Monday, April 23, 2012

Karenah Hospital Kita (susulan ke 2)

Cerita semalam,kita sambung lagi hari ni.Tentang layanan yang diterima di hospital besar tu lah.Dah baca kat sini kan.

Hari ni jiran saya hanya ke klinik desa berdekatan je.Nak tahu bagaimana pula komen doktor di situ tentang penyakitnya ni pula.

Sepatutnya dia ke klinik pagi-pagi lagi,tapi atas urusan kerja yang perlu diselesaikan,dia pergi lewat 2-3 jam.Yang menariknya,pihak klinik siap telefon bertanyakan sama ada dia datang atau tidak.Tengok!Kalau nak kena layanan baik,memang baik sangatlah.Siap follow up lagi misi kat sana.

Jiran saya pun bertemulah doktor di klinik situ.Layanan pun bagus.Cara doktor menerangkan penyakitnya pun sangat boleh diterima.Dan doktor memang memeriksa rapi payudara jiran saya ni,untuk memastikan sama ada,ada atau tidak ketulan di bawah ketiaknya.Biasa kalau kanser,akan ada ketulan di bawah ketiaknya.


Setelah diperiksa memang tiadalah ketulan di bawah ketiaknya itu,maka doktor pun berkata "Tidak boleh juga dikatakan sama ada jangkitan kuman atau kanser.Sebab kalau jangkitan kuman biasanya dialami oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi.Contohnya kalau puting luka,maka jangkitan kuman boleh berlaku,dan bengkak juga menanah".

Lihat!Mudah bukan nak terangkan tentang penyakit ni walaupun masih tidak dapat diketahui puncanya.Lalu,doktor serta merta menelefon sebuah hospital kerajaaan (yang ada doktor pakar) di sebuah daerah yang jauh jugalah dari hospital yang jiran saya pergi semalam tu,untuk membuat temujanji dengan pakar.Tarikh pun ditetapkan,surat rujukan pun dibuat.

Lihat sekali lagi!Beginilah tindakan susulan yang tepat dibuat oleh doktor ini.Bukan menunggu sudah parah baru nak membuat rujukan di mana-mana hospital pakar.

Seperti kata doktor tersebut "Kita cegah dulu sebelum rawat".

Sebenarnya jiran saya tak beritahupun kat doktor tersebut dia sudah ke hospital semalam,cuma waktu doktor nak bagi ubat baru dia beritahu.Jadi doktor suruh teruskan dulu makan ubat yang telah diberi semalam.

Bagi saya elok tak beritahu dulu,takut-takut dia juga tak mahu buat pemeriksaan secara rapi.

Maka hari rabu ni,rawatan dan pemeriksaan susulan akan diterimanya.Kita tunggu lah apa keputusan doktor di sana nanti.

Saya pun jadi nak tahu lanjut tentang ketulan payudara ini...sedang mencari info tentang kanser payudara.Nanti dapat saya kongsikan.

Pesanan:Kisah yang saya catatkan ini sekadar untuk panduan dan peringatan,diceritakan sendiri oleh jiran saya.

10 comments:

  1. Akak pernah operate kt hospital Putrajaya, masa tu baru lagi, layanan tip top. Tapi kalau hospital yg dah uzur, antik sama mcm pekerjanya, layanan agak membosankan. Tunggu lama usah ckp la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah tu kak...tapi yang ni baru je dapat bangunan baru..tapi layanan sama macam pekerja lama...baik lagi misi training atau doktor training...

      Delete
  2. Salam ... ha ha dah buleh agak hospital mana...apa pun kirim salam pada jiran tu.. jaga diri baik-baik dan jgn stress..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha kak...mesti tau kan...biasalah tu...perkhidmatan tahap lama,sebab ramai orang lama....nanti saya sampaikan salam akak..

      Delete
  3. Alhamdulillah.ada pun klinik yg ok ye..moga jiran ida tu di layan dgn baik slps ni ye..kesian dia..berat mata mememandang berat lg bahu yg memikul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak...nak tahu juga apa kata doktor pakar kat hospital satu lagi tu...buat pedomankita juga..

      Delete
  4. mg semuanya oklah kak.. mmg risau kalu bab2 ketulan dkt brest ni kan... harap xda pe2 la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakanlah jiran akak tu...susah juga kalau sakit-sakit ni..anak2 kecik2 lagi

      Delete
  5. dah baca dah semua....ha..cepat update story!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.