Sekarang semua pejabat-pejabat atau tempat kerja kebanyakan di seluruh Malaysia mempraktikkan kegunaan mesin perakam waktu atau dalam bahasa Inggerisnya 'punch card machine',sebagai salah satu cara untuk menandakan kedatangan pekerja.
Biasanya kad berbentuk panjang lengkap dengan ruangan masa masuk dan masa keluar.Tak lupa juga warna pun memainkan peranan penting.Kalau biru selamat lagi,kalau merah memang lewatlah tu.
Saya pernah bekerja dulu,dan saya menggunakan mesin perakam waktu lebih kurang macam gambar kat bawah nilah.
Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin maju,berbagai-bagai mesin dicipta sesuai dengan keadaan semasa.Sekarang ada juga yang hanya menggunakan kad pekerja untuk diimbas di mesin perakam waktu.
Kemudian,terbaru saya melihat di tempat kerja rakan saya di Kelantan,mesin perakam waktu hanya menggunakan ibu jari pekerja itu sendiri.Bagi saya sangat relevan kerana tidak akan ada lagi orang lain yang tolong mengetip kad perakam waktu pekerja lain.Takkan nak potong ibu jari sendirikan,nak suruh orang tolong rakamkan waktu.Dari sini kita dapat lihat keberkesanan pihak majikan dalam memastikan semua orang jujur dengan diri mereka sendiri.
Pernah pengalaman saya bekerja dahulu,saya datang lebih awal dan mengetip kad sendiri,tetapi pada waktu yang sama,seorang rakan saya lewat hadir,tetapi masa yang tercatit didalam kad perakam menunjukkan waktunya diketip hanya beza 2-3 minit.Di sini baru saya sedari dia telah menyuruh orang lain tolong mengetip kadnya.Tidak adillah kan.
Begitulah keadaannya.Setiap majikan sentiasa mencari penyelesaian yang terbaik untuk syarikatnya memastikan tiada penyelewengan kedatangan setiap pekerjanya.
Hmmm...selepas ni saya pasti,makin banyak lagi syarikat yang akan mencipta mesin perakam waktu yang lebih canggih lagi pada masa akan datang.
Pesanan:Teringat lagi waktu bekerja dahulu,terkejar-kejar sebab pernah terlewat seminit je...dah merah tulisan waktu di atas kad tersebut.
Dulu masa guna punch card yang ada kad tu, mmg selalu mintak tolong kwn ofis tolong punch. Hahahah. Bukan sebab apa. Kadang2 lambat sebab cari parking. Padahal dah sampai. Skrg walaupun tak gunakan cap jari, still dah tak boleh mintak tolong org lain, sebab access card tu hanya kita je pegang. Kalau nak masuk kena swipe access card. So, kalo lambat, lambat la kaedahnya ye.
ReplyDeleteha ha ha kantoi sudah!...takpelah kita bukan sengaja lambatkan...
Deletedulu ms sy keje pun guna yg jari gak.. tp sekejap je.. pastu dorg tukar ke punch card balik..
ReplyDeleteaik?kenapa pula ye?tak ok ke?..punch card juga akhirnya...
Deletedah lama la guna cap jari ni...tapi kekadang tak relevan jgk...sbb buatnya jari luka ke..camne? haa..kang kata tak dtg keje plak. hehehe
ReplyDeleteeh ye ke?mana akak tahu...akak dah berapa lama tak kerja ...10 tahun dah kot...yang akak tunjuk tu tempat kerja lama akak ler tu...dah berubah banyak...
Deleteehhe fingertec..company yana install benda tu lah..tapi kat ofis sendiri pun tak pakai pun benda tu..ekeke
ReplyDeleteakak pun tak berapa reti pasal2 kerja2 ni dah..dah lama pencen!!he he he
ReplyDelete