Wednesday, April 25, 2012

Ada part 3 lah pulak!

Susulan cerita saya tentang penyakit jiran saya tu yang part 1 dan part 2 tu,hari ni (rabu),dia bersama suami tersayang membuat pemeriksaan lanjut seperti yang telah diarahkan.

Sesampai sahaja ke hospital tersebut,doktor membuat arahan agar satu pembedahan kecil dilakukan.Tapi seperti biasa jawapan yang diberikan tentang penyakit jiran saya itu adalah jangkitan kuman.

Baru sahaja sebentar tadi saya membuat panggilan kepada jiran saya itu untuk mengetahui perkembangannya terkini.Katanya dia sudah bersiap untuk ke bilik pembedahan.Dah siap pakai baju pembedahan.

Tolong ye rakan-rakan,doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.Anak-anaknya menunggu di rumah bersama datuk dan nenek yang datang dari jauh untuk menemani cucu-cucunya.

Doakan ye semoga semuanya selamat! Amin!

Nota terkini: Dia hanya standby je nak masuk bilik bedah,sebaik je kosong dia akan dibawa terus.Kalau masih belum kosong esok pagi lah.Maklumlah hospital menerima pesakit yang tidak diduga.

Pesanan:Kaum wanita berhati-hatilah dengan keadaan pelik di payudara anda.

6 comments:

  1. Saya doakan kawan ummiarissa selamat menjalani pembdahan.

    ReplyDelete
  2. amin...semoga semua dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni giliran orang lain,nasib kita tak tahu lagi kan...terima kasih

      Delete
  3. oo nak bedah yer.. pe2 pun harap semuanya selamat

    ReplyDelete
  4. yana doakan semoga semuanya berjalan lancar k.ida..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.