Wednesday, August 11, 2010

Tingkatan Puasa

Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkat:


3 Tingkat Puasa


Puasa Umum

Puasa yang kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan,minum dan menahan keinginan berjimak.


Puasa Istimewa

(Puasa Khusus)

Puasa yang dapat memelihara mata,telinga,lidah,tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas.


Puasa Paling Istimewa

(Puasa Khusus al-Khusus)

Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul,nabi,para sahabat,para wali dan golongan ahli ibadah lain.


Pesanan: Dimanakah kedudukan puasa kita, nilaikan dan renungkanlah....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.