Sunday, April 18, 2010

Kisah Kejiranan Saya

Saya bukannya nak mengata yang tak baik tentang jiran-jiran saya di kawasan rumah saya. Tapi saya terpaksa juga mengatakan bahawa terdapat juga jenis-jenis jiran yang tidak senang dengan saya.

Saya tinggal di kuarters guru, sekarang ni masih lagi berpantang selepas melahirkan anak kecil. tapi dah masuk 40 hari. Jadi sepanjang saya berpantang, saya tidak keluar rumah. Sekadar ke rumah sebelah rumah atau depan rumah sahaja. Suatu hari hari sampai juga perkara yang tidak enak tentang saya diperkatakan oleh jiran-jiran. Apa yang disampaikan adalah saya meminjam beras dan barang dapur dengan jiran di blok yang berlainan dengan saya. Sungguh terpana saya seketika. Ceritanya seolah-olah saya tidak mampu membeli barang-barang tersebut hingga terpaksa meminjam. Sudahlah meminjam, meminjam pula sehingga melangkaui blok depan saya. Kuarters guru ni ada 4 blok. Setiap blok ada 5 tingkat. Jadi bayangkan saya meminjam beras atau barang dapur dari rumah saya tingkat 3 ke blok yang lain.


Takkan lah saya tak mampu nak beli beras. Sensetif tau bab-bab makan ni.

Betul ke? Sah-sahlah tak betul cerita tu. Ceritanya bermula apabila suami saya membeli motor berkuasa tinggi. Jadi untuk menyedapkan cerita mereka berkata suami melepak kedai dengan motor besar, anak-anak makan rumah orang,isteri meminjam beras dan barang dapur rumah orang. Begitulah lebih kurang.

Saya akui,biasa juga ke rumah jiran depan rumah dan meminjam barang dapur, tapi sekadar barang-barang kecil seperti kunyit hidup sikit,halia sikit. Itu sahaja. Tapi kami jiran yang baik. Jiran depan rumah pun begitu juga,tiba-tiba barang yang hendak dimasak habis,dia pun meminjam juga. Tapi bagi kami itulah jiran yang baik,tolong dikala kesusahan. Bukannya apa kedai dari kuarters kami tu jauh sedikit.Takkan hendak hendak guna halia sebesar ibu jari je hendak ke kedai yang jauh tu.

Tidak pernah lah saya hendak meminjam beras sekilo,bawang sekilo atau tepung sekilo. Itu sudah pasti. Yang menjadi persoalan saya, mengapa sejak saya tidak keluar rumah kerana berpantang, ada juga yang hendak membawa cerita yang tidak benar tentang saya. Saya juga tidak kisah jika cerita itu benar atau tidak. Tetapi mengapa menyampaikan cerita tersebut melaui mulut ke mulut. Apa susahnya sampaikan terus kepada saya. Senang cerita.

2 comments:

  1. sabor ye kak ye... pekakkan telinge je.. ke guane..

    ReplyDelete
  2. buat masa sekarang ni, tak join sangat diorang berkumpul kat bawah tu...saya bersauna je..lagi bagussss....badan pun sihat..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.