Thursday, August 12, 2010

Mereka Yang Dibenar Meninggalkan Puasa

  • Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran.
  • Orang yang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar (memendekkan rakaat) solat.
  • Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa.
  • Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat umpamanya ia bekerja berat di tengah panas dan sebagainya.
  • Perempuan hamil atau perempuan menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.

Saya sudah merasa 3 antara perkara di atas,iaitu musafir,mengandung dan menyusui anak. Alhamdulillah saya masih berdaya berpuasa. Semuanya terletak kepada keinginan kita jika bersungguh-sungguh untuk berpuasa. Mungkin lain orang lain rasanya.Sekarang saya masih menyusui anak bongsu yang masih kecil berumur 5 bulan. Pada saya selagi saya terdaya saya teruskan berpuasa asalkan tidak terjejas kesihatan bayi yang saya susui sekarang. Amin!

Pesanan: Sama-samalah kita mencari Keredhaan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.