Thursday, August 12, 2010

Adab-Adab Berpuasa


  • Menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat seperti mengumpat,memfitnah,mengeji,mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat.



  • Mengelakkan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.



  • Menahan diri daripada mengikut kehendak nafsu.



  • Bersederhana ketika berbuka dan makan sahur atau dalam erti kata lain mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana.



  • Mengurangkan tidur terutamanya pada waktu siang.



  • Hendaklah sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik seperti membaca al-Quran dan berzikir.



  • Berazam untuk menjadikan ibadat puasa yang dilakukan itu merupakan sebaik-baik ibadat dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.



  • Sentiasa berfikir hikmah di sebalik melakukan ibadat puasa.

Pesanan: Mudah-mudahan segala amal ibadat kita di terima Allah SWT. Sumber daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato'Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab Hamid.

2 comments:

  1. tolong lah ckp..korek idung mmg batalkan puasa ke..hohoho

    ReplyDelete
  2. batallah cik nopa oii..
    antara perkara2 yang membatalkan puasa...

    memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka

    jari-benda
    lubang hidung-rongga yang terbuka

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.