Thursday, April 15, 2010

Sauna lagi...

Semalam saya sempat bersauna selama 15 minit. Saya mengambil peluang sebelum anak-anak saya ke sekolah. Jadi sambil tu mereka boleh menjenguk anak kecil saya jika dia menangis. Hu... segar badan sebaik sahaja saya mandi. Kemudian baru saya bersarapan.

Bilik sauna saya sekarang masih dalam proses dicantikkan dengan kerjasama rakan niaga saya Cikgu Niena. Kami baru je selesai mengecat bilik tersebut. Baru lah nampak menarik. Walaupun kecil tapi nampak cantik. Sebelum tu ada lah sedikit perselisihan faham antara Cikgu Niena dan saya mengenai warna cat dinding. Pada mulanya saya dan dia sudah bersetuju ingin mengecat warna merah jambu. Tapi setelah cat dibeli warna bertukar tiba-tiba tanpa pengetahuan saya iaitu warna oren atau peach sikit-sikit. Saya pada mulanya bengang juga. Tapi dah beli terpaksa cat juga. Tapi bila dah siap dicat sepenuhnya, nampak menarik juga warnanya. Jadi hilang sikitlah marah saya.


Jangan salah faham, ini bukan bilik sauna yang saya maksudkan. Tapi mana tahu nanti dapat buat bilik special macam ni. :)

Lebihan cat di bilik tersebut saya adaptasikan dengan mewarnakan ruang tamu rumah saya. Bermula dari 2 petang hingga maghrib saya mengecat separuh dinding sahaja,tapi keseluruhan ruang tamu. Dengan kerjasama sepupu Cikgu Niena iaitu Ilya kerja menjadi mudah. Maklumlah dengan anak kecil asyik menangis je. Kerap kali saya berhenti mengecat. Sekarang rumah saya nampak baru. Harap-harap janganlah ada lagi tulisan cakar ayam di dinding yang baru dicat itu. Yelah,anak-anak yang kecil ada dua orang lagi.

Wah! betapa semangatnya saya melihat bilik sauna tersebut. Sebaik sahaja saya sudah sihat sepenuhnya dari berpantang,saya akan meneruskan misi saya untuk mencari lebih ramai lagi pelanggan.

Pesanan: Saya masih berpantang, tetapi dah lebih sebulan,jadi kerja mengecat yang ringan-ringan sahaja saya lakukan. Teruskan bersauna untuk kesihatan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.