork utk hadiah kat cikgu. :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihan kat anak..taknak dia kecewa bila tengok orang lain ada hadian tuk cikgu..usahakan jugalah..

      Delete
  5. Replies
    1. ada alat khas...tu yang nampak kreatif tu..he he he

      Delete
  6. kreatif
    memang cikgu2 suka ni =)

    ReplyDelete
  7. hadiah macam ni yang lebih berharga ni..buat sendiri..mesti terharu cikgu anis nt..:)

    ReplyDelete
  8. kreatif!! mesti cikgu anis seronok.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..tak sabar tunggu anis balik..nak dengar cerita dia..

      Delete
  9. bila tulis sendiri lain rasanya kan...anis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah aunty...rasa macam ada bakat je anis ni kan..he he he..

      Delete
  10. mesti gembira cikgu2 anis dpt hadiah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik tadi akak dah tanya..dia cuma kata cikgu cakap terima kasih..tu je..

      Delete
  11. Ckgu2 lg hargai klu hadiah tu murid buat sndiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkan cikgu...hasil tangan anak murid baru tulen kan..

      Delete
  12. cantik hadiah hari guru tu k ida.. comey je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulisan anis tu yang bikin comel hadiah tu kan..he he he

      Delete
  13. kak ida sihat Ita...

    dulu waktu banyak masa,kak ida pun ada gak bagi mini kek coklat kat cikgu2 diorang ni,tapi sekarang ni busy...tak sempat buat..bestlah dapat anak Ita dalam kelas..mesti dapat rasa apam tu..hmm..mesti gebu dan sedap..cikgu dah banyak sangat dapat kot tak sempat nak puji he he he

    ReplyDelete
  14. `selamat hari guru` buat semua guru2..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.