Sunday, April 18, 2010

Ayah Mertua Tersayang

Sudah lama saya tidak pulang ke kampung suami di Kota Bharu Kelantan. Tahun ni tidak sekalipun saya pulang melawat keluarga suami disana. Ibu mertua sudah lama meninggalkan kami,jadi yang tinggal kini ayah mertua sahaja. Bukan kerana saya ada perselisihan faham tidak balik ke sana, tetapi awal tahun iaitu bulan Januari danFebruari saya sedang sarat mengandung. Manakala bulan Mac dan April saya dalam pantang selepas bersalin.

Mengapa tiba-tiba saya bercerita tentangnya. Ini kerana seminggu lepas adik ipar ada memberitahu melaui telefon mengatakan ayah tidak sihat dan tidak lalu makan. Jadi saya dan suami amat runsing mengenangkan keadaannya.Saya amat baik dengan ayah mertua. Setiap kali saya balik pasti ada sahaja sesuatu (makanan) saya bawa untuknya. Biarpun sekadar keropok,tapi dia menghargainya dengan menjamahnya walaupun sedikit.

Saya sudah hampir habis berpantang, jadi saya dan suami bercadang untuk pulang ke sana awal bulan Mei ni. Tidak sabar untuk menunjukkan padanya cucu barunya ini. Pasti dia suka.Sementara hayatnya masih ada saya ingin melihat dia gembira sahaja. Yang pasti ayah mertua saya itu suka mengusik anak-anak saya. Dan yang paling saya suka mereka(anak-anak saya) suka mengajuk loghat kelantan dengan tok ayah nya. (anak-anak tidak berapa pandai loghat kelantan).Jadi suasana menjadi bertambah meriah.

Pesanan: Bahagiakan kedua orang tua mu sebelum mereka sudah tiada. Aku juga tidak terkecuali dalam hal ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.